Novel Terlanjur Mencintaimu



Novel TERLANJUR MENCINTAIMU karya SHAMNURIEZMIL terbitan Karyaseni. Ini baby pertama beliau dalam edisi cetakan. Cerita yang menarik dan santai.Novel tak tebal sangat 441 muka surat sahaja. Enjoy layan novel ni....

Kalau lembu berpegang pada talinya dan manusia berpegang pada janjinya. Itulah janji Tok Din kepada Syaifullah akan menjodohkan cucu mereka bila besar nanti. Ia bermula setelah Tok Din meninggal Dunia dan mewasiatkan cucunya Tengku Hanis berkhawin dengan Johan cucu syifullah kawan baik mereka A.K.A rakan kongsi. Jika Tengku Anis menolak perkhawinan ini keturunan Tok Din tidak boleh mengambil satu sen dari kekayaan STH. Orang sangka STH adalah Syarikat Tengku Hasanuluddin tapi sebenarnya Syaifullah Tengku Hasanuluddin. Johan bersetuju berkahwin dengan atas dua sebab iaitu wasiat Tok Din dan sifat ingin tahu kenapa Atuk membawa diri kekampung .Selepas Johan dan Hanis disatukan Johan mengambil alih tugas bapa mertuanya Tan Sri Tengku Hishamuddin sebagai CEO di STH seperti yang di amanahkan oleh Arwah Tengku Hasanuluddin dalam wasiatnya. Hari bertukar minggu , minggu bertukar bulan perkahwinan Johan dan Hanis , Dalam wasiat Tok Din juga menyatakan Johan dan Hanis mesti mempunyai zuriat dalam masa dua tahun.

Dalam Novel ni, Aku suka kesungguhan Johan melayan kerenah isterinya Tengku Hanis. Setiap bulan sambut Aniversary , Tenggu Hanis pulak main tarik tali kata tak suka tapi dalam hati melompat - lompat nakkan perhatian dari Johan. Watak Intan sebagai  kekasih Johan dikampung dulu sebelum menerima wasiat Tok Din , Watak Maisara kawan baik Tengku Hanis  membuatkan jalan cerita ini menjadi menarik. konflik tak banyak dan tak berat.

Petikan-petikan menarik dalam Novel ini :

"Tok Din cakap dalam wasiat dia, sekiranya abang tak boleh terima Hanis sebagai isteri , harta Tok Din akan diberikan kepada rumah anak-anak yatim dan keluarga Hanis tidak bolah terima satu sen pun. Hanis ingat Tok din tu tak bijak ke ? Habis Hanis terima abang ke tidak ? Atau abang ubah keputusan abang ..." Secara kebetulan wasiat yang diberikan kepadanya mengikat Johan dan Tengku Hanis! ' nak buat macam mana .... terima saja!'
" Awak nak pergi mana?"
"Abang nak ubah keputusan."
"Jangan ! Saya terima awak seadanaya awak dengan syarat!"
Johan tersengeh.' syarat jugak minah ni'
"Nombor satu , kita tak boleh duduk rumah mummy. Nombor dua , saya nak duduk bilik asing-asing. Yang terahkir dan paling penting , awak tak boleh sentuh saya!" Ujar Tengku Hanis.
"Okey... abang setuju. Tapi syarat yang terakhir tu abang rasa abang tak boleh nak berkompromi"
"Hah ? kenapa pulak ?"
"Dalam wasiat Tok Din , dalam masa dua tahun , kita kena dapatkan zuriat. kalau Hanis tak mahu , mana Hanis nak dapat, kan ?"


" Okey sekiranya abang panggil ika dengan nama Hanis, dendanya ialah ikut suka Ika , Ika bolah buat apa saja ke atas abang. Nak cubit ke , nak pukul ke , nak berdiri tengah panas ke. Tapi kalu Ika panggil abang dengan panggilan 'Awak' , dendanya ialah kena cium dekat mulut.Limit tersilap atau tersalah atau tersasul panggil hanyalah tiga kali je, tau. Siapa salah panggil lebih tiga kali , dia kena denda". johan menunjukan bibirnya memberi isyarat denda Tengku Hanis.
" Hah? Cium dekat mulut? "
" Kena cium. Muktamad! Tak boleh denda lain. Tadi Ika dah janji dengan abang , kan ... satu syarat je. Orang yang mungkir janji, orang munafik" Ujar Johan.
"okeylah, panggil sajakan... Tak ada masalah! Sekarang boleh tidur?" Tanya Tengku Hanis.
"Boleh, sayang.... selamat malam, sayang! Mimpi-mimpikan abang, ya." 
" Selamat malam , awa.." Belum sempat Tengku Hanis hendak menghabiskan ayatnya.
" Satu " jerit Johan.
"Eh Tak aci la. Tak sebut habis lagi! Orang baru nak testing..."
"Okey , fine ! kali ini lepas , next time kira ar!"

" Ada benda Johan nak tanya atuk. Pasal keluarga pasal keturunan kita juga." Johan berwajah serius.
Syaifullah mengeluarkan rokok daunnya yang sudah digulung-gulung, lantas Syaifullah mengambil mancis dan diapikan rokoknya. Bau tembakau itu menusuk hidung Johan.
" Apa, Johan?"
" Sewaktu atuk dalam STH, arwah ayah pun kerja dengan STH. Apa yang atuk marah sangat pada ayah hungga seminggu lepas tu atuk pindah kesini:" Tanya Johan.
Syaifullah terdiam, Menyedut rokok daunnya dalam-dalam. Dia sudah mengagak ini akan menjadi topik perbualan malam ini.Sudah lam dia mahu bercerita dengan Johan. Dia juga tahu Johan akan mencari apa apa cerita tentang itu dan dia yakin Johan sudah tahu sebabnya.
"Ayah ambil duit syarikat? betulkah? Disebabkan tindakan ayah itu, STH mengahdapi masalah kewangan, masalah pelanggan dan pembekal?" Tanya Johan bertubi tubi.

Cincin yang bertatahkan berlian berkilau dihadapan Tengku Hanis, Memukau pandangannya. Tengku Hanis ingin mengambilnya, namun segera pula Johan menutup kotak itu. Jari Tengku Hanis terkepit. Tengku Hanis Mengaduh. "Jawapanya dulu" "Mestilah Setuju. With all my heart! But we already married, bang. Ini cincin khawin juga,nak campak mana? Ini pun mahal juga" "Jadi Ika ada dua. Orang nak bagi pun jual mahal juga!" Johan mengelengkan kepalanya. " Terima kasih , abang" " Ika suka?" Tanya Johan. "Hanis suka!" Sengaja Tengku Hanis menekankan ganti nama diri 'Hanis'.
"Apa Ika cakap arrr.."
"Hanis Suka "
" Ika tahu tak , Ika dah kena denda ni. Kuata Ika dah habis... " Ujar Johan.
Tengku hanis tergelak. Dia menggangguk." Dendalah kalau berani!"