Novel Kerana Terpaksa.... Aku Relakan


NOVEL KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng....
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada disisi....


Novel ketiga Umie Nadzimah sentiasa ditunggu oleh peminat novel diluar sana. Sesiapa yang mengikuti perkembangan penulisnya memang sudah tidak asing lagi dengan tajuk Kerana Terpaksa Aku relakan. Selepas kejayaan novel Pilihan Mama dan Usai.. Aku Terima Nikahnya kini hasilnya lebih baik. Novel setebal 772 muka surat keluaran Julai terbitan Karya seni memang best. Novel cinta, kasih sayang dan pengorbanan ini boleh menggamit pelbagai perasaan.
Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus  merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya . Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar. Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya. Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah,  Saiful bekas tunangnya pula  datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin. Tajul zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki  tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid , Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Puitis dari abang zen:  Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...


sinopsis dalam kulit Novel

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin


Petikan- petikan menarik dalam novel


Diperhentian bas berhampiran, Indah Hanya keseorangan menunggu apa-apa sahaja kederaan awam yang boleh membawanya pergi dari situ. Tiba-tiba sebuah beg besar dicampakkan dihadapannya.
“Hei… perempuan! Ni mak dan kakak iri kau suruh aku pulangkan harta pusaka kau. Jika tak, menyemak kat kereta aku sahaja.”
“Yazid?”
“Hah? Akulah! Yazid. Kanapa? Otak kau dah mereng lepas kena tinggal semalam, dan tak dapat kahwin dengan si Saiful yang bijak pandai berlagak tapi bodoh tu? Sampai aku pun kau dah tak cam lagi?”
“Yazid? Kenapa buat aku macam ni? Apa salah aku?”
“Salah engkau? Yang tu , aku tak tahu. Dan aku pun tak ingin tahu apa salah kau. Kau patut Tanya mak dan kakak tiri kau kau yang cerdik menipu tu. Yang penting poket aku kembung! Cukup belanja untuk dua tiga bulan, tak payah kerja. Kahkahkah.”
“Jadi semua ni rancangan mak cik dengan Zawati?” Yazid menggangkat bahu. Kemudian dia ketawa mengejek lagi.
“Yazid? Betul ke ini semua rancangan dua Orang?” Indah menempik! Tidak sangka masih ada tenaga rupanya dia.
“Syyyyy…”
Yazid meletakkan jari telunjuk dibibir tebal dan hitamnya.
“Perlahan sikit. Nanti rahsia bocor. Yang tahu Cuma aku, kau ,mak dan kakak tiri kesayangan kau tu saja. Kau nak tahu sebabnya??”
“Apa sebabnya Yazid?”
Mecerlung mata Indah pada wajah Yazid. Sedihnya sudah bertukar rasa marah dan geram yang teramat sangat.
“Sebab kakak tiri kau tu jatuh cintan sangat-angat dengan laki tak jadi kau tu. Dia yng yang nak kahwin sangat dengan si epot pondan tu. Aku yang gagah perkasa ni, sebelah mata pun tak dipandang. Aku yang tergila-gila sangat pada dia, jantan yang macam tu yag dia nak. Aku macam kau juga, sakit mata dan sakit hati.”
“Kau tak takut ke aku bocorkan rahsia jahat ni?”
"Heh! Siapa yang nak percaya cakap kau sekarang ni? Lu fikirlah sendiri! Semua orang lebih terpengaruh dengan cerita dua perempuan tak guna tu.”
“Habis, kenapa kau sanggup tolong dia orang dan aniaya aku?”
Yazid hanya ketawa besar, mengangkat kening buruknya dan menepuk-nepuk kedua-dua belah poket seluarnya. Kemudian dia pergi sambil sengaja menyanyikan lagu duit.. duit dalam versinya tersendiri. Sungguh menyakitkan hati.. Ada juga orang jahat macam ini. Tapi lagi jahat Mak Cik Mariah dan Kak Zawati. Kesian ayah.

Indah menjeling Mak Siti yang sudah terkekeh ketawa. Nantilah Mak Siti, pandai main-mainkan perasaan orang ya. Tapi Mak Siti tahu ke Indah berangankan si dia tu? Eeee.. Malunya.
“Dato’ gmbira sebab semua anak-anak dia balik hari ni. Dah lama tak dapat berkumpul sama-sama, asyik seorang ada, yang lain tak ada. Hari ini cukup lengkap, siap dengan bakal menantu lagi.” Mak siti akhirnya ketawa memberikan jawapan. Ek eleh, nak kenakan Indah lagilah tu. Bakal menantu konon! Buat malu Indah sahaja kalau kaum keluarga Dato’ terdengar.Cubitan dikenakan pada lengan Mak Siti. Terjerit juga orang tua tu. Dalam hati dia sudah maklum kenapa kalau Dato’tahu, lagi dia gembira. Indah menolong Mak Siti membawa nasi dan mencedoknya ke dalam pinggan makan atu persatu.
“Duduk Indah!”
Dato Safiya memberi arahan. Dia memang tak suka jika Indah berlagak seperti orang gaji. Sepautunya pmbantu Mak Siti sudah datang, tapi hingga kini masih bermasalah.
“Pengganti Sunarti ke, mama?”
Lelaki itu menegur. Tajul Fahin tergelak besar. Si abang pula sudah tersedak air kosong. Nasib baik tidak tersembur pada si ungsu yang dududk disebelah.
“Bro, kalau di orang gaji, Abang Fahin cup awal-awal kemas bilik abang sorang. Siap bayar double tiap-tiap bulan.”
“Fahin,masih mabuk laut lagi ke?” Dato’ Safiya menegur. Tajul Fahin mengangkat tangan memohon maaf pada mama dan Indah.
“Zahin, this is Indah Harlina, PA mama. Since anak-anak mama semua dah ada. Mama nak umumkan Indah a my adopted daughter. Bererti, didalam rumah ini, She is the youngest, dan mama tak mahu dengar sebarang bantahan okey! and please traet her fair as your sister.”
Semua jadi terdiam seketika. Speechless! Dato” Safiya yang jarang suka atau mudah percaya pada orang luar, boleh senang-senang aje terima? Seketika kemudian Tajul Fahin mengejutkan semua orang dengan tepukan tangannya.
Sure… sure mama, no objection at all! Welcome to our family, my dear. Tapi syaratnya kena panggil Abang Fahinlah lepas ni. No more encik-encik ,okey?” Sambil itu Tajul Fahin mengenyit mata pada Indah. Tengok tu, belum apa-apa lagi diasudah ambil kesempatan ini.
“Haah, Abang Zen pun lagi sedap dengar dari Encik Razin.” Amboi – amboi, si dia pun tak lepas peluang. Ambil kesempatan juga! Hendak berebut juga pangilan ‘abang’ ingatkan tak teringin.
Indah sudah tercekik air.
Dato' Sofiya tersenyum lebar mendengar. Tambah-tambah lagi bila melihat  Tajul Razin yang berani. Dulunya cukup kaku dengan semua perempuan. Sekarang ni sudah boleh berbahasa bunga-bunga. Gak kerata perubahannya.

“Welcome to your new home...” Kata Tajul Razin.
Indah pandang sekeling. Mewah dan ekslus...if. Dari bawah lagi dia sudah suspen. Kondominium mewah, lengkap dengan sistem kawalan ketat. “Rumah siapa ni Abang Zen? Indah dengan Hasma tak mampu tinggal di sini... gaji kami tak cukup nak cover”.
Hasma mengangguk-angguk dua tiga kali, isyarat setuju dengan apa yang Indah kata. Memang betulpun.Agaknya hujung bulan, gaji dia dan Indah habis bayar sewa rumah . Memang la meletop tinggal sini...tapi nak buat apa, kalau kena ikat perut. Hasma , kalau pasal makan , jangan buat main-main. Dia tak boleh fikir kalau perut berkeroncong. Tengok body la beb...
Tajul Razin ketawa kecil. “Nak bayar sewa apa pula? Bukankah dah janji boleh tinnggal luar dengan bersyarat?”. Sambil tu mata dia tunak pandang wajah Indah.”Sinilah tempatnya. Selain dari sini, tak boleh tinggal, Indah dah janji dengan mama kan?”
Itulah janjinya pada Dato’ Safiya pagi semalam bila dia minta keizinan untuk tinggal diluar. Kalau boleh dia tak mahu peristiwa yang satu itu menganggu fikirannya . Dia tengah berusaha untuk melupakannya. Trauma sangat. Hanya diri dia sahaja yang tahu sakitnya. Lebih pahit rasa daripada perasaan semasa di halau ayah.
Dato’ Safiya pada mulanya tidak setuju. Oleh kerana dia telah tahu sebab Indah tiba-tiba sahaja masuk wad, maka dia fikirkan kembali permintaan itu untuk kebaikan semua tertamanya Indah. Tajul Zahin telah buka rahsia, walaupun abang sulungnya telah berpesan jangan beritahu mama apa-apa.
Syaratnya kena tinggal di rumah yang Tajul Razin sediakan dan itupun hanya sementara sahaja, sehingga keadaan pulih kembali. Hatinya lebih suka Indah tinggal bersama di rumah besar mereka.
Okeylah. Bersyaratpun, syaratlah. Indah setuju saja , asalkan dia jauh rumah besar itu, dan lebih-lebih lagi asalkan tidak berjumpa dengan Tajul fahin dalam masa terdekat ini. Sehingga hati dan perasaannya pulih.
“Ahmm...kenapa diam saja? Tak suka?” Tajul Razin duduk atas sofa. Dia beri syarat untuk Indah dan Hasma duduk juga.
Indah hanya balas dengan senyum nipis. “Rumah auntie ke Abang Zen? Indah tak pernah tahu pun..”. Tapi kemudian terfikir pula, siapa dia untuk tahu semua harta benda Dato’ Safiya. Juga bukan peguam peribadi dato’. Melampau betul Indah ni...
“Rumah Abang Zen . Walaupun kecil aje, tapi abang beli dengan duit sendiri tau. Mama tak sponsor satu sen pun”. Si dia jeling manja Indah. Rasanya sudah lama dia tak mengatal dan bermanja-manja.
“Owh...”
“Indah tinggal sahaja sini dulu , buat macam rumah sendiri. Atau kalau sudi nak tinggal selama-lamanya pun boleh, tapi yang tu kena tambah syarat lainlah!” Tajul Razin ketawa senang di hujung katanya.
Hasma sudah tersungging-sungging senyum gatal. Dia angkat kening pada Indah di hadapan. Indah buat-buat tak nampak atau dengar.
“Jom...Abang Zen tunjukkan bilik Indah...”. Lalu Tajul Razin segera bangun dan angkat dua-dua beg semula menuju bilik. Indah dan Hasma ikut di belakang.
‘Untungnya kau beb...” Hasma bisik di telinga. Indah siku pinggang dia.
Bilik utama sama dengan seperti ruang tamu. Bergaya dan elegan! Indah suka sangat dengan gabungan warna menghiasi. Biru laut dan putih mutiara, Biru laut tu warna dia dan Abang Zen. Warna cinta mereka. Abang Zen suka warna tu. Indah pun! Tenang sangat suasana bilik ini. Seminit dua berada di situ, Indah terus jatuh cinta.
“Suka tak?” Tajul Razin ulang tanya soalan tadi.
Kali ini Indah angguk. Jawapan dari hatinya. Sungguh dia suka dengan rumah yang disediakan Tajul Razin. Tetapi...
“Tak melampau ke , sampai Indah pula yang tinggal sini?”
“Kenapa pula?”
Masa tu, Hasma sudah ke ruang dapur untuk cari air minuman.
“Iyalah...ini rumah Abang Zen, rasanya Indah tidak punya apa-apa hak untuk tinggal di sini...”
“Kalau macam tu...kita cuba cepatkan hak-hak tu nak?” Tajul Razin kenyit mata.”Jadi Indah taklah rasa serba salah....”
“Abang Zen...Indah ni tengah berserabut la sekarang ni...”
“Itu la...suka fikir yang bukan-bukan. Sudah-sudahlah beratkan kepala Indah. Abang nak Indah cepat pulih . Duduk sini , tenangkan fikiran, jangan biar otak tu fikir benda-benda yang negatif. Banyakkan istighfar, zikir dan doa penenang hati ya...Abang tak nak sayang abang ni susah-susah hati lagi”
Indah angguk. Tak kata apa-apa. Dalam hati, terimakasih Abang Zen, yang banyak pulihkan semangat Indah, Indah akan berusaha bersungguh-sungguh lapangkan dada dan tenangkan fikiran. Moga dirahmati dariNya.
Mereka keluar semula ke ruang tamu, bahaya duduk dalam tu berdua. Syaitan melompat-lompat kiri kanan. Hasma sudah siapkan jus oren dalam gelas. Pandai pula minah ni , fikir Indah. Nak tunjukk baik kut depan Encik Tajul Razin ,jika tak...jangan harap! Buat air untuk Dato’ Safiya pun puas Indah ajar.
Lepas minum seteguk dua, telefon Tajul Razin berbunyi. Kemudian dia minta diri pergi setelah pesan itu ini, terutama pasal keselamatan mereka. Dia letak segugus kunci rumah dan kunci kereta Nisan Teana atas meja kopi.
“Indah guna kereta ni. Drive hati-hati, keselamatan diri sendiri lagi utama dari kereta tu...” Pesan Tajul Razin lagi.
Indah tidak dapat kata apa-apa. Dia tidak mahu semua ini, tapi dia tidak mampu untuk menolak.
“Beb...dalam peti ais besar kat dapur tu, penuh makanan sedap-sedap tau. Macam-macam dah tersedia...kenyang aku beb tinggal dengan kau...” Hasma bagi tahu sambil peluk Indah selepas pintu utama ditutup.
Indah masih lagi bisu. Ini lagi satu masalah...
 



“I do love her. Very much... and I think I need her indeed...I love her...” Terus –terang Tajul Fahin mengaku.
Meremang telinga Tajul Razin. Dia tidak dapat bertahan lagi. Marah, geram bercampur dengan cemburu. Tanpa sedar dia terus cekak kolar baju T kuning air adiknya . Leher dicengkam kasar “ Don’t you dare!! Jangan nak sebut sayang kalau perangai macam binatang!!!”
Pang!
Sa
tu tamparan kuat hinggap ke pipi Tajul Fahin. Itupun dia belum puas hati. Dia masih tidak melepaskan tubuh Tajul Fahin.
Anehnya , Tajul Fahin sedikitpun tidak melawan. Dibiar sahaja si abang lepas kemarahan. Berkerut dahi menahan sakit . Tak sangka kuat sungguh tenaga jantan Tajul Razin. Berpinar-pinar mata dibuatnya.
“I am sorry bro...” Suara Tajul Fahin lemah dan terketar-ketar.
“Kau ingat boleh selesai masalah dengan ucapan maaf? Dan aku bukan orangnya!!” Marah Tajul Razin lagi. Tangan dia sudah genggam penumbuk untuk ditujukan ke perut lawan, tapi sempat di tolak Tajul Zahin yang dari tadi hanya diam memerhati. Tajul Zahin guna sepenuh tenaga untuk jarak dua lelaki tersebut. Seorang ke kiri, seorang ke kanan.
“Hei...hei, apa ni bro? Takkan kerana perempuan kampung tu you all berdua nak berbunuh? Tak berbaloi tau!! Sedar la sikit!!” Jerit Tajul Zahin.
Berdesing telinga kedua-duan abangnya.
Tajul Fahin bulat biji mata“You shut up!!” Jari telunjuk ditunding pada budak mentah itu.
“Shut up? You all tak rasa bodoh ke ? Berlambak lagi perempuan hebat kat luar yang you all boleh tangkap . Petik jari saja, berduyun datang Bukalah mata sikit! Apa faedahnya dapat perempuan tu?”
Pang!
Elok sangatlah tu. Yang sulung tampar yang tengah, yang tengah pelempang yang bungsu. Si bungsu meraba-raba pipinya yang pedih selepas itu. Yang sulung speechless! Tergamam!
Selama ini gaduh mereka tidak pernah naik tangan. Guma gaduh-gaduh sayang. Paling terukpun hanya bertegang leher . Sebenarnya mereka tiga beradik ini cuma selalu tidak sependapat sahaja, tidak lebih-lebih sangat. Dato’ Safiya cukup mendidik anak-anak supaya menghormati antara satu sama lain. Adik hormat abang, abang respect adik.
Hari ini, kali pertama mereka perang besar...
“Puas hati???” Tajul Zahin tempelak!
“Pergilah! Pergilah semua orang tumpukan perhatian pada budak perempuan tu. Tak padan dengan mama, you all pun gila sama. Baguslah kalau family kita jadi macam ni?” Dia sambung lagi.
“Tajul Zahin...mama suka dia sebab dia gadis baik. Tengoklah macam mana dia layan mama. Mama happy kan?” Bela Tajul Razin. Tak rela dengar memanjang adiknya mengutuk insan yang dia sayang
“Baik? Baik layan mama? Baik juga layan you all kan? Perempuan masuk bilik lelaki itu baik? ”
Tajul Fahin melayangkan lagi satu tamparan pada Tajul Zahin, tetapi kali ini sempat ditahan Tajul Razin .
“Tamparlah!” Cabar Tajul Zahin. Sedap agaknya kena tampar. “Kalau tidak sebab perempuan tu masuk bilik bro... benda tu tak jadi tahu tak? Dia yang lebih gatal...”
“Enough Tajul Zahin! Enough! Jangan buat keadaan lebih rumit!” Potong Tajul Razin. Dia tahu adiknya salah faham. Indah bukan macam itu. Dia kenal gadis itu luar dalam. Dalam? Belum lagi kot, hati ...ya. Jangan orang hendak auta apa-apa tentang Indah.
“Betul tu. You.. Zahin , jangan sibuk sangat! Diri sendiri pun tak boleh control, ada hati nak masuk campur hal orang!” . Jari telunjuk dia tunjal-tunjal pada dahi Tajul Zahin.
“Fine!. Suka hati you all lah! Jangan apa yang pernah berlaku berulang balik sudah! ” Jerit Tajul Zahin, dia atur kaki menuju tangga. Lantaklah! Tak kuasa dia masuk campur lagi. Never! Kau orang hendak berebut perempuan seorang tu , rebutlah! Dia tak rugi apa-apa. Apa punya taste la abang-abangnya. Tak masuk akal!



"Cara abang, seperti sorokkan sesuatu."
"Tak ada apa-apa. Abang belum sempat bincang dengan mam, fasal ayah Indah.." Dia cepat-cepat melarikan dengan mata dari memandang wajah Indah. Ya ke? Cara dia cakap macam tidak ikhlas. Kalau betul pun mungkin juga, sebab dia tak nampak serius untuk mempercepatkan rancangan itu. Mungkin dia ajak khawin, ajak-ajak ayam saja, macam kanak-kanak main pondok-pondok. Mentang-mentanglah Indah ni jauh lebih muda dari dia.
"Sayang.. how much you love my mom?"
Pertanyaan keluar dari topik aal membuatkan Indah tiba-tiba teringat janjinya pada diri sendiri sewaktu Dato' Safiya koma. Mudahnya dia lupa bila diumpan dengan perkataan 'kita kahwin?' Masa itu dia hanya mahu nyawa ibu angkatnya.
"Indah tak ada ibu, hanya mama tempat mengharap kasih." Tajul Razin tersenyum tawar.
"Abang pun, mama dan keluarga keutamaan. Dan sayang juga segala-galanya. Abang akan lakukan apa saja untuk melindungi Indah dan semua yang abang sayang."
Lepas tu, dia sambung dengan kata-kata yang Indah kurang jelas dan masih terfikir-fikir hingga kini. "Walau apapun yang terjadi , hati abang tetap pada seorang gadis...." kenapa mesti berulang kali menyebut ayat tersebut?Indah masih tidak faham walaupun sudah belalu lima hari. Dan Lima hari juga, Tajul Rain melenyapkan diri! Bayang-bayang pun tidak nampak! Klai ini tanpa SMS juga. Perlahan Indah bangn ke almari pakaian disangkutkan dicelah-celah pakaiannya. jaket yang belum dibasuh. Masih ada sisa-sisa wangian dan aroma lelaki tersebut. Indah membawanya rapat ke hidung. terlerai sedikit rasa rindu!
Kerana rindu jugalah dia asyik berulang-alik ke banglo Dato' Safiya setiap hari. Malangnya, petak parkir BMW hutam sentiasa kosong tanda tuan kereta pun tiada. Mujur ada kucing kesayangan untuk dia mencurahkan rasa. Pejabat pun dia tidak masuk, outside meeting sahaja alasan Safuan berikan. Bosan! atau boleh percaya ke?


"My God... Sis? Dua tapak di berpatah ke belakang, dia terdengar suara memanggilnya. Ahhh! Dia mana ada adik! mamat manalah pula yang bijak memandai manaikkan tarafnya disini. Pedulilah, takut juga kalau orang tu ada niat tak baik. Indah tak kenal sesiapa, kecuali Kak Maznah anak beranak dan Abang Saiful. Indah mempercepatkan langkah.
"Sis... Indah ke ?" Kemudian dia terdengar derap kaki laju mengekorinya. Dia berhenti apabila namanya disebut. Suara itu pula macam biasa ditelinga.
"Ya Allah , sis! Puas kita orang cari. Abang Zen dah macam orang gila kat KL sana." Indah terpaku. Berdesing telinga mendengar nama Abang Zen, dan sudah macam oranggila. beul ke dia dah jadi teruk? sngkanya, Tajul Razin tidak kisah pun. Maklumlah, Indah bukan siapa-siapa padanya. Tanpa segan silu, Tajul Zahin menarik lengan kakka iparnya yang berbaju kurung kak Maznah ke pangkin semula. Semasa keluar dari banglo Dato' Safiya, Indah hanya sehelai sepinggang. Dia tak terfikir pun untuk membawa apa-apa. Hanya menurut kata hati dan perasaan yang sedang bekecamuk. Yang dia mahu, pergi dari situ secepat munkin, sebelum Tajul Razin membuka mata dan membuat hal lagi. Dahlah dia termalu besar dengan apa yang berlaku pada malam itu. Indah terduduk. Tahul Zahin pun duduk sama diatas pangkin. Merak berjarak. Seorang disatu hujung dan seorang lagi dihujung yang lain.
"Macam mana Zahin boleh ada disini?" Hairan Indah. Beberapa hari yang lepas dia berjumpa dengan Abang Saiful, sekarang Tajul Zahin pula. Terasa dunia semakin sempit. Dan banyak pula kebetulan demi kebetulan.
"Tu.." Tajul Zahin menunjukan kanvas lukisannya dihadapan. Nama saja menghadap sawah padi, coretan diatas kanvas entah apa-apa. Celoreng disana dan disini, sama pada warna sahaja , hijau. Indah memandang pada lukisan. Berlapis dahunya berfikir. Apa kaitannya dengan dia?
"I ada pemeran bertemakan 'GREEN'. Sinilah tempat untuk mencari mood. You nampak tak rumah berbumbung merah ditengah-tengah sawah sana tu?" Tajul Zahin menunjukkan ke arah kanan. Indah sekadar mengangguk. Memang ada sebuah rumah comel berbumbung di tengah-tengah sawah sana tu. Indah selalu tertanya-tanya siapakah penghuni rumah tu, sunyi seperti tidak berorang.
"Itulah rumah Safuan. I selalu datang sini untuk melukis. Sis tahukan, dulu ayah Safuan kerja dengan papa, Sebab itu I baik dengan emak dia, mereka tinggal dibilik belakang yang sekarang ni ah jadi stor."" Penerangan Tajul Zahin , buatIndah menarik nafas lega kerana sudah faham. Rupa-rupanya begitu. Dia Juga tidak sangka akan menjejakkan kaki ke kampung Safuan. Kebetulan lagi...
"Sepatutnya dah siap semua lukisan untuk pameran tu, tapi sebab tak tahan hati tengok Abang Zen terjerit sana sini, I pun let go my precious time, tolong dia cari masa dua minggu ni. Baru aje semalam sampai, I tak sangka jumpa you disini. Betapa besarnya kuasa Allah, kalau Dia kata jadi maka jadilah. Kalau I tahu, tanpa buang masa I terus ke sini. Kenapa  you sembunyikan diri? Bukankan Abang Zen yang sis harapkan?"
"Mana you tahu I harapkan dia?" Indah tidak berpuas hati. Dia ingat Indah yang terhegeh-hegeh ke?
"Sis jangan lupa, I ni orang seni... benda yang seni-seni dan tersorok ni I memang boleh nampak." Tajul Zahin tersengih. Indah mencebik. Menyampah! Itu saja modal dia!
"Kenapa buat Abang Zen macam ni?" Indah menjongket bahu. "Teruk sangat ke apa yang I buat sekarang, berbanding apa yang I tanggung maas abang-abang you permainkan I?"
"I rasa you tak kenal habis lagi siapa Abang Zen. Yang you tahu tentang dia mungkn 40 peratus." Bulat mata Indah memandang Tajul Zahun. Geram! Jujurnya dia bercakap. 
"Ikhlas cakap, kalau you kenal dia 80 peratus saja pun , you tak berani nak berenggang dengan dia wala sesaat. Atau pun you akan terbang pergi peluk dia sekarang ini juga."
"Cakap senang. You all tak rasa apa yang I rasa.." Indah tidak mahu kalah.
"Jangan lupa sis, I ni orang seni.." Tajul Zahun bangun menuju ke tempat kanvasnya trpacak. Dia mencapai berus dari tempatnya. Hah! Pergi balik, pergi balik. Ayat itu juga yang dia ulang, kutuk Indah dalam hati. Dia pandang sahaja kelakuan Tajul Zahin. Dia tidak ingin mngulas bahasa seni adik iparnya. Tajut dia lagu tidak faham, lagi keliru.
"You tengok kanvas ni, corak-corak, contengan warna-warnanya, walaupun sesetengah orang tidak dapat langsun menilai keindahan dan keistemewaannya, namun setiap lakaran mempunya maksud-maksud tertentu. yang pasti, hanya pelukisnya sahaja yang memahami.."
Wah.. rasanya kali ini, Indah terlebih faham kut! sebuah potret abstrak. Indah akui itulah perjalanan hidup dia selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu di setiap simpang-siur yang dia lalui. Ada sikit senyuman nipis dibibir.
"Dah faham dah? samalah juga dengan Abang Zen. I cakap ni bukan kerana dia abang I. Tapi sebab I dah paus tengok dia berkorban untuk keluarga. Sekarang, tiba masa untuk diri dia bahagai dan memberi perhatian kepada kehidupan sendiri."
"Maksud you?" Tadi Indah dah faham sikit-sikit. Sekarang dia perlukan lebih penjelasan kerana ini bahagian penting untk dia lebih mengenali siapa suaminya.
" You perempuan yang dia cinta sepenuh hati..." berhenti sekejap, Tajul Zahin menelan liur. Indah Blushing. etulkah? Isk..Isk, mana dia tahu? Hmmmm.. Diakan orang seni... Rupanya berguna juga ayat itu ya. Indah suah tak sabar-sabar mendengar ayat- ayat seterusnya.
"Sebelum you, dia tak pernah ada mana-mana perempuan, kecuali mama. Nak tahu kenapa?? sebab dia serik!"" berhenti lagi.
"Kalau tak pernah ada perempuan , kenapa pula serik?" Indah mengerutkan dahi. adik ipar dia yang seorang ni, nk dikategorikan sebagai seni atau pemutar belit?
"Arwah papa." Tajul Zahun diam lagi.
"Owh... kenapa?" Indah tunjuk muka tak sabar.
"Keluarga kamu hidup bahagai, gembira , aman damai , mewah, sehinggalah muncul seorang perempuan pengiks dalam hudup papa. dia buat hidup kami porak pernda dan papa hampir muflis. Mujur mama ada strategi untuk selamatkan TS Holding. Jiak tak , jangan harap you nak tengok kami ni bergaya dengan baju mahal dan kereta mewah." Tahu pun ... Indah kata dalam hati. itupun tak sedar diri main-mainkan orang miskin macam dia.
"Sejak itulah Abang Zen menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga, membantu mama. Masa tu dia masih belajar lagi, tapi dia luangkan masa untuk menjaga kami dua orang dan berulang alik dari KL dan London untuk memberi kekuatan pada mama. Abang Fahin yang paling menyusahkan! Papa buat perangai, dia pun sama buat perangai. Kalau bukan kerana Abang Zen, rasanya dia tu tak akan jadi orang langsung sekarang ni. Perempuan sundal tu betul-betul menyusahkan hidup kami. Mama terus hidup pun kerana semangat Abang Zen. Dia banyak berkorban masa, tenaga dan kehidupan remajanya semata-mata kerana tidak mahu lihat kami bertiga kecewa dan putus asa. Malah sampai sekarang pun, dia masih berkorban demi mama dan lebih-lebih lagi untuk lelaki seorang tu. Abang Fahin tak reti-reti berfikir sendiri dan membahagiakan orang lain. Cakap dan kehendak dia sahaja orang kena ikut. Macam perangai budak tadika, Kalau tak kerana dia tu abang I, dan kami ni tiga beradik, dah lama I lipat-lipat dia jadi kanvas lukisan, ataupun material kerja seni I ni tau." Tajul Zahin tersengih di hujung kataya.