JIWANYA mati.
Hatinya ranap. Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa
yang pernah memusnahkan hidupnya. Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia
tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah. Pemergian ibu
tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi. Dalam hatinya,
hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz
apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi.
“Aku
akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz! Aku akan pastikan kau
kesal dilahirkan ke dunia ini. Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat
kecundangan kau di kaki aku!” - Nur Syaima
Syed
Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya.
Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna
begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri. Namun,
kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik
tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga
darah keturunan pasti membantah. Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia
sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa
isterinya yang mati.
“Abang
minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang
tentukan. Kita hanya perlu menerima
“Abang
minta maaf. Tapi, yakinlah dengan abang. Takdir kita bukan kita yang
tentukan. Kita hanya perlu menerima. Sayang bantu abang. Bantu abang raih
kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz
Ada
darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa
yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya
Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu
kebahagiaan?