Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong


NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG


Untuk hidup berdua, Harus setia...

Novel dalam koleksi aku yang aku suka. sebelum memiliki aku baca di penulisan2u sebab tajuknya lain sikit. Novel CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG karya Airisz terbitan karyaseni. Novel yang tak tebal sangat cuma 590 muka surat. Kita layan sikit cerita ni . Pasangan pengantin bidang terjun biasa kita dengar dan lumrah masa kini. Biasa akan diganti dengan saudara mara yang dikenali kedua - dua belah pihak. Tapi cerita ni lain sikit Harris Isqandar terpaksa mencari pengganti bakal pengantin perempuan dengan Intan Asnidar perkerja kedai bunga. Menggantikan Erny Humairah hilang entah kemana. Dalam cerita ini aku suka pada heronya Harris Isqandar kerana ketegasan mempertahankan rumahtangga yang dibina walaupun bidang terjun. Kasih sayang dipupuk hinggalah lahirnya rasa cinta. Disini ada babak - babak suka dan mencuit hati dalam proses perkenalan diantara harris dan Intan. Memang lucu.... babak-babak cemas pun tak kurang hebatnya. Erny Humairah datang dan merayu untuk kembali pada Harriz. Kerenah Datin Nora memaksa Harris meninggalkan Intan dan mengugut intan dengan pelbagai cara agar Harris berkhawin dengan Erny. Bila Harriz berazam untuk tinggal dikampung membina kehidupan baru dikampung dan bermain lumpur dibendang kampung halaman Intan . Harris sanggup melepaskan Jawatan sebagai CEO demi keluarganya . Setiap kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasan. begitu juga yang terjadi pada Datin Nora dan Erny. Kita layan novel Cik bunga dan encik sombong. 

Sinopsis dari kulit novel 
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.

" Kalau pertunangan ini dibatalkan, dimana saya nak letak muka saya ni, mama? Apa tanggapan orang lain nanti? CEO Kumpulan HD tak jadi bertunang kerana bakal tunangnya lari bersama lelaki lain! Nampak benar saya ni lelaki yang tak berguna sampaikan bakal tunang sanggup melarikan diri dan tak mahu bertunang dengan saya. Nampakbenar kelemahan saya sehingga gagal untuk mengawal seorang perempuan! Bagaimana saya nak berdepan dengan semua orang nanti?" soal si baju merah jambu dengan tegas. Wajahnya yang putih bertukar kemerahan. Sudah marah mungkin. Tetapi ada aku kisah kalau betul dia marah?
"Erny tak lari dengan lelaki lain. Dia cuma merajuk dengan Harris saja!" balas Datin Nora.
"OH, merajuk saja? Merajuk sebab saya tak boleh temankan dia pergi shopping, pergi tengok wayang dan dia balas dengan cara bangsat ni?"
Terkejut aku mendengar tatkala dia menyebut perkataan bangsat dengan kuat. Rasa macam darahku sudah naik ke kepala. Mana aku pernah tengok orang lelaki marah-marah? Memang aku biasa tengok ayah aku marah-marah, tetapi ayah marah tidak pernah sebut perkataan bangsat. Paling dasyat pun ayah cuma cakap tengkorak ayam sahaja. 
"Saya sudah cukup bersabar dengan semua ni. Keputusan saya muktamad.Apa pun alasan Erny, saya takkan maafkan dia sama sekali. Sampai mati saya takkan maafkandia! mama kena ingat tu!" Aku rasa Harris sedang memberi amaran kepada Datin Nora. Sebab itu Datin Nora tidak bersuara langsung.
"Berapa awak nak?" Dia menyoal aku semula tetapi suaranya kali ini agak perlahan.Agak bertimbang rasa. Mungkin disebabkan mahu meminta pertolongan daripadaku.
"Tak apalah encik!" balasku dengan perlahan juga. Tidak mahu aku jadi tunang terkejut dia.Tidak mahu cari penyakit.
" Saya cakap berapa?" dia menjerit dengan kuat. Serentak dengan itu, aku, Datuk Zahari dan Datin Nora terperanjat dan aku nampak seperti Datuk Zahari buat muka. Maknanya suruh aku letak harga.
"Seratus!" Terus aku cakap sebab aku pun takut sangat. Lepas itu baru aku sedar , kenapa cakap setarus sahaja? kanapa tak cakap sepuluh  atau dua puluh ribu? tidak pun setengah juta,Aiseyman, salah sebut hargalah pulak!
"Mama, tulis lima puluh ribu!" Dia mengarahkan dan aku rasa mulutku sudah terbuka. Lima puluh ribu? Biar betul ni! Macam tidak percaya sahaja dia sebut lima puluh ribu.
" Saya nak awak jadi tunang saya dan bulan depan majlis khawin kita!" kata Harris lagi.


"Encik , kampung saya jauh." Aku masih berusaha mencari alasan. Mana tahu akan berjaya mengubah keputusan Harris. Tentu orang macam Hariss itu takut kampung sebab mesti dia fikir kampung banyak nyamuk. Orang kaya macam Harris itu mesti takut nyamuk. Aku harap juga dia fikir kampung aku ada harimau sama.
"Jauh?" Harris bertanya. Bunyi macam takut sahaja. Bagus!
" Ya jauh!" Aku cakap dengan bersungguh.
" Kat Uganda ke ?"
Ceh! Terkena lagi! Aku ingatkan sudah takut tadi, tetapi rupanya sengaja hendak main-mainkan aku. Bertuah sungguhlah. Senang- senang dia kenakan aku.
"Taklah sampai Uganda!" balasku. Perasaan sudah rasa satu macam. Angin sahaja bercakap dengan dia ni. Boleh lagi cakap kampung aku di Uganda. Tidak bolehkah dia sedapkan hati aku sikit? Paling-paling pun cakaplah di Hollywood ke, Hawaii ke . Ini Uganda. Tahulah warna kulit aku sama dengan ornag belah-belah sana.
" Masih dalam Malaysia lagi, bukan? Jadi jangan beri saya alasan yang bodoh!" mana ada aku beri alasan bodah. Aku cuma cakap kampung aku jauh. itu saja.
"Adik-beradik awak berapa orang?" soalnya lagi.
Lah, banyaknya nak tahu. Ni sesi edisi siasat ke ?
"Sembilan!" jawapku sepatah.
"Berapa?" Dia tanya dengan kuat. Aku sudahterkejut. Aku tersilap cakapkeh tadi? Aku sudah tersebut sembilan puluh kah?
" Sembilan orang. Adik- beradik saya ramai, encik. Payah  encik nanti. Kakak saya ada tiga, Abang ada sorang. Adik lelaki ada tiga. Adik perempuan sorang.Tak payahlah encik pilih saya. Lagipun saya ni orang susah. Rumah saya buruk. Memang tak sesuailah dengan encik!" Aku cuba jadi tukang hasut. Masih berharap semuanya bakal tidak menjadi.Tidak sangguplah aku hendak buat suami lelaki bajet bagus ni. Silap hari bulan mak ayah aku demam nanti.

"Encik takkan tinggalkan saya sorang - sorang,kan?" Air mata mula menitis satu persatu.Sudah mula membayangkan perkara buruk.
Harris memberhentikan keretanya dibahu jalan. "Intan, kenapa ni? Kenapa tiba-tiba cakap macam ni?" soal harris selepas itu.
"Kenapa ni?" soal Harris lagi bersama suara yang lebih perlahan. Kali ini bahuku dipegangnya.
"Encik jangan tinggalkan saya, ya!" ujarku lagi.Aku tutup mulut dengan tangna dan air mata langsung berjuraian. Harris tarik aku dan disembabkan mukaku didadanya dan terus menangis. "Kenapa ni?" Harris gosok bahuku perlahan. "Saya nak awak berterus terang kepada saya. Apa masalah awak sekarang ni? Sya tak mahu awak tanggung sorang-sorang.Masalah awal adalah masalah saya sama. Jadi awak tak boleh nak berahsia lagi dengan saya"
Tadi Cik Erny ada jumpa saya!" Aku kesat air mata. Serentak dengan itu Harris hentak stereng kereta. Kemudian dia keluarkan telefon bimbitnya
"Kau kat mana sekarang" Soal Harris dengan kuat.
" Okey, kau tunggu aku kat situ" Harris simpan semula telefon bimbitnya. Dia mula memandu. Aku tergamam . Tiba -tiba sahaja Harris naik angin......
"Inilah tempat lepak anak - anak orang kaya yang kerjanya menghabiskan duit mak bapaknya saja!" kata harris sambil menolak pintu utama.
"Harris" Aku terdengar ada suara memanggil Harris. Aku toleh, rupa-rupanya erny Humairah yang memanggilnya.
" Berapa kali aku nak ingatkan kau, jangan sesekali ganggu bakal isteri aku. kenapa kau  masih degil, hah?" Harris tolak pula kepala erny dengan kasar.
"Banyak perkara aku boleh sabar, tapi kalau ada yang menyebabkan Intan Asnidar menangis, aku tak boleh berdiam diri! Bukan aku jenisnya yang sanggup melihat bakal isteri aku di buli sewenang-wenangnya!" kata harris lagi.

" Buat pelan-pelan. Janji semua sempurna dan tak berlaku sebarang kesilapan," Kata Harris. Aku terus pegang tangannya. Dan tatap wajahnya. "Terima kasih kerana sudi menemani Intan," ucapku dengan perasaan kasih.
"sama - sama. Abang sentiasa akan menemani Intan, ke mana saja Intan pergi" Harris juga pegang kemas tanganku.
"Abang tak bawak handphone abang?" soalku. Rasanya pelik juga kerana sejak tadi tiada sesiapa yang menghubungi dia. Rasanya tentu sekali Datin Nora akan mencari Harris.
"Abang tutup. Malas nak layan penggilan! Abang baru nak rasa aman, dah ada gangguan."
"Habis kalau mama cari nanti macam mana?"
"Ah! biarlah. Tak ada siapa yang suruh mama datang sini. Yang ikut sangat cakap perempuan tak betul tu siapa suruh!" balas Harris
"Cik Erny tu nak sangat jumpa dengan abang. Mungkin dia rindu gila kat abang!" Aku mengusik Harris.
Harris terus bangun dan mendekati aku. Kemudian tangkap kepala seperti gaya hendak belasah aku.
"Cakap lagi!" kata Harris. Aku sudah tergelak.
"Cik Erny rindukan abang!" aku mengusik lagi. Suka.
"Uwekk! nak muntah abang dengar!" balas Harris. Kemudian Harris mencucuk pinggangku. Aku teranjak sedikit.