Novel Kasih Yang Suci




NOVEL KASIH YANG SUCI

Ini antara koleksi novel aku, Aku terbeli bila aku menyaksikan slot AKASIA di TV3 Nora Elena 7.00 - 8.00 malam . Masa tu menjadi kegilaan seluruh kaum wanita di Malaysia ni nak cari lelaki macam Seth Tan. Romantis , penyanyang sabar dan macam- macam lah semua ada pada Seth Tan ...  Termasuklah aku ... hehheeh
Bila hero hensem aku pun terpacak kat depan TV tepat pada masanya. Hero pujaan AARON AZIZ siapa tak kenal. Digandingkan dengan heroin baru SITI SALEHA memang manap cerita tu. Novel dan cerita TV banyak beza, kalau nak feellebih baca novel sebab kalau malas baca novel tengok slot AKASIA TV3 akudownload dari episod 1 hingga 24 . Novel KASIH YANG SUCI karya Meen Zulaikha terbitan ALAF 21. Novel yang setebal 559 muka surat ini memang menghiburkan. Masa aku beli novel ini telah tercatak sebanyak 13 cetakan (wooow banyaknya ).Jom kita layan novel ini... bagi yang telah menyaksikan slot AKASIA di TV3 mesti dah tahu.

 Ia mengisahkan Seorang gadis bernama Nora Elena. Sepuluh tahun yang lalu, kesuciannya telah dinodai. Andai masa boleh diulang kembali pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham tunangnya pernah pergi kerana tragedi ini. Tiba- tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Ternyata doa Seth dimaknulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena , cinta yang bermula dari pandang pertama.Namun kenyataan tidak seindah impian. hangatnya asmara Seth, namun hanay dia yang terbakar sendiri. Rasacinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama.Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tak dapat dipegang. Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. sebanarnya .... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kasihnya yang suci. Nora Elena akhirnya reda menerima seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya diakhirat nanti.


Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.

" I dah suruh mama dan papa jumpa ornag tua you. Maafkan I sebab terpaksa mengundurdiri disaat-saat akhir begini. Mungkin kita tak ada jodoh ..." kata-kata itu turut merobek hatinya sendiri. Dia benar-benar kecewa kerana gagal mempertahankan cinta pertamanya. Dia kecundang melawan desakan egonya sebagai seorang lelaki. Elena yang sedari tadi menekur lantai mendongak. Saiful Idham sudah pun secara rasmi menjatuhkan hukuman. Sekian lama menganyam inpian , hanya dengan satu panggilan telefon sekelip mata semuanya hancur berkecai. Dia terasa hendak meraung melepaskan perasaan. Mimpi ngerinya menjadi kenyataan, Saiful Idham telah membuangnya.

"Kedatangan saya ini mungkin memeranjatkan semua. Tapi saya membawa hajat yang besar. Pak cik , kalau tiada halangan saya ingin melamar Nora Elena menjadi isteri saya " ujar Seth tenang. Sejak tadi dia telah merangka- rangka ayat itu.
"Izinkan saya..." pinta Seth sopan setalah dilihatnya Elena membisu.
"Sebenarnya, saya ikhlas hendak memperisterikan Nora. Dah lama saya simpan hasrat ni, tapi dulu dia tunangan orang. Sekarang ni Nora pun dah bersetuju, jadi saya harap pak cik sekeluarga merestuilah kami" ujar Seth.

"Seth.." panggil Elena. "Seth!" teriak Elena lebih kuat lagi. Seth berpura-pura tidak mendengar. dia mengalihkan perhatiannya ke kolam ikan. Hnay itu saja caranya mengajar isterinya yang degil ini. 
"Sengaja buat- buat tak dengar ya" rungut Elena. Seth ketawa didalam hati mendengar omelan isterinya.
"Abang" teriak Elena lagi. Kali ini begitu perlahan hampir tidak kedengaran. seth berpaling. dia mengengsot sedikit memberi ruang untuk elena disisinya.
"Esok, sya mula kerja. Seganlah Pak Ali hantar dan jemput. Saya tak senang hati nak buat kerja sendiri macam dulu" elena meluahkan kerisauannya.
"kan bagus pergi kerja ada orang hantar dan jemput. Mana ada sekretari lain yang mampu pakai dreber! Nora sorang je" usik Seth mencuit hidung isterinya.

 " Awak yang musnahkan kebahagian hidup saya. Setelah awak ragut kesucian saya, tergamak awak menceritakankepada Saiful Idham sedangkan awak tahu kami saling mencintai... awak memang kejam! Saya yang buta hati langsung tak fikir awaklah orangnya. Patutlah awak tak ambil peduli kisah silam saya. Rupa-rupanya awaklah punca segalanya." bidas Elena lagi.
"Tapi Nora jangan lupa .... abang tak paksa Nora kahwin dengan abang. Abang beri Nora peluang buat pilihan. Masa abang tanya sama ada Nora nak balik pada dia, Nora pilih abang. Jadi Nora tak patut ungkit lagi kisah ni." Seth cuba membela diri.