Novel Bila Hati Kata Sayang


Novel- Bila Hati Kata Sayang
Karya- Marissa
Terbitan- Karya Seni



Novel BILA HATI KATA SAYANG karya Marissa terbitan karyaseni. Novel setebal 447 muka surat. Tengok tajuk pun dah tahu. BILA HATI KATA.. cerita ini pada aku kelakar nak relist tension memang boleh. Aku yang baca pun ketawa terbahak- bahak. Novel ini tak banyak konflik. Jom kita layan novel ni..

Atiqah gadis yang berkerja sebagai pencuci dan menggemas bilik Hotel. Dari kecil dahagakan kasih sayang Ibu dan bapanya. Dia tinggal dan dibesarkan oleh pakcik sebelah ayahnya. Bapa meniggal seusia dia 15 tahun dan ibunya pula lari entah kemana dia usia tiga bulan. Kisah bermula bila dia menerima pinangan seorang lelaki yang tidak dikenali dalam hidupnya ( pilihan keluarga) anak sepupu kepada ayahnya Syed Adriz. 

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya aku fikir hanya buasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sangat luar biasa. Aduhai... Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Klau betul , apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia. Aku tidak tergamak melukan hati ayah saudaraku. Dia yang bela aku lepas ayah meninggal. Sebab kenang budilah aku tidak boleh buat apa-apa.Jodohku sudah dirancang dari mula. Klau aku putuskan bermakna aku jadi anak saudara yang tidak mengenang budi. Aku tidak hendak jadi macam itu.

Dalam cerita ni juga lah aku belajar warna hijau itik serati ( warna pada kepala itik tu ).
Petikan - petikan yang menarik dalam Novel ini.

" Saya dah bertunang " Aku beritahu dia tiba-tiba. Tah tahulah kenapa aku boleh cakap macam tu. Mungkin sebab aku bodoh sangat. Tetapi aku rasa aku betul. Mungkin buat pengumuman satu negeri Pahang. Aku cuma cakap pada dia saja. Tak slah rasanya. Jadi, tak payahlah nak tuduh aku gatal atau apa-apa. Aku beranikan diri pandang muka dia. Masa itu dia juga pandang aku. Mungkin dia ada sebut dalam hati 'tak tanya pun'.Mungkin dia ada cakap juga , apa hal pulak minah ni beritahu dah bertunang.
"Oh!" Dia cuma cakap itu saja dan tak sebut langsung 'tak tanya pun'.
"Apa Kerjanya" Dua bertanya.
Masa itu aku rasa ada benda tersangkut di anak tekak. Rupa-rupanya roti tadi tak sempat lepas dia dah tanyasoalan sepumas. Dah rasa kena cekik pun ada. Jangankan kerja, nama pun aku tak tahu. Dia hulurkan gelas berisi jus oren yang belum diminum. Tahu agaknya aku tercekik. Kemudian dengan lambat-lambat aku gelengkan kepala.
" Saya senior manager di salah sebuah syarikat perkapalan yang beribu pejabat di Perlabuhan Klang dan juga Kuantan". Dia jawab begitu. Macamlah tadi aku tanya dia kerja apa.
" Dah berapa lama bertunang?" Dia tanya lagi 
" Minggu lepas!" Aku gosokpula cincin tunangku yang tersarung dijari manis.
" Oh! Thaniah!" Dia jawab perlahan.


Lagu yang Atikah nyanyikan semasa majlis harijadi sahabatnya.



" Assalammualaikum" Katanya perlahan.
Betullah dia. Itu memang suara dia. Jadi tak ada acara tipu-tipu ketika itu. Aku pandang tepat wajahnya. Masa itulah aku nampak dia angkat kening dan tersenyum. Hantu betul! Masa ini pun dia nak main-main dengan aku.
" Waalaikumusalam..." Aku jawab lambat dan perlahan.
" Saya Syed Adriz ". Dia perkenalkan dirinya lalu duduk dihadapanku.
Mataku sudah mula pedih.Dah tak tertahan.Aku terpaksa tutup hidung dan mulut bila air mata mula merebaskan dengan tangan kiriku.
"Sayang, jangan menangis!" Dia cakap dengan perlahan sambil pegang tangan kananku.
" Hisy, orang pandang tu. Nanti nampak sangat kena kahwin paksa. Ke orang ingat kita kena kahwin tangkap basah!" Dia buat lawak.
" Sabar sayang.... semuanya dah selesai." Dia pujuk aku lagi.Kemudia dia ambil kotak cincin daripada tangan seorang lelaki yang mungkin sebaya dia.

" Betul ke abang dah sepuluh tahun kenal tie?" Aku soal dia. Memang dah lama nak tanya serita sebenar, tetapi saban waktu astik tertangguh sehingga aku terlupa terus kerana sudah banyak cerita baru didalam hidup kami.
"hmmmm.."
"Tapi kenap Tie tak tahu?"
"Sebab Tie tak sedar...? Dia pegang hari-jemariku selepas jari - jemari yang sama usap rambut dia tadi.
"Ingat lagi hari ayah Tie meninggal?"
" Tie menangis tak berhenti sampai Tie lupa tangan siapa yang Tie pegang masa bawa turun jenazah ayah Tie". Aku tak ingat apa-apa tentang tu. Betul-betul tak ingat sebab aku sedih sangat.
"Tie dah menangis disisi abang"
Oh! Begitu rupanya. Jadi betullah aku perempuan yang menangis disisi dia? Jadi .. akulah perempuan tu? Kenapa aku tak sedar? Kenapa tak tahu perkara penting begitu?
" Abang dah mula suka Tie sejak hari tu. Abang dah janji, abang akan ambil Tie jadi isteri abang satu hati nanti, Dan sekarang abang dah berjaya tunaikan impian abang. Abang rasa bahagia sangat!"