Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna


NOVEL MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA


"Biar cinta di antara kita tidak hadir sekelip mata , tidak juga bermula dengan seiklas jiwa , namun kini kupasti ia kan kesal ke penghujung nyawa..."


Novel Maaf Jika Aku Tak Sempura novel ke dua Acik lana, kerana novel ini juga saya and Gengs ke Pesta Buku Antarabangsa  awal Mei yang lalu. Nak dapatkan BIBIR BESAR dari Acik Lana. Mengikuti episod enovel di laman blog penulis dah menjadi kebiasaan. Diketika itu saya baru berjinak - jinak dalam pembacaan novel melayu. Cerita suka duka kehidupan . Kahwin paksa diketengahkan kali ini kerana kahwin paksa juga menjadi pilihan peminat novel ketika ini. Novel setebal 947 muka surat terbitan Kakinovel bulan April 2012. Ini antara novel pilihan saya .....Detik - detik romantik membuatkan kita berbuai.... dan tersenyum sendiri. 

Cerita mengisahkan Melina Datuk Zakri atau Mel membesar di kehidupan kota. Kehidupan sosial yang terlampau hingga dia mengabaikan kolejnya. Ini menimbulkan rasa kebimbangan Datuk Zakri akan perubahan anak gadisnya. Dengan rasa terpaksa Datuk Zakri meminta Luqman membantu mangawasi anak gadisnya. Luqman adalah anak kawan baik Datuk Zakri yang habis belajar di luar negara. Perbezaan cara hidup antara Melina dan Luqman membuatkan mereka sering bertentang pendapat. Hidup Melina merubah bila Dato Zakri meninggal dunia akibat kemalangan. Sebelum Datuk Zakri meninggal , Datuk Zakri meninggalkan wasiat pada Rasyid ayag Luqman agar Melina dikahwinkan dengan Luqman. Hanya Luqman mampu merubah cara hidup Melina yang terlah tersasar.

Disebabkan wasiat Datuk Zakri, Luqman dan Melina disatukan dengan satu ikatan yang suci. Walaupun mereka tidak pernah mempersetujui ikatan tersebut. Dengan kesabaran Luqman melayan kerenah Melina yang keras kepala. Setiap hari pasti ada saja yang menjadi bahan pertengkaran antara mereka. Perasaan rindu hadir bila mereka masing - masing sibuk dengan aktiviti harian . Melina akan menunggu Luqman dan pura - pura tidur bila Luqman pulang. Perasaan itu hadir perlahan - lahan dan akhirnya Luqman berjaya menakluki Melina. Perubahan itu menggembirakan hati Datin Maziah mama Malina . mengingatkan kata-kata Arwah suaminya Datuk Zakri Luqman mampu merubah anak gadisnya dan kini bergelar isteri . 

Kerana perasaan dendam dan cemburu, rumah tangga Luqman dan Melina dilanda badai . Zieta telah merancang sesuatu yang tak baik . Zieta adalah kawan baik Melina di kelab Malam dulu. Dia cemburu dengan Melina , kerana Melina berjaya merampas Hariz darinya dan Walaupun Melina sudah berkahwin dengan Luqman, Hariz masih menyimpan perasaan pada Melina. Zieta juga pernah menggoda Luqman tetapi tidak dilayan. Perasaan itu lebih membara bila dia melihat kebahagiaan rumah tangga Melina dan Luqman. Luqman dan sara ditangkap khalwat, bagi menutup malu mereka dinikahkan. Melina terlalu kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan dia melarikan diri ke Australia dan tinggal bersama adiknya Heykal. Pada Luqman cintanya hanya untuk Melina. Kehilangan Melina satu tamparan hebat pada Luqman. Sara mengambil keputusan untuk menarik diri kerana Sara sedar cinta Luqman hanya untuk Melina. Kebenaran terungkai bila Zieta menceritakan kepada Yuni dan Zetty di kelab malam.  




Sinopsis Dari kulit Novel
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?


Petikan- petikan yang menarik dalam novel 
Hidupnya bebas ditengah kota
"Hello Mel!"
Satu sentuhan lembut dibelakangnya membutkan dia menoleh pantas. Terpandangkan gadis berskirt pendek dan berbaju sendat mendedahkan seluruh bahu itu, bibir Melina mengukir senyuman lebar.
"Apasal kau lambat ni?" Melina mencapai kotak rokok dan mengeluarkan sebatang daripada isinya. Kemudian tanpa kekok dia meletakkan batang rokok itu dibibirnya sebelum dinyalakan dengan lighter Zippo kesayangannya. Asap berkepul-kepul keluar dari bibir yang disapu lip gloss merah terang itu.
"Sorrylah, kau ingat senang aku ank kuar malam ni? kena tunggu bapak aku tidor dulu," balas Yuni dengan sengihan melebar. Kepala dan tubuh gadis itu turut bergoyang mengikut alunan muzik yang rancak . Terangguk-angguk kepalanyamengikut rentak.
"Mana Zetty?" Pertanyaan Melina yang separuh menjerit bagi melawan bunyi muzik yang kuat disambut dengan jungkitan bahu Yuni.
"I don't know. Aku ingat dia dah sampai." Yuni mengambil tempat disisi Melina kemudia dia mengamit pelayan di bar dan memesan minuman untuknya.


Si ayah bimbang akan perubahan anaknya .Permintaan Si ayah membuatkan Luqman terkedu.
"Jadi driver dan bodyguard anak pak cik."
Luqman ternganga. Dia bagaikan tidak percaya apa yang didengarinya. Takkanlah serendah itu datuk Zakri memandang kedudukannya? Dia bukan kemaruk sangat jasa baik lelaki itu, malah yang meminta pertolongan dari Datuk Zakri adalah ayahnya. Takkanlah dia yang lulusan luar neraga mahu menjawat jawatan driver!
"Saya.. saya tak faham apa maksud pak cik."
Mengenangkan keutuhan persahabatan orang tuanya, dia terpaksa menelan rasa berbuku didalam hati. Cuba mengawal rasa marah yang terbit kerana dipandang enteng oleh Datuk Zakri. Tanggapan baiknya terhadap lelaki ini mula goyang.
"Kamu jangan salah faham dengan offer pak cik ni, Luqman. Ini bukan tentang kerja sangat tapi lebih kepada meminta tolong dari kamu," balas Datuk Zakri yang seolah-olah mengerti garis tidak senang yang terpeta di wajah Luqman. 
"Pertolongan? saya lagi tak faham sekarang. Boleh tak pak cik berterus terang aje dengan saya?"
datuk Zakri mengeluh. Dia faham pasti Luqman tertanya-tanya dengan sikapnya.
"Pak cik nak suruh kamu jagakan anak pak cik buat sementara waktu ni. Pak cik dah tak tahan dan perangai dia. Liar sangat, dah tak boleh dikawal. Kaki mabuk, kaki kelab lepas tu pergaulan bebas mengalahkan orang Barat." Satu keluhan lebih berat terbit dari bibir lelaki sebaya ayahnya itu. Wajah nampak keruh dan bermasalah. Luqman terpempan. Anak Datuk Zakri yang mana satu? Seingatnya lelaki itu cuma mempunyai dua orang anak. Seorang perempaun yang lima tahn lebih muda darinya dan seorang lagi masih bayi ketika kali terakhir mereka bertemu. Mungkinkah yang perempuan itu? Mustahil Datuk Zakri risaukan anak bujang, mestilah anak daranya yang seorang itu.
"Tapi, saya tak rasa saya sesuai untuk kerja ini pak cik," balas Luqman perlahan. dia belajar ilmu arkitek, apa hal pulak dia nak kerja jadi driver! Langsung tak ada kena mengena.
"Saya rasa eloklah sementara waktu ni saya tolong mak ayah jual sayur-sayur tu dulu."
"Luqman tolonglah." Datuk Zakri mempamerkan wajah meraih simpati.

Kehadiran Luqman tidak disenangi
"eh, kau ni kenapa, hah? kenapa kau datang sini nak menyusahkan hidup aku je? kalau kau nak duit, aku boleh bagi kau duit tapi tolong jangan sekat aku nak buat apa yang aku suka!" tempelak Melina geram. Darah panas menyerbu ke kepalanya namun Luqman bereaksi selamba. Kata - kata marahnya dipandang sepi dan langsung tidak berbekas kepada lelaki itu. Hati batu ke apa dia ni?
"Ikutkan hati saya tak ingin pun nak menyibuk," balan Luqman tenang."Tapi sebab perangai awak ni dah tak serupa orang, terpaksalah saya hulur bantuan.Kalau tak, lama-lama awak ni boleh jadi orang utan agaknya."
"What? What did you say? Orang utan?" Melina menentang wajah Luqman dengan pandanag yang menyinga. Memang mulut lelaki itu tak ada insurans. Eee... mahu sahaja dia mencekik Luqman sampai mati!
"Sya cakap awak ni tak lama lagi jadi orang utan la. Lepas ni tak payah baju terus, senang bolah jimat duit bapak awak. Sesuau jugak untuk awak yang suka terkinja- kinja dalam kelab malam tu," perlu Luqman.
Melina ketap bibirnya. Rasa sakit dihati tidak tertanggung lagi. Kenapa Luqman suka benar menyakitkan hatinya, hebat sangat ke diri lelaki itu? Seingatnya mama kata Luqman anakk pekebun sayur dan lelaki itu sendiri berkerja sebagai penjual sayus menolong bapaknya. Tapi kerek mengalahkan anak orang kaya. Menyampah betul!
"Mulut kau ni memang macam longkang kan! Kurang ajar betul, tak padan datang dari kampung!"
"Hey , at least tak adalah bau jamban macam mulut awak." Luqman tergelak kacil. Geli hati melihat riak wajah Melina yang merah padam. Lantaklah, dia memang suka buat Melina begitu. Baru perempuan itu tahu bagimana rasa sakit kalau ditempelak dan disakita. Selalunya Melina suka benar menyakitu hati orang lain, Kali ini rasakan!
"Bodoh! Hakan cakap dengan aku dah, I hate you!" Balas Melina dengan geram.

Mereka memberontak bila mereka dipaksa disatukan kerana Wasiat Datuk Zakri.
"Melina," panggil Rashid perlahan. "Pak cik minta maaf kalau perkara ni membebankan perasaan kamu berdua. Tapi sebagai manusia yang harus berpagang pada janji , kita kena tunaikan permintaan ni."
Melina memandang tepat ke wajah Rashid. Ah, sengan benar lelaki itu berkata -kata. Ini bukan kerana janji semata-mata, ini tentang masa sepannya. Terpandangkan Luqman, hatinya merintih pedih. Pasti hidupnya bertambah kelam jika mengahwini lelaki yang membosankan itu.
"Ayah, boleh tak Luq cakap sesuatu?" Luqman membetulkan duduknya sebelum memandang tepat ke arah Rashid dengan wajah memihon pengertian.
"Luqman tak nak kahwin denganorang yang Luqman tak cinta. Luqman minta maaf sangat-sangat tapi Luqman terpaksa tolak permintaan ni," perlahan Luqman berbicara dan disambut keluhan berat oleh Datin Maziah.
"Luqman, ayah tahu. Tapi mungkin kamu tak tahu yang cinta boleh dipupuk selepas kamu berkahwin. Mana tahu lebih indah daripada percintaan sebelum berkahwin. Ayah dengan mak kamu dulu pun kahwin atas pilihan orang tua, elok jugak kekal sampai sekarang." Melina tergelak sinis mendengar kata -kata Rashid. Bercinta selepas kahwin? Dengan Luqman? Ah, dia memang boleh gila akal jika berkahwin dengan lelaki itu. Eeee.. minta simpang.
"Ayah, tolonglah. Biarlah Luqman dan melina tentukan jodoh kami sendiri," balas Luqman cuba  meyakinkan. "Luqman memang tak boleh kahwin dengan Melina.Luqman takkan cintakan dia, Luqman berani bersumpah dia bukan perempuan yang Luqman nak."
"Luqman, tak baik cakap macam tu," sampuk Aliah kurang senang. "Bab-bab perasaan ni kita mana boleh bersumpah-sumpah. Mana tahu satu hari nanti Luqman betul - betul sayangkan dia, kan tak baik macam tu." Melina menggelang laju. Mustahil. Mustahil perasaan antara dia dan Luqman akan berbenih cinta. Dia dan Luqman terlalu berbesa bagai langit dan bumi malah dia sama sekali tidak mahu hidup dengan kawalan Luqman yang banyak benarpantang larangnya itu. Dia masih muda dan dia bulum puas menikmati zaman remajanya. Takkan dia nak menghabiskan masa dengan menghambakan diri pada Luqman? Duduk terperuk kat dapur dua puluh empat jam. oh, tidak!

Bila pertengkaran demi pertengkaran, Hati diusik rindu dan Luqman meluahkan apa yang berbuku.

"Mel..." panggil Luqman separuh berbisik sambil tangannya menyentuh dagu Melina supaya turut memandangnya. Saat ini Melina rasa bagaikan mahu tercabut jantungnya merenung pandangan Luqman yang sarat dengan rasa cinta.
I think ... I think I love you.."
Melina terpaku. dadanya berombak kencang manahan badai cinta Luqman yang menghentam kuat ke segenap dadanya. Melina rasa duani ini sudah hilang oksigen, bagaikan sudah disedut oleh kapal angkasa makhluk asing yang datang dari plenet marikh. Dia tak cukup nafas, dia rasa sesak dada. Melina diam bagaikan dipukau saat Luqman membisikkan kata-kata indah tadi, dan dia masih diam saat bibir Luqman semakin hampir ke wajahnya, dan dia terus diam saat bibir lelaki itu mendarat lembut dibibirnya. Lama. Dan dia langsung tidak berniat untuk menolak sebaliknya membalas mesra. Hatinya terasa indah dan kembang mekar dengan rasa cinta dari luqman.
"Ya Allah budak berdua ni, tak nampak ke orang ramai dekat sini?" Luqman dan Melina dan kembali ke alam nyata. Kedua-duanya mengelabah saat terpandangkan Datin Maziah yang tegak berdiri di hadapan mereka sambil memegang Tupperware. Luqman berdeham beberapa kali sambil membuangpandang ke arah halaman dan dia nampak jelas beberapa orang di situ tersenyum-senyum memandangnya. Ya Allah, macam manalah dia boleh hanyut sejauh itu! Dia masih teringit bagaimana bergeloranya perasaan dia saat mengucup dan memeluk Melina tadi. Pasti mata-mata disitu seronok dapat menonton tayangan free. Mukanya terasa kebas dan pijar menahan malu.
"Kamu berdua ni, kalau dah tak boleh control sangat pergilah masuk bilik." Datin Maziah tersenyum penuh makna sebelum menggelengkan kepala beberapa kali.
Kerana cemburu dan dendam Melina menanggung akibatnya. 
"Luqman , baliklah. Biar mama jaga Mel pulak." Ucap Datin Maziah sedikit memujuk. Luqman mengeluh perlahan. Diusap-usap lembut tangan isterinya yang sejak tadi digenggamnya erat. Masih nampak jels parut-parut dan sisa luka dikulit tubuh Melina. Wajah isterinya yang lebam dan sedikit bengkak dipandang dengan penuh rasa hiba. Melinanya entah didunia mana sekarang... hilang jauh meninggalkannya terkapai-kapai sendiri disini. Dia benar-benar berasa sunyi.
"Dahlah tu, tak elok asyik menangis aje Luq," pujuk Datin Maziah sambil mengusap lembut bahu anak muda itu. "Luq balik berehat dulu, biar mama jagakan mel ye?"
Datin Maziah renung wajah menantunya yang sugul. Ujian yang datang dalam keluarga Luqman benar-benar di luar jangkaan. Dia sendiri terkejut saat dikhabarkan tentang peristiwa yang menimpa Melina semalam. Hampir gugur jantungnya mendengar kekejaman bekas teman lelaki Melina terhadap diri anak gadisnya. Mujur juga kandungan Melina masih selamat walaupun dia mengalami pendarahan yang agak teruk. Kata doktor, Hariz tidak sempat mengapa-apakan kehormatan Melina. Cuma kerana tindakan kasar lelaki itumemberi kesan buruk kepada kandungan Melina. Dia tidak sangka ada manusia seperti Haris yang tergamak menzalimi Melina yang sedang mengandung itu. Entah mana hilangnya sikap perikemanusiaan dalam diri Hariz.
"Tak pelah mama, Luq nk jaga Mel dekat sini. Dia tak sedar-sedar lagi dari semalam." balas Luqman perlahan. ""Luq nak dia sedar dan nampak Luq ada dekat sini temankan dia." Tangan Luqman menyentuh lembut perut isterinya. Diusap-usap penuh kasih bagaikan isyarat untuk mengenangkan nyawa kecil di dala rahim isterinya.

Setelah badai melanda rumahtangga Luqman dan Melina , mereka diuji lagi. mampukah Sarah memenangi hati Luqman.
"Maafkan Sarah, Luq." Sarah tunduk menahan rasa. 
"Luq tak suka dengan perkahwinn kita kan? tapi tak boleh ke Luq hormat majlis kita ni." Luqman mengeluh keras. "Memang Luq tak suka. Luq tak faham kenapa Sarah tak percaya yang Luq tak bersalah. Luq tk perangkap sarah malam tu, Luw tak bat apa-apa pun! Kenapa Sarah masih nak teruskan perkahwinan ni?" bentak Luqman geram. Sarah ada hak bersuara, kenapa hanya diam membisu dan membenarkan semua ni terjadi? Dia gagal menyakinkan dirinya tidak bersalah kerana Sarah sendiri gaga; menyakinkan dirinya tidak bersalah kerana sarah sendirimtidak membantunya membersihkan nama mereka. Sarah nagaikan reda dijodohkan dengannya. Ah, apa nak dihairankan ... memang Sarah sudah lama menginginkan dia.
" Sarah tak tahu nak percaya siapa. Semua ni betul-betul buat Sarah keliru..."" Sarah pandang tepat wajah Luqman yang masih berdiri disisi katil dengan pandangan sayu. " Kalau bukan Luq , siapa pulak yang sanggup buat macam tu dekat kita?" Luqman melurut kasar rambutnya, Geram kerana Sarah masi ragu-ragu akan kesucian hatinya. Dia bukan bodoh kemarukkan tubuh badan perempuan kalau dia sendiri punya isteri yang boleh melayan kehendaknya.
"Demi Allah Luq tak buat semua tu. Luq nak Sarah tahu yang Luq tak reda dengan perkahwinan kita. Luq takkan cintakan Sarah sampai ila- bila sebab dalam hati Luq cuma ada Melina. " balas Luqman dengan nada terketar-ketar.