Novel Pelangi Cinta Buat Suami

Percayalah kasih.... kesetiaan ini, kesetiaan yang tak kau duga.

saya ikuti E-novel Pelangi Cinta Buat Suami di laman blogs Acik lana awal tahun lepas. Sempat juga bertanya dengan Acik bila novel E-novel ini akan di bukukan. Masa tu Acik Lana cakap dia akan siapkan menu skrip abang putra dulu lepas tu kerana permintaan terlalu ramai Acik Lana menyiapkan Menuskrip Abang Kimi. Dan kini impian untuk memiliki Novel ini tercapai juga. setelah setahun menunggu. Pada pendapat saya jalan ceritanya ada sikit kelainan. Terus terang saya katakan ini novel yang paling best dari Acik Lana. Ini novel ke lima dalam masa 3 tahun . Novel setebal 823 mampu membuatkan pembaca dibuai dengan perasaan sendiri . Menangis , tersenyum dan pelbagai rasa. Jom ikuti kisah cerita ini .

Novel ini menceritakan kegigihan seorang perempuan mencari cinta yang diidamkan. Bertemu dengan Tengku Qalif bukan impiannya tetapi bila Imanina terbaca sebuah diari milik Tengku Qalif lalu Imanina jatuh cinta. Ini kerana cinta yang diimpikan ada pada Tengku Qalif. Tengku Qalif seorang duda yang baru kematian isteri tak mampu menerima kenyataan. Mengurung diri dan meratapi itulah rutin hariannya. Imanina menawarkan diri untuk berkahwin dengan Tengku Qalif di anggap kerja gila tetapi akhirnya mendapat restu. Tengku Qalif yang sukar memadamkan kenangan indah bersama arwah isterinya Liyana membuatkan Imanina lebih bersabar dengan kerenah suaminya. Cacian dan maki itu adalah bahasa harian yang perlu diterima. Keadaan itu berubah bila Amri sahabat baik Tengku Qalif datang menghulurkan bantuan pada Imanina. Keadaan itu lebih parah lagi Shauqi terus mencari peluang. Saat indah bersama dilalui bersama. Imanina yang mendambakan cinta dari Tengku Qalif akhirnya tercapai. Disaat cinta kian mekar mereka diuji . Tengku Qalif diserang lanun ketika berkerja di Myanmar dan lebih menyayat hati ianya berlaku didepan mata Imanina. selepas kejadian itu separuh jiwa Imanina pergi. Keadaan sama apa yang berlalu Tengku Qalif dulu. Dengan kehadiran Humaira Imanina bangkit semula. Kesetiaan tidak pernah pudar demi suami tersayang walaupun Imannina tahu Shauqi sentiasa menanti. Di saat hati Imanina ingin dibuka untuk lembaran baru. siapa akan menyangka Tengku Qalif kembali . Tengku Qalif disahkan hilang ingatan akibat kecederaan yang lalu. Tanpa rasa jemu Imanina menjadi pelangi cinta buat suaminya.


Sinopsis dari kulit novel
Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”
Petikan - petikan menarik dalam novel.
Pertemuan tanpa dirancang hati bertanya mengapa Tengku Qalif berkeadaan begitu?
"Abu Dhabi? Dekat Dubai sana tu?" Bulat mata Imanina memandang wajah uminya. Patutula kacak benar, dah terbias-bias raut wajah Pak Arab rupanya.
"Dia kerja kat sana ke umi?"
"haaah.. engineer kata Puan Sri.Tapi , lepas ni dia dah tak balik sana dah kut. Dia tengah lemah semangat lagi tu. Agaknya kalau dibiarkan tak berubat, memang trauma sampai ke sudah la." Puan Salmah mengeluh perlahan. Simpati mengenangkan nasib anak lelaki majikannya itu. Dia memang tidak pernah lupa ketika Puan Sri Khalida meluahkan perasaan kepadanya dengan linangan air mata beberapa bulan yang lepas .Kesedihan itu berjangkit di hati sendiri sampaikan dia pun ikut sama menangis. Dia faham naluri seorang ibu , dan melihat Tengku Qalif menderita seperti itu bukan sesuatu yang mudah. Anak yang selama ini cergas, yang kuat dan gigih berkerja tiba - tiba hilang semangat untuk meneruskan hidup. Hati ibu mana yang tak sedih.Melihat air muka uminya yang keruh. semakin meronta -ronta hati Imanina mahu mengorek cerita.
"Trauma? Kenapa pulak dia nak trauma umi?"
"Hmmmm.. Tngku Qlif tu baru aje kahwin enam bulan lepas." Imanina semakin giat menumukan perhatia. matanya tekun memerhati gerak mulut umi yang bercerita. Oh... dah kahwin mamatgarang tu rupanya. Siapalah wanita yang malang sangat dapat lelaki handsome tapi takde adab macam t? Bercakap dengan menjerit sama aje, tak ada beza. Sempat pula Imanina mengutuk dalam hati.
"Lepas dia kahwin, dia bawak wife dia balik Dubai. Homeymoon sekalilah kata Puan Sri. Tapi baru dua hari dekat Dubai, Tengku Qalif dengan isteri ddia accident. Accident teruk, kereta bertembung dengan lori." Berderau darah Imanina mendengar cerita itu. Bagaikan ternampak-nampak diruang mata pertembungan antara kereta dengan lori. Pasti tragis, pasti sangat ngeri. Nauzubillah!
"Hmmm... wife dia meninggal dekat situ jugak. Tengku Qalif pulak koma sebulan. Lepas tu , bila dia sedar dia terus tanyakan arwah isteri dia. Tapi itulah , Allah lagi sayangkan arwah isteri dia tu. Meninggal masa honeymoon, dah takdir dia. Hesy, sedih umi kalau ingat-ingat balik crita ni." Puan Salmah menggelengkan kepalanya perlahan mengenangkan kisah itu. Tidak dapat dia gambarkan perasaan Tengku Qalif yang kehilangan isteri pada saat-saat indah begitu. Imanina menelan liur. Jadi Tengku Qalif menangis sedih kerana pemergian isterinya? Sudah hampir setengah tahun, namun Tengku Qalif masih meratapi pemergian isterinya. Ya Alllah... wujud lagi lelaki seperti itu didunia ini. Lelaki yang.... lelaki yang selam ini kewujudannya dinafikan oleh Siti dan Kiara. Lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

Setelah terbaca dairi Tengku Qalif , Imanina jatuh cinta dan dia ingin memiliki dan merasai cinta itu. Kebencian dan kemarahan menjadi teman rapat Tengku Qalif dengan tindakan Imanina.
"Apa ni Tengku? Janagnlah nak berdrama tengah-tengah hujan macam ni, orang tengoklah!" Dia cuba menepis tangan gagah yang masih kuat menyakiti bahunya.
"biarlah orang tengok. I don't care! kau tahu malu ke perempuan? kau tahu malu ke, hah?!" tengking Tengku Qalif sekuat hati. Panas dan mendidih darahnya gara-gara perangai perempuan sorang ini. Nampak saja bertudung litup, tapi dalam kepala berselirat dengan idea jahat. Demi Tuhan, dadanya terasa mahu pecah keran terlalu marah dan geram. Bertimbun-timbun kata makian mahu meluncur keluar daripada mulutnya sampai dia tidak tahu mahu dimulakan dengan yang manasatu. Wajah Imanina yang berkerut-kerut menahan kesakitan dipandang penuh rasa benci.
"Apa motif kau hasut mama aku suruh kita kahwin? Kau ni bangsa perempuan jenis apa, hah? Dasar muka tembok! Kau ingat aku teringin sangat ke nak beristerikan perempuan jijik macam kau ni?" Terpejam mata Imanina mendengar jerkahan kasar itu. Nampaknya tekaan dia tidak silap, Puan Sri Khalida sudah membuka mulut, sebab itulah Tengku Qalif mengamuk bagai nak gila sekarang. Nafasnya yang sesak kerana ketakutan ditarik panjang. Dia perlu tenang, dia tidak boleh panik dan takut. Perlahan dia mengangkat muka memendang raut wajah lelaki tinggi itu.
"Tengku, kita boleh bincang baik-baik kan? Tak payahlah nak buat mavam ni, sakit tahu tak!" Dia masih cuba meleraikan cengkaman lelaki itu dibahunya namun engku Qalif semakin mengganas. Sekali lagi tubuhnya dihentak ke kereta. Sakit di dada, dia akhirnya terbatuk - batuk , Pertama kali kena belasah dalam hujan , rasa nakpengsan dibuatnya.
"Aku tak nak bincng apa-apa dengan kau, Aku cuma nak kau tarik balik cadangan bodah kau yang kemaruk sangat nak jadi menantu mama aku!" Suara Tenggu Qalif masih melenting tinggi.
"Buang niat kau nak jadi menantu orang kaya. Sebab orang macam kau ni tak layak nak dibuat isteri pengemis pun kau tak layak nak dibuat isteri! Jadi isteri pengemis pun kau tak layak, lagi berangan nak jadi isteri aku?!" Imanina tersentak, Menyirap darah panasnya sampai ke kepala. Telinga pula berdesing dengan kata-kata jahat dari mulut lelaki itu. Dengan berani dia menentang wajah Tengku Qalif yang masih tegang.Dalam hujan yang semakin lebat, dia tidak terasa sejuk langsung. Tubuhnya panas berbahang, rasa nak sepak-sepak orang.
"Cantiknya bahasa Tengku.... tinggi sangat ke darjat Tengku tu sampai nak hina saya macma ni?" soal Imanina bengang. Suka, suka juga tapi kalau maruah dah diinjak-injak macam ni, mana boleh dia menahan sabar lagi.
"Kau ni memang jenis perempuan tak bermoral. Kau buat baik dengan mama aku sebab kau ada niat... Hey, aku tahulah niat kau. Kau nak kikis harta mak apak aku, kan? Tengok muka kau pun aku tahu perangai kau macam mana. tak payah kau berlakon alim plak. Aku tak terpedaya11" tempelak Tengku Qalif berang. angannya beralih pula ke wajah Imanina sebelum mencengkam kasar dagu gadis itu. Bulat matanya apabila Imanina menepis tangannya tanda menentang. Berani betul perempuan gila ni!
"Excuse me? Kalau saya nak harta benda mak bapak orang, saya takkan pilih anak orang kaya yang gila meroyan macma Tengku ni! Baik saya pilih orang kaya yang ada kerja, yang handsome dan kemas. Tak busuk dan rajin mandi tahu tak?" balas Imanina senafas.

Majlis pernikahan mereka terus berlangsung.
"Alhamdulillah..." desis bibirnya perlahan. Imanina memejam rapat matanya dan menghayati setia rasa indah yang menjalar ke dalam hati. Kedengaran hingar-bingar suasana di sekeliling dengan ucapan kesyukuran. Mana tidal bersyukurnya, pengantin lelaki hanya berjaya melafaz akad nikah pada lafaz yang kelapan. Tujuh kali Tngku Qallif gagal menyebut lancar namamya di dalam lafaz akad sebebntar tadi. Tegagap-gagap penuh resah dan beberpa kali dia lihat lelaki itu meraup wajahnya. Walaupun payah dan penuh jerih menahan perasaan, akhirnya dia sah juga menjadi milik Tengku Qalif . Milik yang sah, milik yang mutlak. Di seballik rasa bahagia, dia tahu tidak mudah untuk Tengku qalif melalui situasi seperti sebentar tadi. Apatah lagi namanya yang menjadi sebutan lidah Tengku Qalif, bukan nama arwah Liayana. Seketika matanya mengerling wajah Tengku Qalif yang berubah kemerahan.Lelaki itu tunduk sahaja menadah tangan ketika kadi mengtuai bacaan doa.
"Nina, upacara batal air sembahyang." Bisik Puan Salmah ke telinga anak gadisnya. Imanina yang cantik dalam sepersalinan kebaya labuh barwarna putih segera mengangkat muka memandangnya. Cantik sekali wajah Imanina disolek begitu. Imanina jarang bersolek beria-ia, dan sesekali disapu pelbagai jenis alat mekap, memang naik seri di wajah mulus itu. Dia mengukir pula senyuman. Jelas dari riak wajah itu, Imanina kelihatan sedikit gementar dan takut.
"Jangan risau umi ada teman kat sini." Imanina tersenyum kelat dengan pujukan uminya. Suasana yang agak riuh diruang tamu rumah keluarganya itu bagaikan sunyi serta-merta apabila anak mata melekat kearah Tungku Qalif. Tidak ada segaris senyuman di raut tampan itu, hanya riak kelat dan air muka yang keruh. Dia segera menundukkan kepala ketika langkah lelaki itu semakin menghampiri.

Cabaran hidup bersama Tengku Qalif dimarah dan dimaki dah lali pada Imanina ,  tapi bila Tengku Qalif ingin melafazkan yang satu itu Imanina tak sanggup 
"Kau in tak sekolah tinggi ke apa?" Mata terbeliak luas dengan soalan daripada bibir suaminya. Kepala diangkat sedikit mencari wajah lelaki itu. Tajam Tengku Qalif merenungnya dari sana. "Errrr.... sorry?"
Tengku Qalif merengus geram. Wajah Imanina yang terkebil-kebil di atas katil dipandang tepat.
"Kau tahu hari dah malam, kan.... yang kau melangut tepi jalan tu kenapa?" Imanina mengigit bibir. Oh, pasal semalamlah ni. hesy, tanya molek-molek tak boleh? Cuba tanya dengan nada lemah lembut, mesra-mesra, barulah sedap sikit nak dengar. Gumamnya di dalam hati.
"Habis tu, kalau tak duduk tepi jalan, Nina nak kena duduk tengah jalan ke apa?" balasnya bersahaja. Bantal peluk dicapai dan dipeluk rapat ke dada.
"You think that's funny?" tingkah Tengku Qalif serius. "Kalau dah tahu diri tu perempuan, pandai-pandailah jaga diri. Duduk dalam kereta diam-diam sampai aku sampai, susah sangat ke nak buat macam tu?" Senyuman secara sembunyi terukir di bibir Imanina. Panjang ayat-ayat Tengku Qalif hari ini. Selalunya sepatah ditanya, sepatah dijawab. "Dalam kereta panaslah, lepas tu bukak tingkapnyamuk masuk pulak." Tengku Qalif mendengus geram. Sakit jiwa dengan reaksi selamba Imanina."Kau lagi takut nyamuk daripada mat rempit? Idiot?" Tajam mata Imanina menjeling suaminya. Suka-suka hati aje kata orang Idiot! Namun terkenangkan Tengku alif itu suami merangkap super heronya, dia menelan juga rasa perit itu.
"Hmmmm... manalah Nina tau dekat situ ada mat rempit."
"Apa yang kau tahu? Semua benda tak tahu!!" tempelak Tengku Qalif geram. Dia bangaun dan menapak ke arah katil. Imanina nampak terusik dengan keatangannya, gadis itu menekup bantal rapat ke muka. Tangan mencekak pinggang dengan tubuh tegak berdiri dihadapan katil.
"Listen here, aku nak cakap something dengan kau." Imanina mengintai wajah serius Tengku Qalif di sebalik bantal. Dia tidak sedap hati, dia tahu "Something" itu pasti hubungan mereka berdua. Kapala digeleng laju."Nina tak nak cerai!"
"What?" Tengku Qalif menjongket keningnya. Pandai pula Imanina meneka apa yang ada didalam kepalanya. "Buat apa kau nak hidup dengan aku? Aku takkan cintakan kau, jadi kau jangan nak buang masa untuk mencuba. Stop wasting my time and stop wasting yours." Kasar Imanina mencampak bantal yang menyembunyikan wajahnya ke atas katil. Dia bangkit duduk dngan pandangan menentang wajah Tengku Qalif dengan berani.
"Apa pun yang berlaku, Nina tak nak bercerai. Nina akan jadi isteri Tengku sampai bila-bila. So, jangan nak sebut-sebut pasal ni lagi , boleh?" Bulat mata Tengku Qalif mendengar kata-kata tegas Imanina. BBerani betul perempuan gila ni sound dia macam tu!
"Apa kena dengan kau ni? Kau gila ke apa? Aku tak nak perkahwinan ni, aku tk nak hidup dengan kau la!" Imanina cuba bertenang. Bukan dia tidak tahu sekeras mana hati suamiya sudah ditambak dengan bayangan arwah Liyana, dia perlu bijak menyusun strategi. Keras tidak harus dilawan dengan keras juga.
"Please Tengku, I want to make our marriage work and..." tidak sempat menghabis kata. Tengku Qalif sudah mngangkat tangan menyuruhnya diam.
"Nonsense! Perkahwinan ni takkan berjaya, Kau faham tak? Aku takde perasaan pada kau, dan aku tak nak seksa kau lagi, kau faham tak?" tuturnya bergetar. "Aku tetap akan tamatkan perkahwinan ni. Kau boleh bebas cari lelaki lain yang boleh sayangkan kau." Kabur pandangan Imanina dengan air mata. ""No, kita takkan bercerai. Nina dah jumpa lelaki yang Nina sayang dan inta, Nina takkan mengalah! Nina sayang dan cintakan suami Nina, Nina cintakan Tengku." Tengku Qalif merengus geram.



Kehadiran Syauqi dan Amri memberi ruang untuk Tengku Qalif mengenali Imanina , isteri yang dibiarkan mencari cintanya dari dulu .

"I can do that." Tengku Qalif tersenyum -senyum pula. Mata Imanina yang terkelip-kelip tanda tidak faham membuatkan senyumannya makin melebar.
"Do what ?"
"Heret kau atas stage tu."
"Huh, for what?" duga Imanina. Kening dijongket sebelah, buat aksi bertanya penuh kerek.
"TO show the world that you are mine." Balas Tengku Qalif dengan senyuman kecil Imanina mengalih pandang ke sisi. Berderau darahnya dengan kata-kata lelaki itu. Bila Tengku Qalif garang- garang, dia sakit jiwa , tapi bila romantis macam ni, rasa nak pecah pulak hatinya.
"Kenapa? Tak suka kalau orang tahu kau ni isteri aku?" Nada suara Tengku Qalif mula berbaur syak wasangka. Emosi terlebih.
"Bukan macam tu, memang dari dulu ornag dah tahu Nina ni isteri Tengku."
"Shauqi tak tahu pun ," pintas Tengku Qalif laju. Pantas Imanina mengerling wajah suaminya, ada riak cemburu dan air muka lelaki itu berubah sedikit serius.
"Sebab Nina tak sempat nak begitahu dia.:
"Boleh pulak tak sempat ya? Empat jam ke nak sebut 'I'm married'?" sindir Tengku Qalif. Berubah emosinya tatkal nama Shauqi disebut-sebut, terasa pedih di dada. Mamang perasaan cemburu itu ada, lagi-lagi dengan lelaki seperti Shauqi dan Amri yang begitu rapat dengan isterinya.
"Tengku jealous?" Imanina tersenyum kecil. Matanya menatap wajah Tengku Qalif yang beralih memandang ke sisi. malulah tu nak mengaku. "Tell me, Tengku jealous ye?"
"Why? Tak boleh?" Lelaki itu kembali berpaling memandangnya, masih mempamer wajah serius. Imanina tergelak kecil.
"Siapa kata tak boleh? Nina cuma nak tau supaya Nina boleh pujuk hati Tengku yang sakit tu." Gilirannya pula mengucup tangan tengku Qalif. Lelaki itu tidak menolak, sebaliknya kian mengeratkan tautan jari-jemari mereka.
"Hmmmm.... don't you know that jealousy is a sign of..." kata-kata terhenti, Tengku Qalif mengetap bibirnya. Pandangan sekali lagi bergayut dengan anak mata Imanina yang redup menanti kata-katanya bersambung.
"Sign of what?" tanya Imanina buat-buat tidak tahu. Tengku qalif tersenyum kecil , Imanina memang sengaja mahu memerangkapnya. mahu dia meluahkan sesuatu yang begitu payah untuk meniti dibibir. Perlahan- lahan jari jemarinya merayap dipipi Imanina. Dielus-elus lembut penuh kasih dan sayang. Betapa banyak masa sudah dipersiakan gara-gara menegakkan ego hati sendiri. Dan kali ini dia berharap benar segalanya belum terlambat. Dia mahu membahagiakan Imanina, mahu meneruskan langkahnya yang pernah terhenti suatu ketika dahulu. 
"It is a sign of love , my dear." Bisiknya lembut. Lebar senyuman terukir dibibir Imanina. Syahdu mendengar pengakuan berlapik suaminya.
"Maknanya Tengku dah sayangkan Nian?" soalnya dengan mata berkaca-kaca.
"Hmmm... sikit." Mati senyuman di bibir gadis itu. Tengok Qalif tergelak kecil, kemudian pipi Imanina dicuit lembut. "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kan?"
"I don't want bukit la, I want your love." Balas Imanina dengan cebikan kecil dibibir. demi Tuhan , macam tak percaya dengan tengah merajuk mengada-ada dengan suaminya. Kalau difikirkan balik sikap tengku Qalif yang dahulu. Mahu dia kena jerkah kalau buat perangai macam ni.

Cinta yang diimpikan bagai sinar pelangi
Imnina cukup bahagia , bila impian dicintai oleh si suami tercapai.
"Sayang ni tengahfikir apa? Sayang flashback pasal take ke ? Suka?" Usik Tengku Qalif dngan kening dijongket - jongket ke atas. Lucu melihat wajah isterinya yang tertunduk - tunduk. Imanina menggigit bibir. Berdebar- debar saat terpandangkan renungan menggoda suaminya yang kebelakangan ni semakin kerap menghilangkan denyutan nadinya. Lemah seluruh badan.
"Errr... mana ada," balasnya perlahan.
"Mana apa apa? Mama ada flashback or mana ada suka?" Kelu lidahnya mahu membalas pertanyaan hangat itu. Nak kata tak suka, dia suka sebenarnya. Pengalaman baru yang begitu manis telah dia lalui bersama suaminya. Mungkin dia cuma mengelabah, takut dan sedikit panik . Dia mana biasa dengan kemesraan sebegitu. Suaminya lainlah, sudah ada pengalamankata orang, Sudah biasa meluahkan rasa cinta dan kasih melalui sentuhan -sentuhan fizikal.
"Kenapa diam sayang?" tengku Qalif tersenyum. Perlahan dia bangun dan menapak ke belakang Imanina yang masih kaku diatas kerusi. Badn ditundukkan dan erat dia melingkarkantangannya mengepung tuduh isterinya. Sekilas pipi itu dikucup penuh kasih. Sudah menjadi mejadi kegemaran dia sekarang memeluk dan mencium Imanina.
"Sayang tak suka abang buat macam tu" Soalnya lembut ditelinga Imanina yang tidak bertudung. Imanina kaku menahan getaran di dada yang berkocak deras. Seram sejuk seluruh tubuhnya dengan kemesraan mereka berdua. Liur terasa kesat untuk ditelan, tekak pula tiba-tiba saja kering dan perit.
"Errr... taklah , mana ada tak suka." Balasnya tersekat-sekat. Terasa pelukan lelaki itu yang semakin kejap. semakin hebat jantungnya berpalu.
"Hmmmm.. then I would say, your probably like it?" Berkerut - kerut dahi Imanina dengan soalan itu. Aduhai... nak mengaku suka macam tak sesuai aje.
"Sayang, jawablah." 
"Abang ni." Bibirnya diketap rapat. "Abang ni suka tanya bukan-bukanlah. Tengku Qalig tergalak kecil. Semakin seronok mahu mengusik isterinya yang pemalu itu. Dia tahu Imanina tidak menolak apa yang berlaku, jelas Imanina tutur sama mencari kesesuaaian rentak antara mereka berdua petang itu membuatkan jiwa dia semakin teruja.


Namun Pelangi yang dilakarkan kini gerhana. Imanina menyaksikan sendiri suaminya diserang lanun.
"Stop it! I said stop it! Please stop hurting him!" jeritnya umpama diserang histeria. Tangannya menggagau ke hadapan, menggoncang skrin lap-topnya dengan harapan penjahat-penjahat itu mendengar jeritannya. Demi Tuhan, Kalaulah dia boleh menembusi skrin itu. Jeritannya mengundang perhatian manusia-manusia bertopeng itu. Salah seorang daripada mereka menghampiri komputer diselah sana , melambai-lambai ke arahnya. Imanina kian panik apabila melihat lelaki yang memegang senjata mengacah-acah senapang itu ke kepala suaminya syang sudah terjelepok lemah.
"Please... please let him go. I'm begging you, please!" jerit Imanina bersama tangisan yang menggila. Dia tidak tahu sama ada penjenayah itu faham atau tidak dengan permintaannya, cuma dia benar-benar berharap Tengku Qalif dilepaskan dengan selamat. Terhentak perit perasaan Imanina apabila lelaki durjana itu berkongsi ketawa melihat dia menangis-nangis disini. Langsung tidak tersentuh hati, jauh sekali mahu bersimpati dengan tangisannya... Ya Allah .. manusia apa yang kejam benar ni?
"Abang ! Abang wake up , abang!, abang kena kuat. Abang kena selamat. Abang kena balik jumpa Nina. You promised me! get up, abang!" jeritnya lagi. Suaranya kian serak kerana terlalu kuat menjerit dan meraung-raung. Imanina lihat suaminya mengangkat sedikit kepala, memandang lemah kepadanya. Dia menerpa ke skrin lap-top dipegang erat seolah-oleh mahu lelaki itu nampak dia berada disini.
"Please abang... get up." rayunya dengan suara tenggelam timbul. Baru saja suaminya bergerak-gerak untuk bangun, lelaki berbadan gampal itu menghentak keras tubuh Tengku Qalif dengan kaki. Imanina menekup mulut melihat kekejaman itu. Demi tuhan, dia tidak kuat mahu menyaksikan semua ini. Sampai setakat mana mereka mahu mendera suaminya? Salah seorang penjenayah itu bercakap-cakap dengan rakannya sambil ketawa. Mereka kemudian serntak memandang kearahnya, memnuatkan jantungnya seolah-olah terhenti. Dia bagaikan mengerti apa yang cuba dilakukan oleh manusia-manusia kejam itu. kepalanya digrlrngkan beberapa kali, air mata kian deras mengalir ke pipi. Tidak!

biarpun kejadian itu telah berlalu beberapa tahun. Imanina masih menunggu suaminya pulang dan kehadiran Humaira menyuntik semangat dirinya. Biarpaun Shauqi setia menantinya.
"She's adorable.."
Pujian Shauqi itu melarikan pandangan mata Imanina ke seraut wajah cerah yang kemas dan rapi. Dia tahu Shauqi sayangkan Humaira, jelas semua rasa itu terpancar dimata redup lelaki itu.
"Thanks.  Tapi you jangalah manjakan dia sangant, I tak larat nak layan dia nanti."
"Then, biarlah I yang layan dia," balas Shauqi dengan mata masih memandang ke arah Humaira.
"Dekat sini memanglah you boleh layan , tapi bila dekat rumah I yang penat. Maira tu sekarang kaut sangat merajuk tau, I tak boleh nak tegur sikit pun," adu Imanina meluahkan rasa. Memang betulah, Humaira tu kalau ditegur sikit saja terus menangis. Manangis tak apa lagi, ini sibuk suruh panggilkan Shauqi untuk jadi pemujuk.
"Kalau macam tu, biarlah I jaga Maira dekat rumah you jugak." ersentak hati Imanina dengan Kata-kata lembut itu. Dia berpaling ke kiri, manatap tepat ke wajah Shauqi yang merenungnya lembut. Ah, lelaki ini tidak habis-habis mahu menggodanya.
"Nina, I realy mean it." Imanina menarik panjang nafasnya, anak mata segera dilarikan ke arah Humaira yang masih leka disana.
"Please don't fall in love with me Qi."
"I probably will at some point." Laju kepala Imanani berpaling semula ke sebelah kiri.
"Qi berapa kali I nak cakap dengan you I tetap tunggu suami I sampai bila-bila."
"I Know, but my mind won't let you go. I sayangkan you Nina, I sayangkan Maira," balas Shauqi bersunguh-sungguh. 
"Berapa banyak lagi I perlu buktikan pada you? Nina, please bagi I peluang." Berderau darah Imanina dengan permintaan Shauqi. Selama ini memang lelaki itu sedah berterus terang tapi tidaklah sampai mendesak begini.
"Qi , I tak boleh ."
"Stop saying you can't. you can , but you choose not to. Nina, apa kurangnya ? Apa yang you tak suka pasal I? Tell me, I akan ubah semuanya demi you dan Maira." Semakin tak tenteram perasaa Imanina. Walaupun kata - kata Shauqi tidaklah terlalu kuat, namun dia masih bimbang juka ada telinga-telinga yang mendengar.
"Tolonglah Qi.... semua ni tak ada kaitan dengan you, semuanya diri I sendiri. I tak boleh cintakan you."
"Okey, I akan tunggu."
" No, semua tu tak akan berlaku."
"If it supposed to happen, it will. Nina , you tak pernah tahu sebab you tak pernah cuba. I tahu I mungkin tak sehebet arwah suami you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk you dan Maira." Tajam mata Imanina memandang wajah Shauqi yang masih beriak tenang.
"How dare you said that!" Shauqi terpinga - pinga memandang wajah Imanina yang berubah tegang.
"Err... what?"
"Apaa hak you nak panggil husband I tu arwah? Dia belum mati you tahu tak?" marah Imanina geram. Hatinya perit, terluka dan tercarik dengan gelaran itu. Berkali-kali dia sudah mendengarnya dan dia rasa semua itu tidak adil. Kenapa perlu memberi gelaran orang yang sudah mati kepada suaminya yang belum tentu mati itu.7

Novel Calon Isteri Jutawan

Hanya seorang calon yang layak. Sapakah dia ????


Wah.... memang best gila apa yang termampu nak katakan novel saya tunggu hampir setahun lebih ini kini dah dicetak. Sebenarnya novel ni santai je . Jalan ceritanya yang menarik perhatian. Bermula membaca di penulisan2u lepas tu bertukar ke laman blogs. Sentiasa menungu treaser setiap minggu dan kini menjadi sebuah novel yang lengkap. Penulis ni juga banyak memperbaiki penulisan dan olahan dari novel pertamanya bertajuk Jodoh Kau Dan Aku . Ada yang kata novel pertamanya terlalu nak cepat endingnya tapi untuk novel ini penulis lebih berhati-hati dalam menyempurnakan kesudahan cerita. Syabas buat Afifah .. Novel yang tebalnya 656 cukup puas hati . 

Jom kita menerokai cerita ini.  Izzad Daniel Jutawan muda yang dikejar oleh ribuan gadis diluar sana. Namun dia ingin mencari Isteri yang mampu mewarisi perniagaannya. Hatinya terpaut bila berjumpa dengan Nurul Izyanie kerana tersalah masuk sesi temu duga. Hidup Yanie menjadi huru hara bila dirinya terpilih dalam percalonan itu. Yanie memerlukan kerja untuk mambantu kakaknya Ifti. Kehadiran Yanie juga tidak disenangi oleh  calon - calon lain seperti Tengku Fathiah dan Sally. Dalam masa yang sama pembantu Izzad  , Adam....  menaruh perasaan pada Yanie. Dalam terpaksa Yanie menerima cadangan gila Izzad setelah menerima syarat yang diberi. Dalam tempoh itu Yanie berdoa agar dirinya akan tersingkir tapi malangnya dirinya selalu mendapat perhatian nenek Izzad yang datang semasa ujian itu berlangsung. Yanie terkejut bila dirinya terpilih menjadi isteri Izzad tetapi pemilihan itu tidak disenangi oleh calon lain. Kerana terlalu terkejut Yanie bingung. Menerima Izzad sebagai suami dan membantu membimbing Izzad yang terpesong ke jalan yang benar adalah tanggungjawabnya. Perkahwinan yang dilatar belakangkan tanpa secalit perasaan sayang di pupuk hingga membuahkan satu perasaan yang luar biasa. Tapi amatlah terkejut bila Yanie terjumpa surat laporan kesihatan Izzad. Dengan semangat dan sokongan isteri , Izzad membuat rawatan. Bagi Izzad matinya sudah pasti kerana ibunya dulu juga mengidapi penyakit yang sama. Dalam tempoh rawatan Izzad bersama tidak dibenarkan pergi ke pejabat. Yanie yang banyak menghabiskan masa dipejabat bersama Adam pembantu Izzad. Tengku Fathiah mengambil peluang merancang sesuatu untuk merampas Izzad dengan harapan dia akan dapat menguasai harta yang dimiliki oleh Izzad kerana perniagaannya kian merundum. Impian Tengku Fathiah hampir berjaya tapi malangnya cinta Izzad dan Yanie kuat dan sukar dirobohkan. 
Sinopsis dari kulit novel

Hanya seorang calon yang layak. Siapakah dia?

Mereka manja, cantik, seksi dan menawan. Ya! Merekalah calon-calon isteri jutawan.

Pencarian isteri untuk si jutawan bermula. Siapakah si bertuah yang dapat menyandang gelaran isteri si jutawan, IZZAD DANIEL? Wanita yang terpilih bakal mewarisi empayar perniagaannya yang bernilai jutaan ringgit.

Dia NURUL IZYANIE. Hanya gadis biasa yang memerlukan wang. Namun dia juga ingin mencuba nasib. Temu duga itu dihadirinya dengan penuh harapan.

“Lemah lembut? No… Manja? No… Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus.”

“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni.”

“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temu duga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temu duga untuk mencari akauntan.”

Apa? Dia sudah tersalah tempat temu duga! Hancur harapannya untuk menjadi seorang akauntan di syarikat terkemuka itu. Ingin saja dia pulang ke kampung kerana terlampau kecewa.

Anehnya. Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba dia menerima tawaran bekerja. Tetapi, bukan sebagai kerani, setiausaha, mahupun akauntan. Sebaliknya...

“Cik telah terpilih sebagai calon akhir untuk memegang jawatan isteri saya.”

“Terima kasih Encik Izzad atas tawaran yang menarik ini tapi saya tidak berminat. Nak cari isteri bukan macam mencari ikan di pasar.”

“Kalau awak tak terima, awak tahulah apa nasib awak. Bukan susah kalau saya nak jatuhkan seseorang seperti awak. Malah satu keluarga awak pun saya boleh jatuhkan.”

Atas sebuah ugutan, dia terpaksa menyertai rancangan gila itu. Berhadapan dengan sembilan orang calon yang obsesi dengan si jutawan, apakah kesudahan nasibnya? Selamatkah dia dikelilingi Sally, Tengku Fathiah yang ternyata iri dengan kehadirannya? Mari selesaikannya dalam Calon Isteri Jutawan.



Petikan-petikan menarik dari novel.
Dirinya selalu menjadi bualan.
"Apa yang Yanie bebel tu? Pot..pet..pot... pet ... Macam mak nenek." Kak Ifti sudah menghampiri si adik.
"Dalam majalah ni aa kisah jutawan muda . Popular sebab skandal merata-rata. Memang dasar palyboylah." Bebelan dari Yanie kembali berambung. kak Ifti membaca majalah yang ditunjuk.
"Tapi, dia bukan popular sebab skandal aje, kan? Tengoklah kejayaan dia mendapatkan projek berjuta-juta.Kalau tidak takkanlah dia jadi jutawan? Di sebalik perangainya yang macam tu, mungkin ada personalitinya yang baik," Kak Ifti memandang Yanie dengan senyuman kecil.
"Seronok betul jadi orang kaya,kan? Nak buat apa pun boleh." Yanie membuka peti televisyn. Malas mahu berbicara tentang jutawan muda yang tidak ada kaitan dengan mereka.
'kalau nak kaya juga, kahwinlah dengan Si Izzad Daniel ni," seloroh Kak Ifti. Yanie mengerut kening.
"Siapa Izzad Daniel?" soal Yanie sambil merenung Kak Ifti yang tersengih.
"Tadi dia sedap-sedap mengutuk orang tu. Takkan tak tahu nama?" Kak Ifti mengetuk lengan Yanie dngan majalah.
"Oh... Si jutawan playboy. Nama dia Izzad Daniel ke ? Hmmm... not bad. Perangai aje yang tak sedap. Nak buat suami, berkali ganda tak sedap." Yanie ketaw sendiri dengan bicaranya.
"Ada-ada aje Yanie ni. Sedap betul mulut tu mengata orang. Mahu tersedak si jutawan ni dekat KL tu." Ketawa Yanie makin kuat mendengar bicara Kak Ifti. Kalau tersedak padan muka.


Izzad Daniel mencari siapa yang sesuai yang untuk meneruskan perniagaanya. Adam mencadangkan rancangan gilanya.
"Kalau macam tu, senang-senang kau kahwin aje. Lepas tu buat anak. Kau wariskanlah pada anak kau sendiri. Itu lebih afdal," Cadang Adam lagi. kemudia, dua-dua terdiam. Macam bernas.
"Tapi, aku tak nak kahwin lagi. Nak cari calon isteri pun, bukan macam cari baju dekat pasar raya." Izad sudah tidak mengendahkan dokumennya. Halnya kini lebih penting. Adam berfikir sejenak.
"Kau nakbuat kerja gila tak?" soal Adam sambil mengangkat kening.
" Why not...." Izzad juga mengangkat kening. Menanti cadangan dari Adam. Bab-bab begini Adam lebih pakar. Sifulah katakan!
"Kita buat temu duga." Adam bersuara sambil nenepuk tangan.
"Temu duga. Temu duga apa? Izzad menyoal bingung.
"Temu duga mencari calon isteri. Kita akan cri perempuan yang memenuhi ciri-ciri isteri pilihan kau." Adam menyiku lengan Izzad. Dah tak ingat yang orang tu tengah demam. Yang demam pun macm tak demam aje.
"Kau memang gila!" Izzad tersenyum lebar sambil membuat high five dengan Adam. Tanda persetujuaan.
"Kita sama-sama gila," balas Adam sambil ketawa. Izzad tersenyum senang. Dia benar-benar perlu mencari pewaris yang sesuai.


Pertemuan yang tidak dijangka
Pintu dibuka perlahan. Aku membaca basmallah di dalam hati. Ada seorang lelaki sedang duduk di meja sambil membelek fail. Dia mengangkat muka bila memandangku. Lelaki itu tersenyum.
“Err…boleh saya duduk?” soalku berani bila beberapa minit aku dibiarkan berdiri. Begini ke keadaan temuduga? Tapi, setahuku selalunya akan ada dua tiga orang penemuduga. Tapi, ini seorang sahaja. Lelaki itu tersenyum manis.
“Silakan.” Lelaki itu membetulkan duduk. Aku menghulurkan segala dokumenku kepada lelaki itu. Teragak-agak lelaki itu menyambut.
“Awak tahu siapa saya?” soal lelaki itu. Aku mengerut dahi. Dah mula ke? Tapi, soalan apa ni?
“Tak,” jawabku gugup. Takut tidak lulus.
“Hmm…cik Nurul Izyanie binti Mohd Ibrahim. Ijazah Perakaunan. Dah ada boyfriend?” soal lelaki itu sambil berjalan dan berdiri di sebelahku. Aku sekali lagi bingung.
“Tak. Boleh saya tanya sesuatu? Temuduga kita ni dah bermula ke belum?” soalku sambil memandang lelaki itu yang sedang tersenyum lebar. Dia kembali duduk. Ditangannya kini memegang borang yang aku isi diluar tadi.
“Lemah lembut. No. Manja. No. Seksi pun tidak. Nampaknya awak tak lulus. Saya nak sekurang-kurangnya 5 dari ini ditanda. Awak hanya tanda 3. Maafkan saya.” Lelaki itu memandang mukaku. Aku sudah tersentak. Tak lulus! Takkan sebab borang tu aku tak lulus. Mana soalan yang kena mengena dengan akaun? Mana?
“Encik tak boleh buat macam ni? Encik belum tanya soalan akaun pada saya. Dari jauh saya datang untuk temuduga ni. Encik belum tanya soalan yang penting-penting pada saya? Takkan sebab borang tu saya tak lulus? Ini tidak adil. Takkan semudah itu saya digagalkan.” Aku sudah menguatkan sedikit suaraku. Ini mendatangkan marah! Kalau aku gagal biarlah gagal dengan maruah. Bukan gagal sebab borang ni! Aku terus bangun.
“Saya perlukan sangat kerja ni. Kalau saya tak layak jadi akauntan untuk syarikat ni, beritahulah apa masalahnya? Kalau bukan akauntan pun tak apalah. Janji saya ada kerja. Saya datang ni penuh dengan harapan. Encik tak boleh gagalkan saya macam ni.” Aku mengelap air mata yang tiba-tiba mengalir. Marah bercampur sedih. Aku sudah berjanji mahu membantu Kak Ifti. Sebab itulah aku bersusah payah hari ini.
Lelaki itu kulihat hanya membisu. Mungkin kaget melihat aku marah ataupun sebab aku menangis. Lelaki itu berdehem sambil menyuruhku duduk kembali.
“Saya rasa awak dah salah tempat.” Hanya itu yang dicakap lelaki itu. Aku mengelap air mata kasar.
“Kalaupun saya tak layak, tak perlulah encik nak hina saya macam ni,” marahku. Aku mengambil semula segala dokumenku. Bila aku nak beredar lelaki itu menahan.
“Saya bukannya nak hina awak. Tapi, awak betul-betul dah salah tempat. Ini temuduga untuk mencari calon isteri saya, bukannya temuduga untuk mencari akauntan. Temuduga yang awak sepatutnya pergi tu, berada di tingkat 2.” Penerangan lelaki itu membuatkan langkahku kaku. Aku kembali memandang lelaki itu.
“Encik jangan nak menipu. Mana ada temuduga mencari calon isteri. Encik jangan nak memperbodohkan saya." Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
“Lain kali kalau datang, check betul-betul. Jangan salah masuk temuduga lepas tu nak marah tak tentu pasal. Baik awak pergi ke tingkat 2 sekarang, sebelum sesi temuduga tamat.” Lelaki itu bersuara sinis sambil melihat jam. Sudah empat lebih.
Aku merasakan mukaku sudah merah. Betul ke salah temuduga? Aku terus melangkah keluar tanpa berpaling lagi. Aku berhenti di depan wanita yang memberi borang tadi.
“Cik, ini temuduga apa sebenarnya?” soalku gugup. Wanita itu kelihatan bingung.
“Temuduga untuk mencari calon isteri Encik Izzad,” beritahunya. Aku rasa macam ada batu besar yang menghempap kepalaku. Gila! Ini memang gila!
“Terima kasih,” ucapku dan terus berlari ke lif. Aku harap masih sempat untuk ke tingkat 2 dan ditemu duga. Air mata yang mengalir ku seka laju. Ya Allah, besarnya dugaanMu hari ini.

Kerana pertemuan itu Izyanie terpilih dalam 10 calon isteri Izzad, Izyanie bersetuju dengan bersyarat. 
“Tak nak tahu kenapa awak tiba-tiba dapat kerja ni?” soalnya lagi. Aku masih sama. Diam tidak menjawab. Biarlah… pastinya nanti Izzad yang akan jawab sendiri. Jahatkan aku ni!
“Tak apalah kalau tak nak tahu.” Lain yang aku harapkan, lain yang dia jawab.
“Kenapa?” kali ini barulah aku pula yang menyoal. Malulah juga. Tadi jual mahal. Izzad melipat surat khabarnya. Aku nampak dia tengah senyum. Senyum mengejek ke apa? Mulalah aku nak naik hangin ni. Sabar Yanie… sabar…
“Banyak sebab. First, saya kesian pada awak pasal temuduga dulu. Saya tahu awak nak sangat kerja. Second, nanti Lily akan cuti bersalin jadi saya memang perlukan sangat setiausaha. Jadi, saya suruh Lily latih awak.” Izzad diam sebentar. Ooh… Lily mengandung rupanya. Tapi, kenapa perut dia tak nampak pun?
“Third, saya bagi kerja ni bukan dengan percuma. Saya takkan suka-suka ambil awak kalau tak ada sebab.” Izzad bercakap dengan suara yang biasa-biasa tapi aku yang mendengar ni rasa berasaplah juga. Tak sah kalau tak ada agenda! Senang kata, tak ikhlas!
“Kalau awak setuju dengan apa yang saya cakap ni, this job is your. Saya tahu, pak cik awak pun bekerja di bawah syarikat inikan. Kalau awak nak pak cik awak tu bekerja lama, setuju ajelah.” Masih tersenyum. Lelaki ini memang pandai menipu. Buat aku sakit hati aje! Aku mengetap bibir.
“Syaratnya simple. Saya rasa awak pun dah dapat agakkan. Saya nak awak sertai dalam ujian mencari calon isteri saya tu. Sebab awak saya tangguhkan dulu ujian tu.”
Subhana-Allah. Apa punya manusia Izzad ni? Tak faham bahasa ke? Kenapa perlu paksa aku? Tak jalan ke kalau aku tak join benda mengarut tu? Penting sangat ke aku ni? Izzad ni memang sengaja nak mainkan aku. Mentang-mentang aku tak se’hot’ teman-teman wanitanya yang lain, dia boleh buat macam ni. Izzad memang kejam! Melampau!
“Tolonglah Encik Izzad. Saya dah penat macam ni. Kenapa perlu paksa-paksa saya buat benda yang saya tak rela? Tak cukup ke dengan sembilan calon yang lain tu? Kenapa perlu babitkan saya dalam hal ni?” lemah sahaja suaraku. Aku benar-benar penat dengan perangai Izzad. I’m tired!
“Saya lagi penat menunggu kata putus dari awak. Apa, awak ingat senang-senang saya nak bagi awak kerja ni? Apa awak ingat saya boleh suka-suka hati aje dapatkan awak kerja semudah ini? Mana ada benda dalam dunia ni yang free. Nak masuk tandas pun bayar tiga puluh sen tau.” Ada aje jawapan Izzad ni. Nak aje aku lepuk kepala dia ni!
"Susah cakap dengan orang terlebih pandai ni,” gumamku perlahan. Lantak dialah kalau dia dengar!
“Senang aje. Saya cuma nak awak hadirkan diri dan ikut ujian tu. Saya mesti cukupkan sepuluh calon sebab itu saya perlukan sangat awak. Awak jangan ingat saya buat semua ni sebab saya syok dekat awak. Sorry ya. Pihak media semua dah tahu yang sepuluh calon akan mengikuti ujian ni. Tak kisahlah kalau awak nak buat apapun sepanjang ujian tu, janji awak hadir dan libatkan diri. That’s all.”
Aku memandang Izzad. Lelaki ini benar-benar tidak faham bahasa! Nak memaksa aje kerjanya. Baik! Nak sangat paksa aku kan.
“Okey! Saya setuju untuk ikut ujian merepek Encik Izzad ni. Encik sendiri kata saya boleh buat apa yang saya suka sepanjang ujian tukan. Kalau saya buat main-main pun rasanya bukan satu masalahkan. Saya akan pastikan yang semua ujian yang encik buat tu, saya tak lulus. Saya ikut ni sebab encik suka sangat memaksa. Tapi, saya pegang janji encik. Sebaik saya tamat ujian ni, kerja sebagai pembantu setiausaha ni memang menjadi jawatan saya. Encik tak boleh tarik balik.” Aku bersuara yakin. Sebab aku perlukan sangat kerja, jadi aku setuju. Lagipun, bukannya susah mana pun. Aku buat ajelah apa-apa supaya aku tak lulus ujian. Lepas tu, selesai. Aku tidak berhutang apa-apa dengan lelaki ini.
“Baiklah kalau macam tu. Deal!” Izzad tersenyum lebar. Aku belajar sesuatu hari ini. Kepala orang berniaga ni memang penuh dengan agenda!


Kehadiran Izyanie tidak disenangi oleh calon - calon lain. 
“Orang kampung, pilihan pun mestilah kekampungan,” sindir Tengku Fathiah. Aku hanya menjeling. Ewah, mulut! Minah ni memang cari gaduh betullah.
“Ada menyusahkan awak ke?” soalku geram.
“I sakit mata betullah setiap kali tengok you ni. You tak sepatutnya ada dalam ujian ni. You tak layak langsung untuk jadi isteri Izzad,” sinis bicara wanita tinggi lampai berketurunan tengku itu.
“Dah Izzad pilih dia untuk turut serta dalam ujian ni, you nak sibuk kenapa?” Rania mula bersuara. Tengku Fathiah makin berasap.
“You just shut up, Rania! I tak cakap dengan you. Yang you all nak back up sangat perempuan kampung ni kenapa? You all tak ingat ke yang kita semua ni tengah bersaing. I takkan sesekali gagal untuk jadi isteri Izzad. Walauapapun, I akan jadi isteri Izzad sebab I setaraf dengan dia,” Tengku Fathiah masih menjual diri. Bangga tak tentu pasal.
“Kalau you all bergaduh macam ni, belum tentu you all yang Izzad akan pilih. Kami yakin yang Izzad akan pilih antara kami berempat ni,” Farra pula datang menyampuk. Di tepinya ada Sally, Wawa dan Muna yang sedang memeluk tubuh. Macam nak berperang pula lagaknya.
“I yang Izzad akan pilih,” bangkang Tengku Fathiah lantang.
“I sangat-sangat kenal dengan Izzad. I yang paling sesuai jadi wife seorang jutawan,” kali ini Sally pula bersuara lantang. Aku mengurut dada. Malu aku tengok perempuan-perempuan ni. Bergaduh sesama sendiri sebab rebutkan lelaki.
“Ikut suka Izzadlah dia nak pilih siapa!” Aku bersuara ‘ter’kuat sedikit. Semua yang tengah berperang mulut itu terdiam. Wani aku lihat sudah tersenyum.
“Argh…” rengus Tengku Fathiah sebelum berlalu naik. Kemudian, Sally and the geng turut berlalu.
“Padan muka. Bergaduh macam budak-budak,” Bi bersuara. Lily hanya diam dari tadi. Seperti pemerhati pula. Sekejap senyum sorang-sorang. Aku mengangkat kening pada Lily. Wanita itu hanya menggeleng.
"Jadi isteri Izzad ataupun tak, itu lain cerita. Kalau ada jodoh, adalah,” komen Rania. Aku lihat mereka bertiga ni tidaklah seghairah mana nak jadi isteri Izzad.
“Kalau bukan sebab my dad, I takkan join benda ni. Memang I suka dengan Izzad, tapi kalau dia tak pilih I, nak buat macam mana,” Wani membuka cerita. Bi kulihat mengangguk. Nampaknya mereka ni berfikir dengan bijak dan matang. Tidak macam Tengku Fathiah dan Sally and the geng tu.




Segala ujian telah dilalui, Izyanie terpilih menjadi isteri Izzad. Ada calon yang tidak berpuas hati.
“Kehadiran nenek I selama hampir dua minggu ini adalah atas dasar untuk mengajar dan mendidik you all semua. Kehadiran nenek I supaya dia dapat korek identiti you all semua. I rasa I tak silap buat pilihan. Apapun, you all semua tetap kawan-kawan I,” sambung Izzad.
“Apa ni Izzad? You jangan nak cakap berputar belit macam ni. Siapa yang you pilih?” Sally turut bangun. Masing-masing sudah merah mukanya.
“Nurul Izyanie. You’re the one that I choose to be my wife,” Izzad berjalan dan berdiri di depan Yanie. Yanie hanya tergamam.
“Izzad! You tak boleh buat macam ni. You must wrong,” Tengku Fathiah terus memeluk lengan Izzad. Sally turut mendekati Izzad.
“You berguraukan?” soal Sally.
“Keputusan I muktamad. I pilih Nurul Izyanie untuk jadi isteri I,” ulang Izzad. Matanya memandang semua.
“Izzad! How could you do this to me? I yang paling rapat dengan you. I yang selalu ada waktu you perlukan seseorang,” Tengku Fathiah menggoncang lengan Izzad.
“I’m sorry Fath. I’m sorry girls. I akui you semua memang baik. Sentiasa ada waktu I perlukan you all semua. Tapi, I hanya mahu mencari seorang isteri. I harap you semua faham dan dapat terima keputusan I ni,”
“Kalau you pilih orang lain, I dapat terima. Tapi, you pilih dia. Perempuan yang tidak sama taraf dengan you. I tak akan mengaku kalah hanya kerana perempuan ni. I rasa otak you tak berapa betul sekarang ni Izzad sebab tu you buat keputusan salah macam ni,” Tengku Fathiah bangun dan terus melangkah ke atas. Beberapa minit kemudian dia turun bersama beg-beg pakaian.
“You fikir balik pasal keputusan you. I tunggu berita gembira dari mulut you,” Tengku Fathiah memegang kedua belah pipi Izzad sebelum berlalu. Bunyi kereta Tengku Fathiah menderum keluar dari perkarangan banglo. Masing-masing memandang sesama sendiri.
“I rasa you perlukan rehat. Mungkin sebab you banyak kerja sebab itu kepala you pening. Sebab tu you salah pilih. I tunggu keputusan you ya,” kali ini Sally pula berbicara. Dia memegang tangan Izzad dan digenggam.
“Sally…” Izzad mahu membalas tapi Sally sudah menggeleng. Dia tersenyum lebar.
“I tahu you akan pilih I. Maybe you sengaja mahu menduga I sekarang. I know you Izzad. You takkan pilih perempuan macam ni,” Sally menjeling tajam Yanie yang masih termangu. Duduk menekur lantai.
“Farra, Muna, I nak ambil beg. Kita balik sekarang,” arah Sally.
“Kenapa you tak pilih I?” soal Farra sambil memegang tangan Izzad yang baru dilepaskan Sally.
“I’m sorry Farra,” Izzad tersenyum tawar.
“Kenapa you mesti pilih perempuan ni?” Muna pula menyoal.
“I ada sebab I sendiri. I harap you all faham. Mungkin bukan jodoh antara kita,”
Farra dan Muna menggeleng kesal sebelum mengikut Sally naik ke atas. Mereka bertiga pula pergi meninggalkan rumah banglo ini. Yanie memandang Wani dan Rania yang hanya diam.
“Tahniah,” ujar Rania sambil memeluk bahu Yanie.
“Saya… saya…” Yanie seperti tidak tahu mahu membalas apa. Wajah Izzad dipandang geram.
“Apa semua ni encik?” soalnya lirih. Adam bangun dan meninggalkan ruang tamu.
“Saya pilih awak untuk menjadi isteri saya,” jawab Izzad selamba.
“Tapi, kenapa? Kenapa encik pilih saya? Bukankah kita dah buat perjanjian pasal perkara ni?”
“Itu saya tahu. Tapi, dalam perjanjian tak ada pula menyatakan yang saya tak boleh pilih awak. Awak jangan risau, lepas kahwin awak tetap dapat jawatan pembantu setiausaha tu seperti yang telah dirancang,”
“Encik memang dah lebih! Encik tak boleh buat saya macam ni,” Yanie bangun dan terus berlari ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar. Izzad menarik nafas. Mek Yah berjalan perlahan menghampiri cucunya. Bahu Izzad dipegang.


Saat mereka ingin melakar kemanisan , Rahsia tersimpan terbongkar .....Izzad  meluahkan .. Izyanie perlu kuat demi menyokong suami yang baru dicintainya.
"Kita main Truth or Dare..." Izzad ketawa kecil. Kalau permainan itu dia tahu benar. Muncung botol menunjuk ke arah siapa, orang itu kena menjawab soalan permainan lain.
" Main kena jujur tau," pesan Yanie.
Izzat mengangguk sahaja dengan sengihan. Yanie bangun ke dapur. Dia kembali semula dengan membawa botol plastik yang diisis air. Mereka berdua duduk bersila di atas karpet tebal. Botol diletakkan diatas meja.
"Siapa nak jalan dulu?" soal Izzad bersedia. Yanie mengangkat tangan suka. Dia mahu jalan dahulu. Macam-macam soalan yang berlegar di dalam fikirannya. Dengan semangat, Yanie memusingkan botol. Penuh debaran menantikan muncung botol menghala ke arah siapa. Yanie bersorak bila Izzad yang terkena.
"Nak tanya apa?" Izzad tersenyum. COmel melihat telatah isterinya yang seakan kanak-kanak.
"Sebelum kenal Yanie, abang ada teman wanita tak? Kalau ada, siapa namanya?" Yanie memberikan soalan.
"Teman wanita? tak ada... kalau kawan perempuan ramailah," jawab Izzad tenang. Yanie mengangguk sahaja. Tapi sumpah dia tak percaya!
"Yelah tu... Yanie tak percayalah!" Saja aje Yanie menguji suaminya. Izzad terenyum sendiri mendengar ketidakpuasan isterinya.
"SUmpah! Abang memang ramai kawan perempuan. Dia orang yang minat abang , tapi abang tak pun." Sengaja Izzad mengangkat kening, kononnya handsome le tu. Yanie angkat kening tanda memang tak percaya. Alah, masakan suaminya tak pernah bercinta? mungkin dalam diam?
"Kenapa ? Yanie tak percaya abang ke?" Izzad cuba menyoal pula. Geram pula rasanya bila Yanie seakan-akan tidak percaya padanya.
"Ala abang, kalau kucing nampak ikan depan mata tak akanlah tak terliur kut? Nak-nak lagi ikn yang segar bugar." Bernada cemburu saja membuatkan Izzad ketawa senang. Izzad terus mencapai tangan Yanie kemudian digenggam erat sebelum diletakkan didadanya. Yanie sudah tidak mahu bersuara, wajah Izzad menunjukkan yang dia bercakap benar.
"Maybe ada , maybe tak. Tapi apa yang abang pasti Yanielah satu - satunya wanita yang ababng cinta, sampai mati," ucap Izzad perlahan membuatkan Yanie tersenyum. Air mata teras mahu gugur mendengar kata-kat ikhlas suaminya itu.
"Abang pula jalan." Yanie memberitahu, cuba mewujudkan suasana ceria kembali. Kali ini Izad pula yang memusing. Bucu botol menunjukkan kearah dirinya sendiri. Izzad memusing sekali lagi. Yanie pula yang terkena.
"siapa cinta pertama Yanie!" Soalan Izzad membuatkan wajah Yanie memerah. Malu. Balas dendam nampaknya!
"Hmmm... Seseorang yang bernama Izad Daniel. Dialah cinta pertama Yanie." Selepas menjawab Yanie terus menutup muka dengan bantal kecil. Mendengar ketawa Izzad lagilah membuat dia malu. Mereka teruskan bermain. Sekejap Izzad terkena sekejap Yaie. Mereka bergiir-gilir menyoal soalan. Dalam masa yang sama, mereka cuba mengenali antara satu sama lain. Pada pusingan terakhir, Yanie mendapat giliran untuk menyoal Izzad. Yaniemenarik nafas dalam. Inilah masa yang ditunggu-tunggunya.
"Soalan terakhirini Yanie harap abang dapapt jawab dengan jujur." Yanie memulakan. Kali ini dia sedikit gelisah.
"Apa rahsia terbesar yang abang sorokkan dari pengetahuan Yanie?" perlahan tapi tajam maksudnya. Izzad menarik nafas. Sejak dua tuiga hari ni dia sering diajukan dengan soalan sebegini oleh isterinya. Izzad memandang Yanie lama.
"Yanie tahu sesuatu ke?" Izzad menyoal kembali. Yanie sekadar mengeleng. Sebenarnya, dia seperti mahu menangis. Bagaimanalah Izzad menanggung kesakitannya seorang diri? Tidak pergi membuat rawatankah? Perlahan Izzad menghampiri Yanie dan memeluk erat isterinya. Rambut Yanie dibelai sayang.
"Abang tak bermaksud nak rahriakan daripada Yanie. Abang cuma tak nak Yanie risau. Abang tahu Yanie dah tahu tentang penyakit abang. Yanie tak perlulah lagi menahan air mata tu. Kalau nak menangislah." Lembut suara Izzad. Yanie sudah mula tersedu-sedan. Esakan kecil mula kedengaran.
"Yanie takut sebaik saja tahu abang ada leukemia ni. Yanie takut sangat."
"Abang anggap penyakit ni sebagai satu rahmat yang besar. Kerana penyakit inilah abang terfikir untuk mencari calon isteri. Untuk abang wariskan segala harta abang pada isteri abang. Kerana itulah kita berjumpa. Kerana penyakit ini juga membuat aban sedar yang selama ini abang banyak berdosa. Tak solat. Buat abang terfikir kalau abang mati, mayat abang diteima tak. Abang tertanya-tanya sempat tak abang nak bertaubat sebelum abang mati...." Izzad tersenyum tapi Yanie tahu lelaki itu menangis kerna matanya basah.



Janji yang pernah dibuat memakan diri ..... Adam menuntut janji , Tengku Fathiah merancang sesuatu kerana dendam.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" Adam sesekali lagi memulakan bicara.
"Aku call kau ni sebab aku nak berbincang sebagai seorang sahabat. Sebab kalau aku nak bincang sebagai seorang lelaki, terutama sekali sebagai seorang suami, dah lama aku tumbuk kau," ucap Izzad masih dengan wajah tenang. Dia datang bukan untuk bergaduh , cuma nak mengetahui kebenaran yang tersembunyi. Adm tersenyum sendiri. Dia faham maksud kata-kata Izzad itu. Suami mana tak akan naik berang bila ada lelaki lain cuba merampas isterinya, dia sedar akan itu. Tapi disebabkan ego, dia tidak mahu mengalah dengan lelaki bernama Izzad!
"Apa yang kau dan Fath dah rancang? Kau orang cuba nak pisahkan aku dan Yanie?" Izzad berterus terang. Dia harap jawapan yang jujur dari mulut Adam. Andai benar apa yang difikir, dia tak akan membenci Adam Kerana Adam ialah keluarganya.
"Izzad, Fath mencintai kau macam aku mencintai Yanie. Salah ke kalau kami cuba dapatkan cinta kami?" Adam membalas tenang.
"Dengan cara kau hancurkan rumah tanggasahabat sendiri?" Izzad kecewa. Adam terdiam.
"Adam tak boleh nak tipu perasaan aku . Aku ah cuba untuk lupakan perasaan aku ni pada Yanie. Tapi, disebabkan janji yang kau pernah buat dulu aku simpan harapan. Aku tak jadi buang perasaan yang memang dah sedia ada ni." Adam memeluk tubuh.
"Aku betul-betul minta maaf sebab pernah bagi kau harapan. Aku memang tak ada hak untuk suruh kau padam dan buang jauh-jauh perasaan suka kau pada Yanie. Tapi aku mnta tolong, jangan hancurkan rumah tangga aku. Jangan kau cuba nak rampas Yanie dari hidup aku." Berbaur amaran suara Izzad.

Novel Yang Manis



Satu lagi novel santai yang patut dibaca pada yang pengemar tegar novel masa kini. Novel yang manis semanis ceritanya. Ini adalah novel ketiga untuk terbitan Karya Seni. Nover pertama Bila Hati Kata Sayang menarik tapi banyak bermonolog sendiri. Novel kedua telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran Papa Ehsan dalam Teduhan KasihDalam cerita kali ini Marrisa menerapkan sentuhan kasih sayang kekeluargaan, hasad dengki dan dendam menjadi peneman dalam kehidupan manusia. novel yang setebal 453 muka surat merungkai cerita cinta Raees Hamzah dan Imaniah Sofea. sedikit ringkasan cerita dari saya .

Ia menceritakan Raees Hamzah datang ke Kuala Lumpur mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya.  Dalam kesibukan Raees mencari rumah teman sekampungnya Jidin , Raees terlanggar dengan seorang gadis manja yang bernama Imaniah Sofea. Imaniah Sofea atau lebih mesra dengan panggilan Iman dikalangan keluarga dan rakan, anak kesayangan Dato Asri dan Datin Yatie. Bagi mengubah cara hidupnya, Dato Asri memaksa Iman berkerja dia syarikat papanya sebagai Penyambut telefon dipejabat. Dalam masa yang sama Iman tidak menyangka dia akan bertemu Raees lelaki yang pernah melanggarnya. Disitulah titik permulaan Iman cuba menawan hati Raees. Iman sanggup buat apa sahaja demi merebut hati raees walaupun sekali sekala Raees suka mengusik dan menyakat Iman. Sikap Iman yang agak lurus membuatkan Raees senang dan selesa bersama Iman. Dalam mereka ingin mengerti hati budi masih-masing Dato Asri menyuruh Raees berkahwin dengan Iman secepat mungkin. Ini semua kerana Tengku Badrul yang menginginkan Iman menjadi  pengganti tunangnya yang lari bagi menutup malu kerana majlis perkahwinannya yang tak lama lagi. Leih menyulitkan ianya dicampur tangan neneknya memaksa Iman menerima cadangan buruk sepupunya itu.  Dalam yang sama Bahiyah sering rasa tersingkir dari tunangnya Wafi kerana melebihkan adiknya Iman. Perasaan dendam hingga mengakibatkan persengketaan antara dua beradik . Tak kurang juga Ustazah Humairah yang menaruh hati pada Raees sekian lama hingga sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan kekasih hatinya. Namun pada Raees untuk dijadikan isterinya dia tidak perlu mencari isteri yang terlalu sempurna kerana dia akan melengkapi yang kurang, Keputusan Raees memilih Iman sebagai pasangan hidup amat menggembirakan Iman. Iman nekad untuk berubah untuk orang tersayang. Dari tak kenal bawang dan halia kini dia pakar dalam segala hal rumahtangga. 

Sinopsis dari Kulit novel 
IMANIAH SOFEA tak kisah orang nak kata apa tapi kalau Iman dah suka, Iman tak peduli apa orang kata. Janji Iman suka. Kalau nak kata Iman perigi cari timba pun tak ada masalah. Iman gembira juga.

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Apa?”

“Aku nak pikat Raees Hamzah.”

“Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Iman? Kerja memikat tu bukan kerja orang perempuan tau tak. Tu kerja orang lelaki. Serupa perigi cari timba. Tapi kau ni bukan perigi lagi. Tapi perigi buta. Sudahla buta, tak ada air pula.”

Iman tak peduli apa kata sahabat baiknya, Nawal. Iman rasa hanya Raees Hamzah paling layak menemani hidupnya.

RAEES HAMZAH pun rasa pelik. Kenapa dia boleh suka dengan gadis yang memiliki rambut seperti ekor tupai itu daripada seorang ustazah? Walaupun gadis itu dikatakan ‘tidak cukup kain’ tapi tetap ada manisnya.

“Perempuan macam tu yang hang pilih?”

“Kenapa dengan dia? Gadis yang aku pilih adalah, bila aku pandang dia, perasaan aku jadi sejuk. Penat aku jadi hilang. Susah aku jadi senang. Bukan lagi aku pandang, lagi aku bengang.”

Memang Iman tidak lengkap sifat Muslimahnya seperti Humairah, tapi di mata Raees, Iman lebih nampak suci berbanding seorang ustazah yang mempunyai lidah yang agak bahaya. Namun berjayakah Raees mengubah si manis Iman seperti yang diharapkan? Dan mampukah Iman berubah demi sebuah cinta?


Petikan-petikan menarik dalam Novel :-
Pertemuan itu.
"Manalah tempat ni," rungut Raees. Sudah hampirsetengah jam dia berlegar-legar ditempat yang sama, namun tidak berjumpa sama, namun tidak berjumpa juga bangunan tempat tinggal Jidin. Apa yang ada hanya deretan kedai. Raees mula berasa resah. Betul ke tidk alamat yang Jidin beri ni? Betul ke Jidin tinggal dikawasan sini. Kalau mengikut alamat, memang betul. Raees tertinjau-tinjau lagi. Dia berusaha mencari tempat tinggal Jidin sehinggalah mangkuk tingkat terlepas dari tangannya. Terkejut Raees apabila tidak semena-mena ada seorang gadis terlanggar badannya.
"Maaf, maaf, Iman tak sengaja," Kata gadis bernama Iman itu sambil mempamerkan wajah takut dan serba salah. Mangkuk tingkat sudah bertabur diats lantai bersama isinya sekali, nasi dan sepat ronggeng goreng semata-mata. Sengaja mak Raees sediakan buat bekalan. Lepas untuk makan malam pun jadilah. Bimbang benar kat sin tak ada kedai makan. Setidak-tidaknya buat satu malam, Raees tidak kelaparan.
"Tak apa . Saya pun tak nampak cik." Raees tunduk mengutip mngkuk tingkatnya. Tak ada apap yang boleh dimakan lagi, buang sajalah. Kalau bukan kata rezeki Raees, nak buat macam mana lagi. Tuham sudah tentukan begitu. Tapi putih juga mata Raees melihat rezek yang sudah bukan miliknya.
"Maaf , bang. Iman betul- betul tak nampak. Iman memang tak sengaja nak langgar abang." Kalam kabut Iman makin menjadi-jadi. Kanaplah dia cuia benar sampai tak boleh kenal tiang dengan orang. Bukannya gelap gelita. Kalau sungguh pun tiang, gamak ke saja-saja nak langgar. Kesimpulannya, Iman memang tak sengaja.
"Iman....." Seorang lagi gadis melaung.
"Kejap.." balas iman sambil cuba membantu Raees mengutip mangkuk tingkatnya.
"Tak apa cik, saya boleh buat." Kalut juga Raees mengutip mangkuk tingkatnya. Sambil tu sempat lagi Raees menjeling sekilas ke arah Iman. Dia nak tolong kutip mangkuk tingkat engan kain paras lutut lagu tu? ketat ula, baik tak payah tolong. Satgi aku pandang benda lain pula, kata hati kecil Raees. Jadi wayang percuma saja. Tak seninihnya. Raees mengangkat muka lantas memandang ke arah Iman. Muka lawa. Tapi kenapa pakai tak cukup kain? Perempuan cukup tak manis pakai lagu tu. Anak siapalah ni. 


Pertemuan kedua membuatkan Raees lebih berani menyakat Iman.
"Abang kerja kat sini. Dah masuk dua minggu selepas abang jumpa Iman hari tu."
"Siapa nama abang?"
"Raes Hamzah."
"Abang dah kahwin?"
La, kahwin yang dia tanya. Tanyalah dah sarapanke belum. Budak-budak memang laju sungguh. Tapi Raees sudah biasa diajukan soalan begitu. Anak-anak muridnya yang baru tahun satu juga biasa bertanyakan soalan yang sama. Cikgu dah kahwin? Raees merapatkan badannya ke meja Iman.
"Ni rahsia. Jangan beritahu orang lain.Malu abang nanti. Jangan kata isteri ,buah hati pun abang belum ada. Tapi abang ada berkenan dengan sorang anak dara tu," kata Raees dengan perlahan. Glup, Iman telan air liur. Tak berkelip mata Iman memandang Raees. Apa bila dipandang dari dekat baru perasan lelaki tu ada tahi lalat dibawah bibir kiri. Serius, IIman jadi orang lain sekejap. Dan salah seorang yang Iman jadi, ada di Hospital Bahagia. Raees kembali ke tempat duduknya. Dia menyambung kerja yang ditinggalkan disebabkan mahu menjawab panggilan tadi. Kemudian dia tersenyum. Tak tahu kenapa dia boleh tersenyum tiba-tiba.


Iman lebih bersemangat untuk mencari perhatian Raees. Perubahan Iman disedari oleh ahli keluarganya.
"Iman nak ke ana ni?" soal Wafi. Rasa pelik jug. Selalunya Iman jarang ceria pada waktu pagi. Kalau muka tak serupa cekodok semalam memang tak sah apatah lagi kalau melibatkan soal tempat kerja.
"Nak pergi kerjalah. Takkan nak pergi shopping," Jawab Iman dengan suara mendatar.
"Kerja ?" tanya Dato Asri dan Wafi serentak. Dua kali ganda terkejut. Terus Dato Asri memegang dahi Iman. Tak demam pun. Ingat tadi demam sebab tak semena-mena sebut nak pergi berkerja. Sebelum ni punyalah susah. Suruh pergi berkerja serupa suruh pergi berperang. Hari ii sangat pelik. Mahu pergi berkerja lagaknya disuruh pergi membeli belah.
"Yalah. Iman nak perhi kerja. Nak pergi mama lagi,"jawab Iman. Susah untuk Dato Asri dan Wafi hendak percya. Memang mereka berdua tidak percaya langsung. Tiba-tiba saja Iman boleh tukar cara hidup. 
"Sudah, jangan banyak cakap lagi." Datin Yatie muncul bersama sengakuk nasi goreng. Sarapan mereka pada pagi itu ialah nasi goreng, tapi Iman pilih roti bakar bersama jus oren. Kurang selesa jamah makanan jenis berat pada awal pagi.
"Abang nak tahulah kenapa tiba-tiba Iman macam beremangat saja. Selalu kalau Iman tiba-tiba berubah macam ni, ada benda yang tak kena. ApaIman dah suka dengan pekerja baru kita? Emmmm. siapa ke namanya..." Wafi buat-buat lupa. Sengaja mahu menguji. 
"Raees Hamzah," Cepat Iman bercakap.
Tersembur air yang Dato Asri minum dan terkena kemeja Wafi. Kemudian ketawa mereka berderai serentak.
"Iman sukakan budak marketing tu ?" soal Wafi sambil mengelap kemejanya yang basah. Muka Iman berona merah. Tak sangka dia boleh tersasul sampai begitu sekali. Habislah kalau Wafi tahu. Mahu jadi bahan usikan salalu. Bukan Iman tak kenal siapa abangnya itu. Hantu segala hantu menyakat.


Harapan Seorang Ibu ingin melihat anaknya bahagia.
"siapa budak tu?" soal Datin Yatie.
"Itulah jejaka yang membuatkan anak dara mama jadi sasau," Jawab Wafi sambil ketawa perlahan. Tersentap jug perasaan Tengku Badrul mendengar kata-kata Wafi. Bermakna tidak main-main lagi sekarang ni.
"Oh, inilah lelaki yang Iman tergila-gila sangat tu?" Datin Yatie senyum lebar.
"Emmmm, perkerja marketing kita tu , mama. Orang Sungai Petani, Bekas cikgu sandaran."
"Ya? Alhamdulillah. Sejuk mata mama pandang dia . Memang sesuai sangatlah untuk Iman."
"Betul tu mama. Rasanya kali ni anak dara mama tak salah pilih. Dia perlukan suami yang dapat bimbing dia ke arah kebaikan. Mungkin papa dan Wafi gagal membentuk Iman, harap Raees berjaya." Wafi menjeling Tengku Badrul yang sudah terdiam. Tadi bukan main bercrita. Sekarang sudah sunyi sepi.
"Insya-Allah, itu yang mama harapkan. Ada seorang lelaki yang dapat membimbing Iman dengan baik," ujar Datin Yatie. Sebenarnya Datin Yatie turut memerli Tngku Badrul sama. Bukan Datin Yatie tak tahu perbuatan Tengku Badrul selama ini. Cuma Datin YYatie tidak mahu panjangkan cerita. Buruk-buruk pun anak buah Datin Yatie sendiri.


Iman lebih berani untuk berterus terang berbanding Raees. Namun Raees tidak menyangka Iman seberani itu.
"Iman sukakan abang." Terus saja Iman cakap tidak mahu simpan-simpan lagi. Raees tenang menerima pengakuan Iman. Sekadar memandang wajah Iman. Dia pernah jadi cikgu dan dia biasa berhadapan dengan situasi luahan begitu. Tetapi pada kali ini yang meluahkan rasa itu bukan budak sekolah atau cikgu sekolah. Pada kali ii lain.
"Kenapa Imman nak suka abang pula. Iman tahu bukan, abang ni siapa , Iman pula siapa. Kat situ Iman dah dapat bezakan, kita ni lain. Abang keturunan itik serati. Iman pula burung merak. Mana sama."
"Abang, kita bukanlah spesies burung. Kita manusia." Tak faham bahasa kiasan rupa-rupanya budak ni.
"Maksud abang, taraf kita tak sama. Abang anak orang bendang, orang kampung. Iman pula anak orang kaya, duduk kat bandar . Kita tak sama."
"Iman tak tahu semua tu. Ynag Iman tahu Iman uka abang. Abang lelaki pertama yang berjaya membuat Iman jatuh cinta. Dan Iman benar-benar sayangkan abang." Raees memandang pula beberapa orang pelancong yang sedang lalu lalang. Kemudian dia meraup wajah. Nampaknya Iman tidak main-main. Cinta yang Raees anggap sekadar gurauan sebenarnya bukan lagi setakat usikan teman-teman. Iman serius.
"Iman boleh beri abang sedikit masa lagi?" soal Raees.
"Kenapa ? Iman tak cukup bgaus untuk abang? Iman ak sesuai untuk abang sebab cara Iman macam ni?? Abang nak Iman pakai tudung ke ?" Air mata Iman sudah berjuraian. Iman sudah tidak peduli. Terasa seperti harapannya sudah berkecai. 
"Bukan begitu. Iman cukup sempurna buat abang, bahkan abang rasa terlalu kecil untuk bersama Iman."
"Abang tak boleh terima Iman sebab keluarga Iman kaya dan abang miskin?" 
"Itu salah satu sebabnya . Kita memang tidak sepadan. Abang harus sear diri. Macam abang cakap tadi, taraf kita berbeza."
"Sebab abang keturunan itik serati?" Raees memegang dahinya. Masalahnya sekarang ini Si Iman ini kenal ke tidak dengan itik serati?

Bila segalanya diterima , Raees membawa Iman pulang kekampung. Bagi Iman itu satu pengalaman baru tapi ada mata yang cemburu dengan kehadiran Iman Di kampung.
"Raees bawa bakal isteri?"
bulat mata Humairah ketika mendengar pengkhabaran itu. Terhenti seketika menyapu daun-daun rambutan yang kering berhampiran halaman rumah. Perasaan Humaurah jai kacau. Raees sudah ada calon isteri? Kenapa cepat benar? Sedang Humirah sendiri kena; siapa lelaki bernama Raees Hamzah itu. Pintu hati Raees tidak akan mudah terbuka untuk mana-mana gadis. Alih-alih sudah bawa calon isteri. Bagus benarkah gadis yang dibawa pulang itu? 
"Emmmm, aku cuma nampak dari jauh saja senja semalam. Tengah tangkap ikan kat sawah tepi rumah mak cik Mariana. Cantik orangny. Putih melepak.Padanlah Raees berkenan habis. Tapi sayang, tak pakai tudung." Bersungguh Rosni bercerita.
"Tak pakai tudung?" Makin ulat mata Humairah. Takkanlah clon isteri Raees tk pakai tudung?
"Haah, ak nampakperempuan tu tak pakai tudung. Pelik sugguh. Mau pula Raees perempuan macam tu. Ke memang taste Raees lagu tu. Patutulah perempuan macam kau ni dia tak pandang." Makin galak Rosni bercerita. Saja mahu menambah rasa cemburu Humairah. Tahu benar perasaan Humairah terhadap Raees. 
"Nampaknya hang kena simpan sajalah niat nak berlakikan Raees," hasut Rosni lagi. Kali ini Rosni gelak jahat pula. Suka tengok muka Humaurah begitu.
""Kawan dia saja kut. Takkanlah Raees nak perempuan yang tak jaga aurat. Kita tau siapa Raees dan keluarga dia macam mana." Humairah cuba meredakan gelora yang sedang melanda perasaannya. Mana boleh jejaka idamannya jatuh ke tangan perempuan lain. Lagipun selama yang Humairah kenal, mustahil Raees buat begitu. Raees tu kayu. Mana biasa dengan perempuan , apatah lagi mhu ada perasaan terhadap perempuan. 
"Kawan apa. Mak cik Marianadah pukul canang Raees dah ada calon isteri. Macam suka pula dapat calon menantu tak pakai tudung." Rosni semakin berusaha mahu memncalarkan perasaan Humairah.

Kehadiran Raees Hamzah membuatkan Tengku Badrul tak senang duduk. Raees takkan membiarkan orang lain memusnahkan apa yang telah diamanahkan kepadanya.
"Kamu Raees." soal Tengku Badrul sebaik sahaja berdiri dihadapan Raees dengan nada keras dan tegas. Raees mengangkat muka lalu memandang wajah Tengku Badrul dengan perasaan ingin tahu. Tengku Badrul duduk tanpa menunggu lebih lama. Dia benar-benar tidak sabar untuk bercakap dengan Raees. lelaki yang berjaya merubh sikap Iman sekaligus lelaki yang bakal dijodhkan dengan Iman tidak lama lagi.
"Saya Tenggu Badrul."
"Ya, saya tahu, Apa yang Tengku Badrul mahu berbincang dengn saya?" soal Raes tenang. DIa menghirup air kopi dengan perlahan, Sebanranya aees jelas maksud sebenar Tengku Badrul bertemu dengannya. Pasti saja tentng Iman. Apapun Raees sudah cukup bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang ada. Dia lebih yakin kini.
"Tolong batalkan perkahwinan antara wak dngan Iman. Dan tolong tinggalkan Iman dengan segera!" kata Tengku Badrul. Raees menrik nafas panjang. Apa yang Rees sangkakan memang betul. Pasti saja Tengku Badrul minta Raees tingalkan Iman. Kali ini nampaknya Tengku Badrul memank benar-benar terdesak.
"Sangat pelik saya rasa. Tengku Badrul memilik kekayaan yang melimpah ruah. Sekali saja tengku Badrul petik jari, berduyun-duyun gadis datang menyerah diri.Tapi kenapa Nampak seperti tersedak benar sampaikanterpaksa memilih Iman." Raees menerut dahi. memang dia tak faham sebenarnya, tapi kenapa masih terhegeh-hegeh mahukan Iman. 
"Sebab perkahwinan saya hanya untuk mangaburi mata sesetengah pihak saja. Selepas berkahwinsaya akanceraikan Iman. dan saya akan dapat mana-mana perempuan yang saya inginkan."Dengan angkuh Tengku Badrul berkata- kata. Raees faham kini kenapa Dato Asri meminta pertolongan Raees. kan perkara kecil rupa-rupaya. Mujur Dato Asri cepat menyedari dakan rancangan jahat Tengku Badrul. Kalau tidak, memang Dato Asri menjahanamkan masa depan anak senrdiri.
"Saya tidak sama sekali akan meninggalkan Iman. Saya akan berkahwin dengan Iman seperti yang saya rancangkan dan saya benar-benar cintakan Iman." Raees bergegas dengan keputusannya.