“Awak
dah nampak saya depan mata awak, kan? Saya tak kisah kalau awak nak tarik diri
daripada pertunangan ini sekarang. Saya terima segala keputusan awak.”
“Percayalah
kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah ini ya, Deeba. Saya terima Deeba ikhlas
kerana Allah.”
Nur
Adeeba Addin - Rombongan merisik yang hadir membuatkan dia
terpana. Tak betul agaknya lelaki yang datang merisiknya itu.Gara-gara saiz
badannya yang comel, dia seringkali diejek gendut, debab, anak gajah, badak,
tong dram, Doraemon, guni beras dan macam-macam lagi gelaran. Jadi mana mungkin
lelaki sempurna seperti itu yang bakal dimilikinya?
Hadif
Harith - Hatinya ikhlas memberi, kasihnya tulus menyinar
meskipun sentiasa diragui. Ketampanannya digilai ramai namun cintanya utuh buat
pemilik tubuh XXL.
Sehinggalah
akad dilafazkan… Adeeba akur dengan landasan cinta itu.
“Deeba
tau kan, abang tak suka Deeba rendahkan diri Deeba. Orang lain tak nampak apa yang abang nampak pada diri Deeba.”
“Nampak
apa? Nampak lemak dekat badan Deeba ni?”
Hadir
pula Qaisara, sepupu Hadif yang tak henti-henti menagih
cinta.
Munirah,
sahabatnya sendiri yang jatuh suka, dan juga gosip Hadif dengan Cik Irma yang
melanda, membuatkan hati Adeeba kian curiga.
Benarkah
masih ada ruang untuknya dicintai dan mencintai? Dan tak mampukah cinta seorang
bersaiz XXL sepertinya menjadi reality?