JEBAT. JEBAT. Seorang
lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam
kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh
cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan
kisah silamnya.
Sifatnya
yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar
kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik
perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak,
Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya
dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang
tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama
The Beauty and The Beast.
“Kau
tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak
malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak
adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja
yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun
mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih
adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan
gengster!
Sementelah
pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya