Novel Kampung Girl




NOVEL KAMPUNG GIRL

Dalam banyak - banyak perempuan dalam Malaysia ini, kanapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!

Kampun Girl karya Umi Kalsum atau nama sebenar Kalsom Binti Rahmathulah. Seusia 22 tahun dah boleh menghasilkan novel yang baik. Novel ini aku beli secara online tanpa membaca di penulisan2u . Bila dah dapat Novel setebal 547 muka surat ini tak mengecewakan. Bagi pendapat aku cerita yang menarik dari percubaan pertama penulis. Erti kata lain tak rugi beli. Jom review sikit novel yang agak lama dalam pelukan aku.

Mengisahkan Ashraf Khairi dipaksa berkahwin dengan Ainnur sepupunya yang tinggal dikampung. Ashraf yang dibesarkan di bandar dan mempunyai pekerjaan yang bagus dan boleh dibanggakan terlalu taksub dengan dunia bandar. Ashraf juga anak yang akur dengan keluarga menerima cadangan keluarganya walaupun hati memberontak enggan dikahwinkan oleh pilihan keluarganya. Ainnur anak adik pada mummy Ashraf sentiasa rela dikahwinkan dengan Ashraf kerana Ashraf adalah insan pertama yang dicintai sejak kecil dibangku sekolah lagi. Kerana keangkuhan ashraf membuat Ainnur nekad belajar bersungguh- sungguh sampai ke luar Negara tanpa pengetahuan Ashraf. Ashraf memandang rendah pada Ainnur kerana Ainnur seorang budak kampung dan tidak berpelajaran. Selepas majlis perkahwinan mereka segala rahsia terbongkar dalam sekelip mata. Ashraf malu dan rasa dirinya tertipu selama ini Ainnur bukan perempuan yang disangkakan. Ashraf rasa dirinya tergugat dengan kehadiran Faisal. Ashraf menjadi buntu . Dengan bantuan rakan Ashraf Ashraf cuba memikat hati Ainnur .

Sinopsis dari kulit Novel
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan ...
abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Petikan - petikan yang menarik dari Novel ini.

"ADAM!!! Seriously this is not funny. Stop laughing!!" marah Ashraf apabila ketawa tidak henti-henti dari tadi apabila dia mengkhabarkan tentang perancangan mummy untuk menyatukan dirinya denagn budak kampung itu. Ini soal hidup mati aku, boleh pula abang aku gelak macam orang gila!
"Why?" Adam masih tidak henti dengan ketawanya. Jelas kelihatan wajah Ashraf yang sudah memerah macam cili api. Marah sangat nampaknya.
"I don't like it! I'd rather be a bachelor than be married to that kampung girl," balas Ashraf angkuh.
"Watch your words! Berlagak sangat ni, kenapa? Kampung girl kalau, tak boleh kahwin dengan budak bandar? Kau tu.... tak reti- reti nak cari calon sendiri, mummy risau tau? Bukan nak cakap terima kasih kepada mummy sebab carikan perempuan macam Ainnur tu, tapi berlagak lebih pulak dia!" selamba saja Adam menghadiahkan libasan dibelakang badan Ashraf. Memang dasar tak reti bersyukur. Mulut pula, langsung tak berinsurans.
"Abang cakap senanglah!" Ashraf tidak mahu mengalah.
"Bukan abang yang kena paksa!" sambungnya lagi.
"Abang tak nak tolong Ash, kan? Tak apa. Siapa cakap pun, Ash tak nak kahwin dengan budak kampung tu!" bentak Asraf. Bosan rasanya bila tiada sesiapa yang sudi menyokong dirinya. Semuanya asyik berpihak pada parti si budak kampung tu. Nampaknya Ainnur  sudah mendapat majoriti suara. Ashraf sudah semakin tak senang.
"Sikit punya untung mummy pilih Ainnur untuk kau. Apa yang tak kenanya dengan dia?" soal Adam yang langsung tidak senang dengan kata-kata Ashraf. Selamba biadab! Ini betul adik aku, kan? Kenapa tak macam manusia normal yang lain?
"Tak nak budak kampung tu. Tak sekufu!" Muka Ashraf angkuh sekali memberi jawapan.
Adam mengerutkan dahi tanda dia todak memahami kenapa Si Ashraf begitu kuat membangkang calon pilihan mummy. Ainnur! okay what! Bukan setakat okey tetapi okey sangat. Budak kampung pun, bukannya dia tidak berpelajaran. Kalau ini sering Ashraf pertikaikan, berkenaan taraf pendidikan. Ainnur student TESL product oversea. siap dah jadi cikgu pun di sekolah menengah. Apa lagi yang pak cik pelik ini hendak? Tak cukup sekufu ke?

"Puas tidur?"
Buka saja mata, sudah terpampang wajah si budak kampung tu.
" Macam dah tak ada bilik, kan? Datang tidur dekat beranda ni kenapa? Nak suruh orang, Ain halau suami suruh tidur diluar?"
Aiseh! banyak pula soalan si budak kampung ini.
"Suka hatilah!" Namun itu saja jawapan yang meniti bibirnya.
"Patutnya semalam...." Ainnur baru hendak meneruskan kata, laju lagi Ashraf sudah bangkit dari pembaringannya.
"Semalam punya hal, janagna cakap!" Marahnya. Ainnur mencebik.
" Ain pun tak ada masa nak ungkit-ungkit serita yang tak berapa nak romantik tu," balas Ainnur senada. Huh! Gaya macam best saja dikenang semula detik malam semalam yang tidak berapa nak melekat dijiwa.Ingat balik pun, buat sakit hati saja.
"Kalau kau kejutkan aku semata-mata nak cakap menyakitkan hati aku macam ni, baik kau masuk dalam saja!"
Ainnur mengecilkan biji mata mendengarnya ayat Ashraf. Kiranya, selama ini akulah yang menyakitkan hati dia? Habis... dia tu? Berlagak baik sepanjang zaman. Huh! Sungguhlah annoying suami kau ini , Ainnur.
"Ain nak balik Penang petang ni," maklum Ainnur. Mlas sudah hendak memanjangkan cerita. Jadi ringkaskan saja. Membulat biji mata Asraf seperti tidak percaya.
"Balik Penang nak buat apa?" Nada suara lelaki itu sudah nak sedikit.
Ainnur mengerutkan dahi. Sudah amnesia ke apa pakcik ini? Bukankah pagi tadi, sesudah subuh Ainnur dah menceritakan segala cerita yang dia nak dengar sangat itu. Sekarang ini, buat-buat macam tak tahu apa-apa. Ini yang aku nak marah! Dia dengar tidak ceria aku? Tak pun dia tengah sedap membuta?
AArgh!! Ainnur rasa macam nak menjerit sekuat hatinya. Patutlah pak cik ini tidak bagi respons langsung sepanjang kisahnya dikhabarkan pagi tadi. Disangkanya khusyuk mendengar sebab dia pun tidak berani sanagt nak mencari nahas bertentang mata dengan Ashraf. Rupanya-rupanya cis! dia tidur dan aku membuang air liur.
"Malas betullah Ain bercakap dengan Abang Ash ni," rungut Ainnur perlahan.
"Kalau malas, tak payah cakap. Aku pun malas nak bercakap dengan kau." Ainnur mwngetap bibir, sakit hati. ada saja benda yang Ashraf hendak jawab. Nasib dia inisuami aku... kalau tak , dah lama aku lekatkan sellotape pada mulut itu. Biar tak boleh menjawab.
"Ain nak balik Penang petang ni. Wahai Encik Suami yang disayangi, Ain minta izin tinggal di Penang sampailah Ain dapat transfer ke Kuala Lumpur. Boleh abang sayang?" Dengan nada yang geram Ainnurmengucapkan ayat itu.
Ashraf membuat mimik meluat. Dijeling sekilas wajah Ainnur yang menahan geram. "Duduk sajalah dekat penang tu terus. Tak Payah datang Kuala Lumpur pun lagi bagus!"
Cis! Ainnur sudah menggenggam penumbuk ditangan. Kalau tidak difikirkan status suami, sudah lama orang disebalahnya ini akan diterbangkan masuk kedlam sawah! Macam yang dia pernah dilakukan pada Amir, sepupu merangkapkawan baiksemasa kecil.Sabar Ain, sabar!
"Baguslah! Dekat sikit dengan Abang Faisal," bals Ainnur geram. Sedangkan Faisal itu bukan tinggal di Pulau Pinangpun. sengaja Ainnur hendak menghangatkan hati Ashraf dengan kenyataan itu. Pantas wajah Ashraf tertoleh ke arahnya. Berubah sudah riak di wajah lelaki itu.
"Kau tu, isteri aku! Jangan nak ikut suka hati sendiri nak kuar dengan mana-mana lelaki. Mulai saat ni, aku tak nak dengar kau keluar dengan Faisal tu. Tidak dibolehkan sama sekali!" marah Ashraf. Nafas dihenbuskan dengan rasa marah. Wajahnya diraup berkali-kali. Api cemburu sudah mula marak sehingga membutkan dia terlupa akan perkara lain.
Melihatkan aksi Asraf yang serba tidak kena itu membuatkan Ainnur tersenyum sinis. Pelik! Ashraf Khairi merupakan manusia paling pelik yang pernah dia kenal? sepi kembali antar mereka. Penangan nama Faisal saja sudah mampu mengelukan lidah Ashraf.
"Kau buat apa di Penang?" soal Ashraf tiba-tiba.
"Kerja."
"Kerja apa?" mendatar nada suara Ashraf. Seingatnya pagi tadi, Ainnur ada menjalankan 'kuliah subuh' untuk menceritakan riwayat pengakiannya. Namun disebabkan terlalu mengantuk, dia sempat catch up pengenalan saja. Itupun tetang zaman persekolahan Ainur di SMK Dulang. Lepas itu terus kelam.

"See! kan aku dah cakap? Dia takkan balas." Terus Ashraf mengucapkan kata sebaik saja Wan Shafie menapak semula ke dalam biliknya. Wan Shafie tersenyum lagi.
"Dia tu, cikgu. Mestilah tengah mengajar ke, ada discussion dengan student ke, ada meeting ke. vuab fikir positif. Ini tak .... terus-terus nak melompat pada kesimpulan," sindir Wan Shafie.
Ashraf mencebik. "Yalah sangat ada discussion. Entah-entah, lepas baca saja mesej tadi, dia terus delete masuk dalam tong sampah."
Dengusan Ashraf menampar cuping telinga Wan Shafie. Pantas saja Wan Shafie sudah melepaskan tawanya. " Kau nak tahu tak? Sekarang ni, yang merajuknya Ain tapi kau yang over sangat pula!"
Teguran itu membuatkan darah meneyerbu laju ke wajah Asraf. Dia tidak sedar pun semua itu, Betulkah dia over sangat? " Mengaku tak, kau sayangkan dia?" duga Wan Shafie.
Tapi harus lihat juga, yang diduga itu pada siap. Lelaki si keras kepala.Laju kepala Ashraf mengeleng menafikan fakta itu.
"Ego!"
"Ini buakn ego. Ini hakikat."
"Dan hakiktanya, kau dah jatuh cinta dengan dia. Aku nampak semua tu. Masih kau nak nafikan?"
"Aku tak rasa macam pun!" dalh Ashraf lagi. Sahabis daya dia hendak menolak juga andaian dan fakta berkenaan dengan teori dia sudah jatuh cinta.
"Tak apa , tak nak mengaku. Aku tak kisah. Aku tak rugi. Yang akan melepas kau juga. Isteri kau tu, bukannya tak laku. Ada Abang Faisal lagi.... " ucap Wan Shafie meleret.
" kenapa nak kena sebut-sebut nama Faisal tu?" marah Ashraf.
Namun Wan Shafie tersenyum." Kan aku dah cakap? kau jatuh cinta dengan Ainnur. Mengaku sajalah. Tak payah nak buang masa nak nafikan perasaan tu. Tak ada siapa pun nak saman kau sebab jatuh cinta dengan isteri sendiri."

Ashraf terdiam kembali.Sukarnya dia hendak mengakui akan perasaannya sendiri walaupun terasa benarnya setiap patah kata dituturkan oleh Wan Shafie.