Novel Kau Ditakdirkan Untukku


NOVEL KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.

Novel Kau Ditakdirkan Untukku adalah koleksi peribadi milik aku. Karya Gee Muszisya setebal 528 muka surat ini terbitan Karya seni. Baby pertama sudah cukup buat si penulis tersenyum dengan jalan cerita cukup menarik. Cerita mengisahkan Akmal Ikram dan Nuranis Fatihah mengecapi hidup berumahtangga dan dihantui kenangan silam. Akmal Ikram ada sejarahnya bertunang dan ditinggalkan.Tidak kurang juga Nuranis Fatihah dengan kehidupannya dan dibesarkan dirumah anak - anak yatim. Kehadiran Nuranis merubah segalanya. Perasaan suka pada mulanya disangkal dan Ikmal sengaja mendera dengan pelbagai bebanan kerja untuk melihat Nuranis sentiasa bertemu dengannya. Memangsweet sangat hubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal tak pernah putus asa untuk menawan hati Nuranis hingga mamanya suka pada Nuranis dan ingin dijadikan menantu. Ikmal mengambil peluang yang ada bagi mempermudahkan usahanya memikat hati Nuranis. Kehadiran bekas tunang Ikmal mengoyangkan perhubungan Ikmal dan Nuranis. Ikmal nekad walau apa pun terjadi hanya Nuranis yang bertahta dihatinya sekarang.

Sinopsis dari kulit novel 
Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. 
Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia. 
"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal. 
"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram. 
Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?
"Saya tahu dia masih sayangkan awak. Kalau tidak masakan dia merayu untuk kembali pada awak. Tak mustahil juga kan kalau rasa sayang awak masih ada pada dia? Tetapi awak sengaja kunci dengan rasa marah dan dendam yang tidak pernah padam." – Anis
"Seandainya satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman. Saya redha. Dan saya tidak memaksa awak untuk menerima diri saya." - Akmal
"Awak tak pernah terfikir ke Anis. Mungkin kita memang dah dijodohkan bersama. Walaupun saya tak sempurna dimata awak tetapi awak telah ditakdirkan untuk membetulkan ketidaksempurnaan saya itu. Kalau kita tak beri peluang pada hati kita, hubungan kita tak akan kemana Anis. Saya memerlukan awak untuk mengemudi bahtera kita supaya tidak goyah. Saya tak mampu untuk mengemudinya seorang diri." Ujar Akmal meluahkan rasa dari lubuk hatinya yang lama terpendam.

lagu pilihan Akmal untuk anis diawal pertemuan

Petikan - petikan yang menarik dalam Novel

“Bos” panggil Nuranis Fatihah.
Tersedar Akmal Ikram dari lamunan. Dia menggangkat muka melemparkan pandangan kosong pada Nuranis Fatihah yang memerhatinya.
“Bos tak nak makan ke?”
“Saya tak ada selera.”
Pulak! Tadi beria ajak makan kat sini. Dah duduk sini tak ada selera pulak.
“Jangan macam tu bos… makan sikit , dah sejuk tak sedap.Nanti membazir aje nasi goreng tu kalau bos tak makan,” pujuk Nuranis Fatihah.
“ Saya betul-betul tak ada selera Anis.”
“Tak baik membazir bos. Cuba tengok orang susah. Mereka nak dapat sesuap nasi pun kena berkerja keras. Kita yang mudah nak dapat makanan, senang-senang pulak nak buang. Amalan membazir dilarang oleh Allah. Itu tandanya kita tidak bersyukur kepada-nya. Bos pernah tak tonton iklan beras jasmine? Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani. Haaaa.. bos kena hargai setiap titik peluh petani tu.” Dengan penuh semangat Nuranis Fatihah memberi nasihat kepada bosnya. Tersenyum Akmal mendengarnya. Tercuit dengan tingkah Nuranis Fatihah yang bersahaja. Mamang ada kebenaran dari kata-kata Nuranis Ftihah itu. Bukan niatnya untuk menbazir tetapi seleranya sudah putus dek tamparan kejadian tadi. Dia mengeluh panjang. Bungkusan diatas meja dibuka. Aroma nasi goring mula membangkitkan selera. Perlahan dia membaca doa. Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Lega hatinya melihat Akmal menerima kata-katanya tadi. Mereka menkmati makan malam dengan suasana yang nyaman diiringi alunan muzik piano yang sayup-sayup kedengaran dihalwa telinga.
“Awak memang selalu aktif dalam kerja-kerja amal ke?” tiba-tiba Akmal Ikram menyoal memecahkan keheningan antara mereka. Sekadar mengajak Nuranis Fatihah berbual untuk menghilangkan kerunsingan dihati. Tu saja yang terlintas difikirannya kala ini.
“Haah, memang saya selalu libatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh rumah Ar Raudhah. Itu saja yang saya boleh buat,walaupun saya tahu tak terbalas budi rumah Ar Raudhah kepada saya,” jawab Nuranis Fatihah.
“Maksud Anis?” Tanya Akmal Ikram tidak mengerti dengan kata-kata Nuranis Fatihah tadi.
“Sebenarnya saya dibesarkan disitu.” Sayu nada Nuranis Fatihah menjawab pertanyaan Nuranis Fatihah. Akmal Ikram terkedu. Terhenti suapannya.Tidak menyangka gadis dihadapannya dibesarkan dirumah anak yatim. Seorang gadis ceria, berani bersuara melontarkan pendapat dan pandai menjaga pergaulan diri walaupun dibesarkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Papanya sering memuji Nuranis Fatihah. Kata papa, Nuranis Fatihah seorang yang tekun berkerja. Setiap tugasan yang diberikan pesti akan dilaksanakan dengan penuh dedikasi.Sebab itu dia sering memberi kerja yang banyak kepada Nuranis Fatihah untuk melihat sejauh mana kebenaran kata papanya terhadap gadis ini. Setakat ini, Nuranis Fatihah memenuhi kriteria untuk dinaikkan pangkat tetapi belum diusulkan kepada papanya lagi.
“Kenapa? tak percaya?” soal Nuranis Fatihah beriak ceria.uba megusir rasa kedukaan yang mula melingkar dijiwa.
“Tak percaya dan tak sangka. Papa hanya cakap awak orang kuat Ar Raudhah.Patut papa tak berkira nak hulur sponsor pada awak…. Orang kuat kat situ rupanya.” Mencerlung mata Nuranis Fatihah memandng Akmal Ikram. Wajah selamba Akmal Ikram seolah-olah menyindirnya. ‘ini aku nak hangin satu badan! ingat aku kaki bodek ke!’
“Bos perli saya ke apa ni?” Tanya Nuranis Fatihah mula geram.
“Mana ada saya perli, Cuma hairan sebab sponsor yang papa bagi diluar jangkaan saya dan Syaikat Puncak Holding juga menjadi pengajur tetap program di rumah anak yatim Ar Rudhah. Sekarang baru saya tahu sebabnya,” terang Akmal Ikrm menjawab segala kemusyikilan di benaknya selama ini.


Kami ada hal nak beritahu papa dengan mama,” ujar Akmal Ikram. Wajah orang tuanya ditatap tenang. Akmal Ikram kemudian memandang Nuranis Fahihah yang hanya kaku disebelah mamanya. Berat terasa untuk meluahkan kata-kata. Dato Mansor dan Datin Kamariah masih menanti butir bicara Akmal Ikram. Datin Kamirah mula rasa tidak senang hati bila Akmal Ikram hanya diam membisu. Nuranis Fatihah yang juga menanti semakin gelisah jadinya. Berdegupkuat jantungnya. Tidak pernah dia merasa takut seperti ini. Boelh pengsan aku kalau macam ni. Sesak nafas dah aku rasa. Ynag bos aku ni kenapa tiba-tiba seyap aje.Tadi bukan baik mukadimahnya. Tiba-tiba pulka diam. Hishh..! macam mana ni.
“Ada apa sebenarnya. Kenapa senyap aje ni?” soal Datin Kamariah tidak sabar. Lembut tangan Datin Kamariah menyentuh tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan tangan Nuranis Fatihah. Sentuhan Datin Kamariah mengeutkan Nuranis Fatihah . Seakan meresap satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Kelembutan sentuhan darpada seorang ibu menusuk ke kalbunya.
“Hmmm..Anis, ada apa?” soal Datin Kamariah lagi.
‘erk! Apa aku nak jawab ni?’ Nuranis Fatihah menoleh kearah Akmal Ikram. Namun Akmal Ikram hanya memandang kosong kepadanya. Datuk Mansor juaga senyap dari tadi tidak berani mencelah.
“Anis tak setuju rancangan kami nak masuk meminang Anis ke?” duga Datin Kamariah. Sayu nadanya menusuk ke hati Nuranis Fatihah. Raut wajah kehampaan Datin Kamariah meresahkan Nuranis Fatihah. Tidak sampai hati untuk mengecewakan harapan orang yang begitu baik terhadapnya selama ini.’Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Bagaimana sanggup aku menghampakan perasaan wanita ini yang begitu ikhlas menerimaku walaupun aku serba kekurangan. Kau tunjukkanlah jalannya Ya Allah.'
“Anis.” Lembut sapaan Datin Kamariah menyentakkan Nuranis Fatihah.
“Bukan begitu Datin,” ucap Nuranis Fatihah spontan.’Glup! Aku ke yang cakap tadi.’ Nuranis Fatihah perasan semua mata terarah kepadanya. Tersedar ia kini sudah terlajak kata. Tercengang Akmal Ikram.Tidak berkedip matanya memandang Nurnis Fatihah. ‘Silap dngar ke aku tadi? Boleh review balik tak?’ Senyuman dibibir Datin Kamariah menyakinkan Akmal Ikram bahawa dia tidak tersilap dengar. Kemudian perlahan senyuman turut terukir dibibirnya. Berbunga rasa dihati sukar digambarkan.
“Jadi Anis menerima risikan tu. Leganya hati aunty. Hari tu ibu Anis cakap, Anis nak fikir dulu. Bila Anis sendiri yang beritahu aunty memang lega sangat aunty rasa,” luah Datin Kamariah ceria.
“Tapi Datin , saya tak layak untuk Encik Akmal. Sepatutnya encik Akmal dapat yang lebih bak. Saya ni banyak kekurangannya Datin.” Nuranis Faihah masih berdolak dalik.
“Anis adakah yang terbaik untuk anak aunty. Dan mulai hari ini jangan panggil aunty Datin lagi. Dari dulu lagi aunty ckap janagn panggil datin. Sekarang panggil aje mama. Tak lama lagi pun Anis dah nak jadi ahli keluarga kami. Bukan begitu papa,” ujar Datin kamariah teruja dengan berita gembira itu.
“Mama rasa tak payahlah tunggu lama-lama. Kita buat majlis sekali. Tk payah nak tunang lama-lama. Buat serentak bertunang dengan nikah. Along macam mana setuju tak dengan cadangan mama?” sambung Datin Kamariah memberi cadangan.
“Along ikut aje mama.”
“Dah tak sabar mama along ni nak dapat menantu,” sampuk Datuk Mansor tersengih mengusik.
“Lagi cepat lagi bagus mama.” Celah Akmal Ikram bersama sengihan tidak sudahnya. Tergelak Datuk mansor dan Datin Kamariah dengan seloroh Akmal Ikram. Nuranis Fatihah pantas menoleh ke arah Akmal Ikram melemparkan pandangan yan tidak senang dengan usikan itu. Tetpi Akmal Ikram hanyat tersenyum bersama kenyitan nakal. Membutang mata Nuranis Ftihah dengan tingkah Akmal Ikram. Gatal!... Aduh.. lain yang dirancang lain pula yang jadinya.


“saya tahu perkahwinan kita bukan seperti yang awak impikan. Saya bukanlah pilihan hati awak yang sebenarnya.Apatah lagi bila awak dengar cerita buruk mengenai diri saya. Mesti awak bertambah benci pada saya kan.” Akmal Ikram menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicara. Nuranis Fatihah hanya tunduk membisu.
"Awak pernah nasihat pada saya dulu. Kita mesti reda dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi pasti ada hikmahnya. Saya sentisa inga kata-kata awak Anis. Dan saya pegang ia sebagai azimat dalam diri saya.” Terkaku Nuranis Fatihah. Memang senang untuk mengungkapkan kata –kata tapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan jika diasuh hati untuk menerimanya.
“Saya tak akan memaksa awak untuk menerima saya. Saya tahu hati awak terluka .Tapi saya harap jangan ada perasaan ragu dalam diri awak pada saya.”
“Tapi awak tak pernah menafikan perkara tu.” Pintas Nuranis Fatihah tiba-tiba. Sejak kejadian itu perasaan curiga sentiasa mengahantui dirinya. Setiap saat dia memnantikan Akmal Ikram menerangkan kedudukan sebenar. Namun penantiannya bagai tiada penghujung bila Akmal Ikram lebih suka bersikap berdiam diri. Bercakap bila perlu sahaja.
“Awak rasa, awak akan percaya kata saya dalam keadaan awak macam tu," soal Akmal Ikram melawan pandangan Nuranis Fatihah. Terdiam Nuranis Fatihah. Tidak dinafikan , jika mereka berterusan membincangkan masalah itu tempoh hari pasti akan berlaku pertelingkahan di antara mereka.
“Saya tak paksa awak untuk mempercayai saya Anis. Tapi percayalah, Walau tidak setebal mana iman dalam diri saya tetapi saya masih mampu mengawal diri saya dengan godaan nafsu. Tapi saya tahu, saya tak boleh terlalu singkat untuk mengenal hati budi antara kita. Sebab itu saya mahu hubungan kita diberi ruang dan masa. Saya mahu awak menerima saya seikhlas hati tanpa ada paksaan dalam diri awak,” ujar Akmal Ikram meluahkan perasaan yang terbuku didada. Nurnis Fatihah membisu seribu bahasa. Terharu bila akmal Ikram bagai dapat menyelami gelodak hatinya.
“Anis….” Panggil Akmal Ikram . Namun Nurinis Fatihah hanya tunduk membisu sedari tadi.
“Anis pandang saya.” Lembut nada Akmal Ikram berkata. Perlahan Nurnis Fatihah mengangkt muka.
Tenang air muka Akmal Ikram memandangnya.
“Kalau satu hari nanti ditakdirkan kita tak dapat mencari persefahaman . Saya reda. Dan saya tak memaksa awak menerima untuk saya," Kata akmal Ikram sambil merenung kedalam mata Nuanis Fatihah. Walaupun tenang kata-kata dilontarkan namun pedih terasa menyerap ke lubuk hatinya. Tersentuh Nuranis Fatihah dengan kata-kata Akmal Ikram. Entah mengapa ada kepedihan yang menyelinap diruang hatinya bila Akmal IIkram berkata begitu. Dia tak mahukan perpisahan walaupun perkahwinan ini bukan pilihannya. Keliru dengan perasaannya tika ini. Apa yang aku mahukan sebenarnya? Nuranis Fatihah melepaskan keluhan berat sebelum menyuarakan pendapat yang dia sendiri tidak pasti.
“Seperti kata awak, kita beri peluang untuk diri kita dulu. Tak salah kalau kita mencuba ,kan. Saya akan belajar memahami diri awak dn awak juga akan belajar memahami saya,” ucap Nuranis Fatihah tenang.
“Cuma .. “ Teragak-agak Nuranis Fatihah ingin bersuara.
“Cuma apa?” pintas Akmal Ikram tidak sabar.
“Saya harap awak boleh beri masa pada saya. Bukan mudah untuk meyakinkan diri saya sendiri selepas apa yang telah berlaku. Saya harap awak faham,” kata Nuranis Faihah perlahan. Akmal Ikram menarik senyum. Faham akan maksud kata-kata Nuranis Fatihah.
“Ambillah berapa banyak masa yang awak nak. Saya akan tunggu.” Balas Akmal Ikram dengan segaris senyuman dibibir. Nuranis hanya tersenyum nipi membalas.



Nurnis Fatihah menampar perlahan beberapa kali pipinya. Tanpa disangka tingkah-lakunyaitu desedari oleh Akmal Ikram.
“Kenapa?” Tanya Akmal Ikram memandang sekilas kea rah Nuranis Fatihh dengan riak kehiranan.
“Huh!” Terpinga-pinga Nuranis Fatihah. Benaknya ligat berfikir jawapan apa yang sesuai diberikan.
“Nyamuk,” jawab Nuranis Fatihah sepatah. Akmal Ikram sudah mengerutkan dahi. “Hah! Nyamuk? Ada nyamuk ke ?”
“Nyamuk sesat kut.” Serba slah Nuranis Fatihah dibuatnya. Dia tersenyum sumbing.’Apa kena dengan aku ni? Tenanglah wahai hati.’ Sebaik tiba dihadapan rumah , mereka masih membisu seribu bahasa. Nuranis Fatihah terus naik ke bilik, Begitu juga Akmal Ikram. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan yang bergelora dihati mereka dikala ini.
“Abang nak minum apa-apa?” Tanya Nuranis Fatihah sebaik tiba dihadapan pintu bilik.
“Tak apalah, Anis pun dah letih.” Nuranis Fatihah tersenyum nipis. Sempat mereka berbalas pandangan sebelum Nuranis Fatihah melarikan beboa matanya ke arah lain. Pintu terkuak luas. Akmal Ikram memberi laluan kepada Nuranis Fatihah. Sebelum melangkah masuk Nuranis Fatihah menghdiahkan sebuah senyuman kepada Akma Ikram. Dia terus menepak ke arah almari hias lalu meletakkan tas tangan di atas almari itu. Dadanya semakin berdebar tatkala melihat Akmal Ikram melangkah ke arahnya menerusi cermin hias itu. Dia cuba berlagak selamba, tangan mua menanggalkan kerongsang ditudung. Ketika dia menanggalkan selendang di kepala, tiba-tiba tangannya disentuh lembut.Serta merta pandangan tertancap pada cermin hias dihadapan. Akmal Ikram sedang berdiri begitu hampir dibelakangnya. Gementar dan resah semakin menghimpit diri. Dibiarkan saja selendangnya melurut jatuh ke lantai. Rambutnya beralun lembut tatkala Akmal Ikram melepaskan ikatannya.
Pandangan Nuranis Fatihah terus melekap pada setiap tingkah dan sentuhan Akmal Ikram diatasnya.
“Abang suka tengok rambut sayang lepas macam ni,” bisik Akamal Ikram ditelinganya ambil mengeus rambutnya lembut. Nuranis Fatihah mematungkan diri. Tidak berkedip matanya memandang Akaml Ikram itu.
“Abang ada sesuatu untuk sayang,” beritahu Akmal Ikram sambl menarik seutas rantai dari kocek tuxedonya. Kemudian dia memakaikan rantai itu ke leher Nuranis Fatihah.Nuranis Fatihah mengamati rantai emas putih yang tersarung dilehernya. Di menyentuh loket kecil berbentuk hati dan bentuk ‘a’ yang berkembar dua tergantung di tengah-tengah bentuk hati itu. Tampak lebih menarik dengan kilauan permata-permata keci ditasnya. Cantik dan unik sekali rekaannya.
“Double ‘a’?” sebut Nuranis Fatihahperlahan. Matanya tidak lepas dari loket yang tersarung dilehernya itu."Akaml Ikmal dn Nuranis Fatihah. Pautan dua jiwa satu hati dalam ikatan cinta suci abadi.” Senyuman mekar terukir dibibir Nuranis Fatihah merdengar ungkapan indah itu.
“terima kasih abang,” ucap Nuranis Fatihah perlahan.  
“Sayang..” seru Akmal Ikram lembut. Kedua bahu Nuranis Fatihah dipegang lembut dan dipaling menghadapnya. Nuranis Fatihah tunduk memandang lantai.Malu untuk bertentangan mata dengan Akmal Ikram. Rona merah dipipinya mula kelihatan. Dagu Nuranis Fatihah disenuh lembut. “Pandang abang..”
Pandangan mereka bertaut. Senyuman nipis terukir dibibir Akmal Ikram. Sepasang matanya meneroka segenap rau wajah Nuranis Fatihah.
“Sayang cantik sangat malam ni,” bisik Akmal Ikram perlahan.  Akmal IIkram meraih kedua tanga Nuranis Faihah dan digenggam erat. “ Sejuknya tangan sayang.” Nuranis Fatihah terkedu. Bibir diketap menahan rasa malu yang semakin menebal.
“Abang tahu sayag gementar.”
“Mana ada,” nafi Nuranis Fatihah menyembunyikan gelodak hati yang tidak keruan.
“Habis tu, kenapa sejuk sangat tangan ni?” Nuranis Fatihah terdiam . Tidak tahu alasan apa yang patut diberi. Sudahnya da hanya tertunduk malu. Memang tubuhnya seram sejuk tika ini. Tingkah Akmal Ikram mengubah suhu badannya jadi tidak menentu. Akmal Ikram menarik sedalam – dalamnya. Genggaman semakin dieratkan.
“Sayang.. menyusun kata pujangga indah bukan kepakaran abang. Untuk meluahkan kata hati bukan perkara mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tiada lagi kata data menggambarkan perasaan yang terpendam dihati abang. Sudah lama abang menunggu saat ini, melamar bidadari untuk terus bersemadi selamanya dihati abang.”
Nuranis Fatihah terpanar.lentok bahasa Akmal Ikram seolah-olah ingin memberitahunya sesuatu. Akmal Ikram membawa kedua tangannya ke dada. Pegangan dieratkan. Tidak berkedip mata Nuranis Fatihah memandang Akmal Ikram. Bermimpikah aku? Benarkah aku berpijak dibumi yang nyata sekarang? Nuranis Fatihah Menatap wajah Akmal Ikram.

Novel Siapa Orang Gajiku


NOVEL SIAPA ORANG GAJIKU

Identitiku? Adakah begitu penting bagi mereka unuk mengetahui siapa diriku yang sebenarnya?


Kali ini Novel siapa Orang Gajiku novel baru keluaran bulan Julai. Mengikuti perkembangan novel ini dari hujung tahun lepas lagi dari penulisan2u hinggalah jelajah ke laman blogs penulisnya sendiri. Ini kerana membaca cerita yang agak menarik. Nur Razimah atau ingin dikenali sebagai Azimah Lily sebagai nama pena. Berjinak-jinak didunia penulisan sejak dibangku sekolah lagi kini terhasillah sebuah karyanya dibukukan setebal 545 muka surat bertajuk SIAPA ORANG GAJIKU. Ia mengisahkan Dr. Sharifah Aina Aishah ingin melarikan diri dari ibunya Datin Sharifah Mawar memaksa dirinya untuk berkahwin. Bukan sahaja dirinya malah abangnya sendiri juga turut menjadi mangsa desakan ibunya. Tak cukup dari itu Ibunya juga mencarikan calon pasangan untuk abangnya. Oleh demikian dia mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri dari pengetahuan ibunya. Dia menerima tawaran Tengku Fauziah, nenek sahabatnya Rina untuk mengubati sepupu Rina, Tengku Haikal Iskandar yang kecewa ditinggalkan oleh tunangnya Sofea semasa majlis perkahwinan mereka. Tengku Fauziah tidak mahu Aina dikenali sebagai doktor Psikologi tetapi sebagai orang gaji yang boleh memantau keadaan cucunya Haikal di rumah. Dalam masa yang sama Aina juga menyembunyikan identitinya sebenar dari Tengku Fauziah.Dengan persetujuan itu Aina akan dibayar sejumlah wang dan wang tersebut akan diberikan kepada Rumah anak- anak yatim. Dalam masa yang sama Rumah anak-anak yatim sangat memerlukan wang. Kerenah Haikal Yang pelik menguji kesabaran Aina. Berkat kesabaran Aina merawat Haikal , Haikal pulih dan lebih bersemangat. Haikal menjadi keliru apabila Sofea kembali merayu . Keadaan menjadi rumit bila Tengku Fazira dan Sofea membuat merancang untuk mengusir Aina dari banglo kepunyaan Tengku Fauziah nenek Haikal.  Hati Haikal ada perasaan pelik terhadap Aina. Akhirnya rahsia yang disimpan sekian lama akhirnya terbongkar juga. Haikal terkejut bila mengetahui sebenarnya Aina adalah Mamee monster kawan masa kanak-kanak yang suka membulinya dan kini menjadi doktor piskologinya.

Note: ada sedikit tergantung dipengakhiran ceritanya ini kerana kita tak tahu apa yag terjadi pada Sofea. overall cerita ini menarik dan mencuit hati. cerita novel ini santai dan tak berat konfliknya.

Sinopsis dari kulit novel
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.
“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar
"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” –Sharifah Aina Aishah
Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.
Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?

Petikan-petikan menarik dari dalam novel.
“Orang gaji!” kata Aina dan Rina serentak. Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.
“Nenek mahu Kak Aina menjadi orang gaji di rumah nenek?” nada suara Rina bergetar. Betul ke dengan apa yang aku dengar ni?
“Ya.”
“tetapi nenek, kak Aina mempunyai master dan PHD dalam bidang psikologi. Kak Aina tak layak menjadi orang gaji. Jauh sama sekali.”
“Biar nenek terangkan dahulu! Nenek hanya mahu Aina menyamar sebagai orang gaji untuk merawat Haikal.”
“Kalau nenek mahu Kak Aina merawat Abang Haikal, kenapa mesti Kak Aina menjadi orang gaji? Lebih baik nenek upah Kak Aina menjadi doctor psikologi Abang Haikal.”
“Nenek tahu tetapi jika nenek mahu Aina menjadi doctor psikologi Haikal, masanya bersama Haikal adalah terhad berbanding masanya sebagai orang gaji. Jika Aina menjadi orang gaji, Aina mempunyai banyak masa bersama Haikal.” Terang Tengku Fauziah. Dia memandang tepat pada Aina.
Aina hanya mendiamkan diri. Dia mendengar penerangan Tengku Fauziah. Kata-kata nenek Rina ada benarnya.
"Aina!” Pandangannya dialihkan pada wajah bujur sirih yang hanya mendiamkan diri sejak dari tadi. “Nenek nak minta pertolongan Aina. Nenek yakin Aina dapat membantu nenek. Nenek tahu menjadi orang gaji bukannya mudah tetapi ini saja jalan yang nenek nampak. Beritahu saja apa yang Aina nak, nenek akan tunaikan.” Kata Tengku Fauziah bersungguh-sungguh. Rina memerhati Aina. Rancangan nenek di luar dugaannya. Dapatkan Kak Aina bertahan? Perangai Abang Haikal kebelakangan ni lain dari dulu. Aina berfikir seketika. Hmmm….Apa saja? Ya, aku boleh ambil peluang ni untuk tolong Puan Jamliah. Jika nak tunggu duit dari atuk, mesti aku kena tunggu lebih lama lagi sedangkan Puan Jamilah memerlukan duit itu secepat mungkin.Aku perlu lakukan demi kanak-kanak di Rumah Anak- Anak Yatim Sri Harapan. “Baiklah! Aina setuju tetapi Aina perlukan RM 100 ribu sebagai pertukaran.”
“RM 100 ribu!” Bulat mata Rina mendengarnya. Apa Kak Aina nak buat dengan duit sebanyak itu.
“Baiklah.” Tengku Fauziah bersetuju tanpa berfikir panjang. Untuk Haikal, berapa saja dia sanggup bayar.
“Sebagai deposit, nenek hanya perlu bayar RM 50 ribu untuk Rumah Anak-Anak Yatim Sri Harapan. Selebihnya selepas tugas Aina selesai. Nenek setuju ke?” Tengku Fauziah tersenyum. “Baiklah.” Aina hanya mampu tersenyum. Rina menggelengkan kepalanya. Dia tak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Keputusan telah dibuat. Dia kagum dengan sikap Kak Aina yang sanggup berkorban hanya untuk anak-anak yatim. Dengan wang yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Tengku Fazira mengeluh. Pandangannya tepat pada Haikal yang sedang duduk di sofa fabric dari Itali. Haikal begitu asyik menonton tv. Kehadirannya tidak dipedulikan. Apa nak jadi dengan  anak teruna aku ni? Kerja tak mahu. Asyik membuang masa saja.
“Kenapa Haikal tak hadir dalam mesyuarat lembaga pengarah petang tadi?”

“Malas.” Ringkas jawapan Haikal. Matanya masih tidak berganjak melihat drama yang ditayang oleh TV3.
“Haikal dah lupa ke ? Haikal salah seorang dari board director. Sepatutnya Haikal turut sama hadir. Satu hari nanti Haikal akan mengambil alih tempat nenek. Haikal tak kasihan pada nenek? Dah tua tetapi masih bekerja.” Pujuk Tengku Fazira. Dia kasihan melihat ibunya.
“Tengoklah macam mana nanti! Ibu, wanita yang bergaduh semalam adalah auntie Mawar ke?”  “Haikal masih ingat dengan Mawar ke?” Tengku Fazira terkejut.
“Tentulah ingat. Masa kecil dulu, auntie Mawar selalu bawa hadiah untuk Haikal setiap kali datang ke rumah kita. Atuk Bakar pun baik dengan Haikal.” Haikal masih ingat semuanya walaupun waktu itu dia hanya berumur 7 tahun.
“Syed Aril.”
“Of course. Abang Aril selalu tolong Haikal setiap kali dibuli.” Kata Haikal. Artikel mengenai Aril sering terpampang di dada akhbar dan majalah. Dia seorang usahawan yang berjaya.
“Mamee Monster?” Tengku Fauziah bersuara. Dia baru saja pulang dari pejabat. Dia menutup pintu rapat. Kebetulan dia mendengar perbualan mereka berdua.Haikal membuat mimic muka sebaik sahaja nama itu disebut. Gegendang telinganya sangat sensitive apabila mendengar perkataan itu. “Huh, jangan disebut. Menyakitkan hati saja.”
“Bukan ke semasa kecil dulu Haikal rapat dengan Aina! Ke mana saja Aina pergi, Haikal mesti ikut!” Tengku Fazira tersengih.
“Masa itu Haikal kecil lagi, tak tahu nak fikir. Main ikut saja. Eee….Ada ke patut dia suruh Haikal pakai baju gaun perempuan? Make up lagi! Siap ikat tocang dua lagi. Ibu! Nenek! Malu Haikal dibuatnya. Bila difikirkan balik, macam mana Haikal boleh ikut saja cakap Mamee  monster tu.” Haikal menjuih bibir. Kenangan itu masih terpahat segar di mindanya. Memalukan! Menjatuhkan maruh aku sebagai seorang lelaki sejati. Aku harap selepas ini jangan aku jumpa dia lagi. Pasti dia akan ejek aku.            Tengku Fazira dan Tengku Fauziah ketawa apabila mengingatkan peristiwa itu. Hampir pengsan mereka berdua melihat Haikal berpakaian seperti budak perempuan.
“It’s not funny, you know!” Haikal geram melihat nenek dan ibu ketawa dengan kuat. Aina tersengih mendengar kata-kata Haikal. Rupa-rupanya dia masih ingat aku. Dari tadi dia mencuri dengar perbualan mereka bertiga. Hmmm….bukan ke aku ada simpan gambar tu! Aina tiba-tiba teringat sesuatu. Senyuman di bibirnya semakin lebar.


Haikal masih menanti penjelasan dari Aina. Namun Aina hanya mendiamkan diri. Aina seperti sedang termenung memikirkan sesuatu. Pasti Aina masih terkejut lagi.
“Aina!” panggil Haikal.
Aina terkejut apabila namnya dipanggil.
“Are you okey?” Haikal mula risau melihat keadaan Aina. Wajahnya masih pucat lesi.
“I’m fine!” Aina cuba tersenyum. Namun ketakutan sebentar tadi masih menghantui dirinya. Mata Aina meliar melihat sekeliling kedai makan itu. Aina takut jika Iskandar turut sama berada di situ.
Haikal mengeluh. “Dia dah tiada. Aina jangan bimbang. Jika Aina takut dia datang lagi, jom kita buat report polis. Saya temakan awak.”
“Jangan!”
“Kenapa? Kenapa Aina tak mahu buat report polis? “
"Senarnya Abang Is bukan macam itu ……” Aina menarik nafas panjang. Aina tak mahu melibatkan polis dalam hal ini.
“Abang Is! Jadi Aina kenal lelaki itu!”
“Ya! Abang Is kawan baik abang. Abang Is baik orangnya. Dia ada penyakit …..”
“Mental” Haikal tiba-tiba mencelah.
 Aina hanya mampu menganggukkan kepalanya.
“Tetapi kenapa dia panggil Aina sebagai Marliana?” soal Haikal ingin tahu
“Sebenarnya Marliana adalah tunang Abang Is. Mereka hampir saja berkahwin sehinggalah mereka berdua terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Marliana terkorban dalam kemalangan itu. Hanya Abang Is yang terselamat. Abang Is tidak dapat menerima kenyataan yang arwah Marliana sudah tiada. …..Kebetulan wajah Aina seiras arwah Marliana. Itu yang membuat Abang Is bertindak agresif seperti tadi.”
“Bukan ke Aina pakar psikologi? Tak boleh ke Aina merawat dia?”
"Memang la tetapi setiap kali Aina berhadapan dengan Abang Is, tiba-tiba badan Aina kaku. Lidah Aina keluar. Otak Aina blank. Aina tak boleh fikir apa-apa.” Aina meluahkan perasaannya.
Haikal tiba-tiba ketawa.
Aina merenung Haikal. Aku buat lawak ke?
“Kalau berkaitan masalah orang lain, pandai pula Aina selesaikan. Sekarang ini dah terkena batang hidung sendiri,  terus gelabah.” Ketawa Haikal semakin kuat.
Aina mengetap bibir. Bibirnya sedikit bergetar. Amboi….Amboi, seronoknya ketawakan aku.            Ketawa Haikal terhenti apabila sedar jelingan yang dihadiahkan padanya. Haikal berdehem beberapa kali. 
“Sebenarnya saya ada hal nak jumpa Aina.”
Aina terkejut. Kenapa pula dia nak jumpa aku? Aina hairan. Aina masih menanti.
“Saya sebenarnya nak minta maaf pada Aina di atas apa yang berlaku selama ini termasuklah layanan saya pada Aina. Saya sedar saya dah banyak buat salah pada Aina. Saya minta maaf.” Ucap Haikal dengan ikhlas. Dia merenung wajah bujur sirih milik Aina.
“Alah …semua itu dah lepas. Setiap orang pasti akan buat kesalahan, nobody perfect. Maaf awak diterima.” Aina tersengih sehingga menampakan barisan giginya yang putih dan teratur.
“Satu lagi, saya nak berterima kasih pada Aina sebab membantu ibu berbaik semula dengan nenek.”
“You’re welcome! Aaaa….ada apa awak nak cakap lagi ke?”
“Tak ada apa-apa.!”
“Bagus! Saya dah lapar ini. Boleh saya order sekarang ini?” soal Aina secara tiba-tiba. Dia memegang perutnya. Lapar. “adik! Menu!” panggil  Aina.  Haikal hanya menggelengkan kepala. Perangai masih tidak berubah. Walau apa-apa pun, Haikal gembira kerana hubungan mereka telah pulih kembali.


"Aishah"
Pelukan mereka terlerai sebaik sahaja mendengar suara Mak Som. Aina bersalaman dengan Mak Som. Selama ini Aina begitu merindu Mk Som dan Murni. sepanjang ia berkerja disitu, Mak Som dan Murni melayan dirinya dengan baik, Jasa dan budi mereka tidak mungkin Aina lupakan. 
"Kemana Aishah perhi ni? Kenpa tak telefon Mak Som? Mak Som bimbang kja sesuatu terjadi pada Aishah." Mak Som meluahkan kebimbangan. Murni mengesat air mata yang mengalir di pipinya.
"Aishah minta maaf, Mak Som. Meman Aishah nak hubungi Mak Som tetapi Aishah tak tahu nak jelaskan." Aina serba salah. Sebenarnya Aina tak tahu bagaimana mahu menjelaskan apa yang berlaku dan juga siapa dirinya yang sebenarnya.    Aina bimbang Mak Som dan Murni akan memarahi didinya jika mengetahui dia telah berbobong tentang identitinya yang sebenar.
"Jelas kan apa?" soal Mak Som secara tiba-tiba.
"Jelaskan...." Aina menarik nafas. Dia cuba mengumpul kekutan untuk berterus terang. Tujuannya datang ke rumah Tengku Fauziah untuk berjumpa Mak Som dan Murni. Aina ingin terangkan semuanya.
" Sebenarnya..."
Mak Som dan Murni merenung tepat pada wajah Aina. Mereka sedang menanti apa yang cuba dijelaskan oleh Aina.
"Nama Aishah yang sebenarnya adalah Dr. Sharifah Aina Aishah Binti Doto Syed Ridzuan." Tiba-tiba ada suara menyampuk dari belakang Aina.
Aina terkejut dan berpaling.
Haikal Tersenyum.
"Apa? kata Mak Som dan Murni serentak. Mereka saling berpandangan. Aina hanya mampu tersenyum. Apa Si Haikal buat di sini? Bukankah di sepatutnya berada di hotel? Kacau betul. Biarlah aku sendiri yang berterus terang. Aku ada mulut sendiri. Aku boleh bercakap sendiri.
"Itu mesti sedang kutuk sya dalam hati,kan?" usik Haikal apabila sedar Aina tiba-tba mendiamkan diri.
"Ya, memang pun. Sakah ke? Awak tak pergi kerja ke? Hesy! Kacau daun," marah Aina.
" Memang saya kerja hari ini tetapi saya terlupa sesuatu so saya berpatah balik. Lepas tu saya ternampak kereta Aina diluar, saya dah agak pasti Aina berjumpa dengan Mak Som dan Murni." Aina hanya menjeling pada Haikal sebelum mengalihkan pandangannya kepada Mak Som dan Murni semula.
"Aina minta maaf kerana merahsiakan identiti Aina yang sebenarnya. Bukan niat Aina untuk menipu Mak Som dan Murni tetapi Aina terpaksa lakukannya," jelas Aina dengan berhati-hati.
"Ini semua kerana permintaan nenek. Nenek yang suruh Aina rahsiakan identitinya yang sebenarnya." Haikal mencelah. Aina mengetap bibir. Geram apabila Haikal mencelah percakapannya.
"Jadi .. kak Aishah.. bukan orang gaji seperti kami?" Murni beruara. Matanya terkebil-kebil melihat Aina. Murni melihat Aina dari atas hingga ke bawah. Penampilan Aina berbeza dari sebelumnya.
"Aina sebenarnya doktor psikologi yang diupah oleh nenek untuk merawat saya." Haikal mencelah sekali lagi.
"Doktor sakit jiwa?" kata Murni secara tiba-tiba. Mulutnya sedikit ternganga.
"Ya. Doktor sakit jiwa. Tujuannya adalah untuk merawat orang yang ada masalah sakit jiwa didalam rumah ini," perli Aina
Air muka Haikal berubah.

Novel Aku Bukan Mistress


Marahlah sepuas hatimu,
caci makilah selagi kau terdaya,
hinalah aku selagi kau mampu.
Tapi..... kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Baby pertama dalam edisi cetakan Acik lana atau nama sebenar Rasiah Binti Abdul Rasyid. Novel setebal 671 muka surat tak terlalu tebal terbitan Kakinovel . Percubaan pertama dah setebal ini belum lagi yang lain. Ini antara koleksi novel aku beli secara online pada akhir tahun lepas. Cerita - cerita macam dalam novel Aku Bukan Mistresss ni banyak berlaku di luar sana. Jalan ceritanya mungkin agak berbeza seseorang itu dengan individu yang lain. Tidak terkecuali pada Mya dalam Novel Aku Bukan Mistress ini. Kehidupan bergelumang dengan dosa bukan kerelaan hatinya. Dibesarkan dan menumpang kasih bersama Opahnya sejak kematian emaknya. Hidupnya tak seindah mana kerana terpaksa berdepan dengan suami makcikya yang sentiasa mahu merogolnya. Namun Mya yang terpaksa lari dari kampung kerana tak sanggup lagi dicemoh oleh makcik dan orang kampung. Bak kata orang lagi dari mulut buaya masuk dalam mulut naga itulah berlaku pada Mya. dia terpaksa berkerja di kelab malam disini titik pertemuan Mya dan Mikail. Mikail membeli Mya dengan harga 50 ribu pada tokey kelab malam itu. Selama dua tahun Mya berteman dosa disangkar emas ciptaan Mikail. Kehadiran Adam yang cemburu pada Mikail Kerana memiliki Mya. Tanpa sedar mengundang peristiwa hitam semasa Mikail dalam keadaan mabuk ketika itu. Hidayah menghampiri Mya, Mya nekad untuk meninggalkan segala perbuatannya yang dilalui selama 2 tahun bersama Mikail. Rahsia yang disimpan selama 2 tahun terbongkar bila Datin Adiba mama Mikail datang secara mengejut kondo anak bujangnya. Keadaan bertambah huru hara bila kehadiran Suzanne yang meraih cinta dari Mikail tapi tidak berbalas.Bekas kekasih Mya , Syamil datang menagih janji  lama membuatkan Mikail nekad untuk menikahi Mya. Adam dan Suzanne bersepakat untuk menghancurkan kehidupan Mya dan Mikail. Mikail terdengar rancangan buruk mereka dan Mikail tidak menyangka rakan baiknya sanggup menikamnya dari belakang. Kehadiran Mya dalam keluarga Mikail juga merubah keluarganya bersatu kembali setelah papa Mikail berkahwin baru dengan bekas kekasih Mikail dulu. Datin Adiba juga menerima kehadiran madunya.



Sinonpsis dari kulit novel


Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?




Petikan - Petikan yang menarik dalam Novel
"Saya nak tanya awk..." Perlahan Mya bersuara namun dia masih membelakangi Mikail. "Betul ke awak anggap saya ni cuma pelacur?" mikail tersentak, tiba-tiba shaja emosianal?
"Saya suruh awak masak,bukan tanya saya solan bukan-bukan!" bentak Mikail. Sebenarnya dia tidak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Dia sendiri tak pernah menyangka Mya akan membangkitkan persoalan seperti itu. Benar,dia tidak punya jawapan kerana soalan itu tidak pernah terlintas di dalam fikirannya selama ini.
"Betul ke awak anggap saya macam tu? Please tell me ... " Suaranya berbaur lemah dan sebak. Mikail mula berasa aneh. Teruk sangat ke aku marah dia malam tadi sampai ke hari ni dia terbawak-bawak? Nak emsional bukan main padalhal hati aku yang sakit!
" Awak merepek apa ni, Mya.. cepat pergi masak!" Mikail cuba mengalihkan pertanyaaan Mya. Dia tidak suka perkara ini dipersoalkan. Apa dia rasa , apa dia fikir, dia tidak ngin berkongsi dengan sesiapa. Terutamanya dengan Mya.
"Jadi betullah... awak anggap saya pelacur.." ucap Mya degan yang bergetar. Mikail ketap bibir, panas hati dan spontan dia merentap lengan Mya supaya menghadapnya. Dia mahu ajar Mya upaya tidak sewenang-wenangnya bertanya soalan yang tidak penting seperti itu kepadanya.Mya tidk ada hak itu.
"Enough Mya!" herdikan kuat namun tiba-tiba lidahnya kelu tatkala wajah mendung Mya. Dan saat itu jantungnya dipalu kuat, dadanya terasa mahu pecah menahan perasaan yang bercampur baur. Mya tunduk sambil mengalirkan air mata apabila Mikail menyentuh wajahnya. Jari-jemari Mikail pantas memeriksa setiap inci wajahnya. Semuanya sudah terlambat... Mekail cemas. Ya Tuhan, apa yang berlaku? Kenapa bibir Mya luka-luka dan pipinya lebam? Mikail pantas menarik selimut yang membalut tubuh cemas. Lengan dan paha Mya dibelek tanpa rasa malu.
"Apa ni? Kenapa sampai lebam-lebam macam ni?" Mata Mikail tepat merenung wajah Mya. Rasa tidak enak mula berkepuk didalam dadanya. Dia pasti paha dan lengan Mya lebam bukan angkara dia. Dia tidak pernah berkasar terhadap gadis itu. Mya menyeka air matanya. Dia berjalan perlahan masuk ke ruang tamu dan duduk diatas sofa yang menjadi saksi kerakusan Adam terhadapnya malam tadi. Mekail mengekori dan duduk disisi sambil tangannya tidak henti-henti membelek lengan Mya. Rasa cemas dan tidak puas hati terpeta jelas diwajahnya. Jahaman mana yang mengasari Mya sampai mecam ni?
"Tell me, Mya.. apa yang berlaku sebenarna? Who did this to you?" Pertanyaan Mikail dipandang sepi oleh Mya. Penting ke kalau Mikail tau siapa yang buat semua ini? Dia peduli ke? Dirinya memang sudah kotor, jadi apa beanya jika perkara ini berlaku sekalipun.
""Kenapa susah sangat nak bukak mulut? Siapa pukul awak? cakap!" Mikail sudah menggoncang-goncang bahu Mya sehingga gadis itu mengaduh kesakitan. Sungguh,dia tidak mampu menahan sabar dengan kesepian yang ditunjukkan oleh Mya.
"Tak ada siapa pukul saya, saya dirogol awak tahu tak!" pekik Mya dengan linangan air mata. Benci pabila Mikail menjerit kepadanya saat dia sedang terluka begini. Lelaki itu tidak pernah belembut dengannya, tidak nampak ke dia tengah sakit sekarang?
Mikail terngang. Dirogol? Dia mendengus sambil meraup mukanya dengan riak penuh keal dan tidak percaya. Betul ke Mya kena rogol? Terlihatkan kesan lebam dan luka itu, dia yakin Mya tidak menipu. Mustahil dengan kerelaan Mya sanggup diperlakukan sebegitu. Kalaulah dia tidak mabuk malam tadi, kalaulah dia tidak mengikut perasaan.... Bertimpa-timpa perasaan sesalnya.


"Mya, mil bagai nak gila cari Mya dekat KL, sampai hati Mya pergi tinggalkan Mil macam tu aje," rintih Shamil dengan pandangan penuh sayu. Belum sempat Mya membalas kata-kata Shamil sebuah motosikal berderum memasuki halaman rumah. Ah, pastinya PPak sahak dan Mikail! Cepat-cepat Mya menjauhkan tubuhnya dari Shamil dan duduk diatas pangkin. Teko berisi Kopi O dicapai dan dia pura-pura sibuk menuang air ke dalam cawan. Shamil pula kelihatan sedikit gelisah namun pantas dia menyalami tangan Pak Sahak sesudah lelaki tua itu turun dari motosikal. Tangannya juga dijabat dengan dengan Mikail yang berwajah serius demi terpandangkan Mya yang berdua-duaan dihalaman bersama lelaki asing itu.
"Hah, dari mana kamu ni?" sapa Pak Sahak sambil mengeluarkan beberapa barang dari raga motosikalnya. Mikail pula sudah mengambil tempat diatas pangkin sambil meminta secawan kopi daripada Mya.
"Errr.. saya dari bandar, Pak Sahak," jawab Shamil namun matanya merenung tajam lelaki kacak yang mengambil tempat disisi Mya. Siapa pulak sibedebah ni?
"Oh, nak jumpa Farhan ke ? Dah panggil dia?"
"Mak Esah dah masuk dalam tadi panggilkan dia. Mana entah tak turun-turun lagi.." balas Shamil perlahan namun matanya masih mencuri pandang kepada Mya dan lelaki tadi.
Pak Shak tersenyum. "Biasalah perempuan kalau nak jumpa buah hati, kenalah melawa dulu."
Kata-kata Pak Sahak sedikit pun tidak menarik minat Shamil. Hatinya gusar melihat lelaki tadi begitu hampir dengan Mya.
"Eh, mari masuk ke dalam," pelawa Pak sahak namun Shamil menggeleng laju.
"Tak apa ... tak apa. Saya tunggu kat sini aje , Pak Sahak, " balasnya.
Pak Sahak menggeleng dengan senyuman.
"Mana boleh kacau daun," ujarnya sambil memuncung ke arah Mya dan Mikail yang sedang duduk berdua di pankin. Shamil mengetap bibir, entah kenapa hatinya bagai disiat-siat pedih. Namun mahu tak mhu terpaksa juga dia membuntuti Pak Sahak masuk ke dalam rumah. Hatinya terlalu sakit tidak terkata.
"Siapa mamat tu?" seriaus pertanyaan Mikail sebaik kelibat Pak Sahak dan Shamil hilang disebalik pintu. Mya meneguk kopi, tidak berminat untuk menjawab. Terlalu banyak soalan mengasak mindanya sejak dia tiba disini dan sekarang Mikail pula berlagak seperti penyiasat. Mikail mendegus kecil. "Nampak semacam aje dia. Pakwe lama awak ke?"
Mya hampir putus nyawa dengan tekaan Mikail yang tepat itu namun dia masih bereaksi selamba dan berlagak tenang.
"Dia datang sini nak jumpa Farhan la, itukan pakwe Farhan... " balas Mya acuh tak acuh dengan harapan Mikail tidak akan memanjangkan soalan. Dia bimbang Mikail boleh meneka dengan betul lagi.
"Ye ke ? Habis tu yang awak berdua-duaan dalam gelap kat sini buat apa?" tangay Mikail kurang senang. Dia memang mencurigai sesuatu namun dia tidak mahu mengusutkan fikiran Mya dengan soalan-soalan yang berlegar didalam kepalanya.
"Gelap apanya... kan ada lampu ni!"
"Gelap la, lampu malap-malap macam ni buat apa! Boleh kena tangkap basah tau tak!"
Mya mencebk mendengarkan kata-kata Mikail. Mikail membetulkan duduknya agar wajah Mya dapt ditatap dengan jelas."Tepikan, mamat tu macam nak makan penumbuk aje."
Mya bepaling menentang wajah Mikail. "What do you mean?"
"Yalah, yang dia jeling-jeling, tenung awak macam tu kenapa? Depan PakSahak pulak dia buat macam tu. Pak Sahakkan bakal bapak mertua dia, agak-agaklah kalau nak gatal pun!" kutuk Mikail sesedap rasa.



"Saya happy, cuma awak rasa apa yang kita buat ni betul ke? saya macam ragu-ragu sikit." Mikail tergelak kecil. Sungguh hatinya benar-benar bahagia hari nin. Jika dibandingkan perasaannya ketika diumumkan memilki kekayaan berjuta ringgit, pasti perasaan itu tidak mampu mennadingi kegembiraannya kini. Kembang kuncup hatinya mengenangkan yang dia sudah menjadi milik Mya dan Mya sendiri sudah bergelar Isterinya.
"Mestilah betul. Kita berkahwin dengan orang yang kita cinta. apa salahnya?" balas Mikail dengan senyuman manis. Lega sudah hatinya kini apabila lelaki yang mampu tampil dan mengaku Mya adalah milik mereka.
"Saya cuma tak sedap hati aje.." balas Mya perlahan. "Kita ni macam membelakangkan mama awak. Kesian dia..." Kata-kata Mya mematikan senyum dibibir Mikail. Memang dia juga rasa bersalah, namun dia terpaksa menurutkan kata hatinya. Dia berhak memilih bahagia untuk masa depannya.
"Mya, awak jangan risau. saya percaya satu hari nanti mama akan terima hubungan kita ni. Kita sama-sama doa, okey?" Mikail meraih tangan Mya dan mengucupnya lama. Ya Allah, Mekar hatinya menahan bahagia yang berkepuk didada. Rasa mahu menjerit dan melompat untuk memuntahkan semua rasa idah yang berkumpul didalam hatinya. Jika tidak kerana rancngannya memerangkap diri sendiri dengan Mya, pastinya gadis itu masih berlengah-lengah untuk menikahinya. Sungguh, dia sendiri tidak tahu dimana dia mendapat keberanian menelefon Jabatan Agama Islam untuk membuat pengakuan itu. Dia masih ingat lagi perbualannya dengan Haji Syukri ditalian telefon pagi semalam. Walaupun awalnya lelaki itu agak marah dengan perbuatannya, namun cepat pula lelaki tua itu bertanang malah memberi kata-kata pujian diatas keberaniannya mengaku kesilapan diri.
"Saya tak mahu hidup dalam dosa, tuan haji. Tapi say tak boleh hidup tanpa dia di depan mata saya..." adu Mikail penuh sayu. Hatinya senang dapat berbicara dari hati ke hati dengan lelaki berilmu tersebut.
"Eloklah kamu berkahwin dengan dia," ujar Haji Syukri tenang. "Kalau sudah bernikah, dosa maksiat tak dapat, sebaliknya kamu dapat memiliki dia sepenuhnya. Insyaallah hidup kamu akan lebih tenang."
"Sebab tu saya nak tuan Haji serbu rumah saya malam ni. IItu saya yang dapat menamatkan kesilapan kami dari terus berpanjangan." Dan kerana itu dia tidak hairan dengan kedatangan Tuan Haji Syukri dan pegawai-pegawai ain. Dia sudah menjangkakan itu semua. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya Mya selamat menjadi milik dia sepenuhnya.



"Papa datang sini bukan nak suruh Mika ungkit cerita lama, papa cuma nak tolong Mika. Papa tak nak Mika susah dan hidup terumbang - ambing nak bela baby tu. Dia perlukan keluarga, Mika." Mta Mikail mencerlung tajam kepada Datuk Luthfi. Perlukan keluarga? Ah, dia bukan bodoh hendak biaran anaknyananti rasa terasing dan terpinggir.
"Hei, dia anak Mika.Jadi dia akan tinggal dengan Mika sebab Mika ni ayah dia. Yang papa sibuk sangat nak dia kenapa? sebab si lisa ni tak boleh nak beranak?" Mikail tergelak sinis. Puas hati dapat menyakitkan hati dua manusia dihadapannya ini.
"Mikail!" herdik Datuk Luthfi geram.
"Kamu jangan nak kurang ajar! Kamu tak berhak cakap macam tu. Lisa dah jadi ibu tiri kamu, so please show some respect." Datuk Luthfi memegang dadanya yang berdebar kencang. Rasa hendak meletup dadanya kerana terlalu marah. Lisa pula semakin resah dan dielus bahu suaminya supaya bertenang.
"No, I don't have to." Mikail tersenyum sinis tanpa gentar. datuk Luthfi mengetap bibir menahan garam. Jelaslah kebenaran kata-kata isterinya. Mikail belum sejuk dihati, masih marah dan berdendam dengannya.
"Abang, Lia rasa eloklah kita balik dulu." Lisa menarik lembut tangan Datuk Luthfi. Dia tidak mahu perbalahan dua beranak ini sampai ke kemuncaknya. Panas dihati Mikail takkan reda malam ini, dia tahu sangt. Silap-silap suaminya pula kena serangan jantung. Datuk Luthfi akur dan dia bangun diikuti Lisa. Mata tua itu memandang tepat ke wajah Mikail.
"Janagn tersilap percaturn , Miak. Cadangan kamu untuk menjaga baby tu salah. Kamu ingat kamu boleh bela dia macam tu aje? Nanti lambat laun orang akan ambil dia dan campak dekat rumah anak yatim jugak. Fikirlah baik-baik untuk kebaikan dia."
Merah padam muka Mikail mendengar kenyataan dari mulut Datuk Luthfi. Dia yakin lelaki tua itu membuat andaian tersebut kerana belum tahu status sebenar diantara dia dan Mya.
"Anyway thanks for your concern. Tak payahlah nak risau sangat sebab Mika memang akan jaga dia bersama Mya.Sebab dia anak Mika yang sah, bukan anak haram."
Datuk Luthfi dan Lisa terkejut besar mendengarkan kata-kata Mikail. Mungkinkah Mikail sudah berkahwin dengan Mya secara senyap-senyap? " Apa maksud Mika?"
"We're married. Puas hati? so, I will take care of my family. Please leave."
"Apa yang Mika cakap ni?" tanya Datuk Luthfi dengan wajah tidak percaya. "Mama tahu pasal ni? Ada Mika bagi tahu mama masa nak kahwin dulu?" Hati tuanya terusik tatkala mengenangkan Mikail langsung tidak memberitahunya tentang itu.