NOVEL LELAKI EKSKLUSIF
Semua yang aku
lakukan ini, eksklusif untuk dirimu. Aku ingin kau rasa bertuah hidup
bersamaku.
Novel Lelaki Eksklusif keluaran
bulan Mac 2013 terbitan Karyaseni. Novel yang santai dan bersahaja menarik minat
untuk saya baca tika saya sibuk dan agak stress ketika ini. Terbayang bab jenaka
dan tak kering gusi watak Nora yang ceria dalam novel ini. Tak kurang juga
konflik keluarga yang terselindung yang sukar dirungkaikan. Karya pertama Wan
Awliya Rayqal setebal 413 muka surat ini cukup menghiburkan. sedikit review
versi saya untuk tatapan kawan- kawan yang belum mendapatkan novel
ini.
Ia mengisahkan perpecahan keluarga bila dendam dan cemburu menguasai diri .Wan Mukriz disisih keluarga kerana dia dilahirkan diatas perkahwinan bukan pilihan. Sejak ibunya meninggal dia merantau keluar negara kini pulang dan kepulangannya tidak disenangi oleh nenek , mak tirinya dan abang sebapa berlaian ibu, Wan Ariff. Wan ariff yang sentiasa cemburukan Wan Mukriz sehingga apa sahaja yang dimiliki oleh Wan Mukriz pasti Wan Ariff akan rampas termasuklah kekasih Wan Mukriz, Sharina . Kehadiran Nora Danisya yang bersahaja mencuit hati Wan Mukriz. Nora gadis 19 tahun menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz lebih memahami dan mendengar luahan hati Nora membuatkan Nora lebih selesa dengan Wan Mukriz berbanding Wan Ariff yang suka memaksa dan menggunakan kuasa vetonya pada Nora. Ugutan Ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz . Mereka disatukan dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Pelbagai cara Wan Ariff cuba memisahkan mereka tetapi tidak berjaya. Perkahwinan yang dirahsiakan di ketahui juga oleh Wan Ariff. Dan Wan Ariff sedar kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . Kerana dendam dan iri hati memakan diri sendiri.
Ia mengisahkan perpecahan keluarga bila dendam dan cemburu menguasai diri .Wan Mukriz disisih keluarga kerana dia dilahirkan diatas perkahwinan bukan pilihan. Sejak ibunya meninggal dia merantau keluar negara kini pulang dan kepulangannya tidak disenangi oleh nenek , mak tirinya dan abang sebapa berlaian ibu, Wan Ariff. Wan ariff yang sentiasa cemburukan Wan Mukriz sehingga apa sahaja yang dimiliki oleh Wan Mukriz pasti Wan Ariff akan rampas termasuklah kekasih Wan Mukriz, Sharina . Kehadiran Nora Danisya yang bersahaja mencuit hati Wan Mukriz. Nora gadis 19 tahun menjadi rebutan antara Wan Mukriz dan Wan Ariff. Wan Mukriz lebih memahami dan mendengar luahan hati Nora membuatkan Nora lebih selesa dengan Wan Mukriz berbanding Wan Ariff yang suka memaksa dan menggunakan kuasa vetonya pada Nora. Ugutan Ayah Nora membuatkan Nora terpaksa meminta bantuan Wan Mukriz . Mereka disatukan dan merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarga Wan Mukriz. Pelbagai cara Wan Ariff cuba memisahkan mereka tetapi tidak berjaya. Perkahwinan yang dirahsiakan di ketahui juga oleh Wan Ariff. Dan Wan Ariff sedar kasih sayang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit . Kerana dendam dan iri hati memakan diri sendiri.
Sinopsis dari kulit novel
NORA hanya
gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz,
Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis
comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap
pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
“Kalau saya cari girlfriend, saya
cari macam Nora.”
“Uiks, kalau macam tu ambik Nora
saja tak boleh?”
“Serius?”
“Ngee, melampau bos
ni.”
“Nora, saya serius
ni.”
“Ya ke?”
Kemesraan yang terjalin, menjadi
halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap
Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan
Mukriz.
Akhirnya, Wan Mukriz ambil
keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran
Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia
mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang
menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.
Mampukah mahligai bahagia yang
dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk
berpisah dengan Nora?
Petikan - Petikan yang
menarik dalam novel ini
Kepulangannya
tidak disenangi
"Dah puas hidup
merantau??" Haji Wan Mohsin mula mengajukan soalan sebaik sahaja mereka mula
makan malam. Makan malam yang dianggap istimewa sempena menyambut kepulangan Wan
Mukriz. Itu hanya tanggapan Wan Mukriz, tidak pada yang lain. Lelaki yang sudah
nampak benar berusia dan bertubuh lebih kurus berbanding sebelum Wan Mukriz
merantau itu menunjukkan rasa gembira menyambut kepulangannya. Hnya orang tua
itu sahaja yang dilihat benar-benar menghargai kepulangannya selain ayah
kesayangannya sendiri. Ah, jangan terlalu emosi, Mukriz.... pesannya pada hati
sendiri.
"Hujan emas
dinegeri orang tok, tak sama dengan hujan batu di negeri sendiri," jawab Wan
Mukriz tenang dan bersahaja. Cuba disembunyikan segala rasa yang terpendam sejak
sekian lama. Ah, dendam tidak perlu ditanam dalam diri. Nanti boleh jadi racun
yang memakan diri sendiri.Dia mahu menikmati hidup dengan rasa kasih sayang dan
bahagia, jadi dia perlu buang semua perasaan negatif. Dia akan jalani
kehidupannya dengan biasa-biasa sahaja.
"Baguslah, Riz.
Lagipun kerja-kerja di syarikat makin hari makin bertambah. Riz dah balik ni,
bolehlah bantu apa yang patut," tokok si ayah, Encik Wan Amran. Senang hatinya
menerima kepulangan Wan Mukriz.
""Apa yang
banyaknya? selama ni syarikat tu ada masalah ke?" Hajah Zakiah menyampuk. Wanita
bertubuh gempal dan berkulit putih kuning itu kurang senangbila mendapat tahu
Wan Mukriz akan diterima semula berkerja. Bencinya terhadap Wan Mukriz kian
meluap-luap. Sedikit pun tidak berkurang walau sudah lapan tahun dia tidak
melihat wajah cucu yang tidak pernah diiktirafnya itu.
"Awak apa tahu,"
bidas Haji Wan Mohsin kasar. dari dulu dia memang tahu isterinya itu langsung
tidak sukakan Wan Mokriz. Apa sahaja tentang Wan Mukri, pasti akan mendapat
tentangan.
"Kalau tak tahu jangan nak menyibuk," marah Haji Wan
Mohsin lagi. Wan Mukriz memandang datuknya. Makin tua makin
tegas.
Pertemuan
yang mencuit hati
"Kak nyonya mana?"
jerit Nora sebaik sahaja sampai. Nurul cuba menyorokkan mukanya dengan kelenda
meja. Takut campur nak gelak. Takut sebab sah kena marah,nak gelak sebab gaya
Nora yang ala-ala tomboy itu.
"Dah, jangan nak
menyorok bgai!" kata Nora bila nampak Nurul cuba sorok muka dengan kelendar
meja. Wan Mukriz tahan gelak. Lawak rupanya. Ingatkan tadi garang
sangat!
" Tak guna betul!
Akak ni sekolah ke tidak?" serang Nora. Langkah rancak menghala ke meja Nurul.
Farah cuit bahu Wan Mukriz dan berbisik perlahan.
"Bos, lebih baik
kita beredar. Kalau tidak, dengan kita-kita sekali jadi magsa." Wan Mukriz tidak
berganjak. Dia mahu lihat sendiri suasana itu. Agak meriah. Terhibur juga
hatinya yang sejak tadi dikelilingi oleh suasana yang serius.
"Duduk dalam air
con pun boleh salah tulis? Bukan duduk bawah pokok. Yang Nora ni berhujan
berpanas naik motor. Nora duduk berhampiran meja Nurul dan menyilangkan kaki
diatas meja. Gaya ala-ala samseng. Sampulsurat yang dikatakan tersalah tulis
alamat itu dicampakkan ke atas meja Nurul.
"Akak salin
balik alamat tu betul-betul. Lepas tu akak hantar surat tu sendiri. Surat tu top
urgent. Bos kat atas tu nak surat jemputan tu sampai hari ni jugak." Nora
memberi arahan pula. Kemudian dengan perlahan Nora membuka topi keledarnya.
Hmmmm... seraut wajah itu Wan Mukriz tatap. Subhanallah, comelnya dia! Mata
bulat. PPipinya gebu. Bibirnya seperti warna merah jambu dan kebasahan , cuma
sayangnya rambut pendek serupa lelaki.
"Elah, salah
satu huruf aje. Itu pun nak bising. Akak salah tulis jalan je. Bukan jauh jugak
pun. Bunga Matahari. Akak tertulis Bunga Matahati. Itu aje. Yang Nora angin
sangat ni kenapa?" Nurul berani-berani ayam menjawab.
"Akak tanya lagi
Nora angin kenapa?? cuba akak bawak motor sekali. Tak payah jauh . Dari ini
sampai Bangsar. Nora nak tengok akak boleh pergi ke tidak. Entah-entah tak
sampai Bangsar akak dah ada bawah lori." Suara Nora hampir kedengaran diseluruh
pejabat. Lantang dan kuat.
"Hmmm.. mulut
perempuan ni memamng tak ada insurans langsung," bebel Farah perlahan. Wan
Mukriz tergelak kecil. Merih sungguh suasana pejabat bahagaian penghantaran.
Rasanya hanya merek bertiga sahaja perempuan dibahagian ini tetapi kecoh macam
pasar pagi.
Bila
cemburu mengawal diri
"aku
tak suka kau bercakap dengan budak tak tahu diuntung tu. Sekali lagi aku nampak
kau bercakap dengan dia, kau tahulah apa aku nak buat?" marah Wan Ariff. Rasa
marahnya membuak bila melihat Sharina berbual dengan WWan Mukriz.
"Sha
tanya khabar dia saja sebab Sha tak tahu pun dia dah balik Malaysia. Cemburu
juga rupanya. Ingatkan tidak cemburu tadi. Cemburu tandanya sayang. Suka Sharina
kalau betul Wan Ariff cemburu.
"Memang
salah, dan aku tak suka. Kau faham ke tidak? Aku tak suka kau bercakap dengan
dia. apatah lagi rapat. Kau faham ke tidak?" tengking Wan Ariff pula sambil
memandang Sharina dengan pandangan yang tajam. Marah yang terbawa-bawa dari
bilik mesyuarat lagi sudah dilampiaskan kepada Sharina.Sharina tidak terkata.
Perasaannya tersentap bila dimarahi begitu. Sangkanya sekadar cemburu, rupanya
benar-benar marah. Tahu benar akan sikap panas baran Wan Ariff. Pantang silap
sikit, pasti ada sahaja yang tidak kena. Salah dia juga, sudah tahu Wan Ariff
itu begitu, masih mahu menyapa Wan Mukriz. Menyesal sungguh Sharina kerana telah
membangkitkan kemarahan Wan Ariff.
"Kau
kena pilih, Sharina. Klaau kau pilih aku , kau dengar cakap aku dan jangan
sesekali buat perkara yang aku tak suka. Tapi kalau kau pilih budak tak guna tu,
kau boleh pergi. Aku tak kisah," ugut Wan Ariff.
Hatinya
berbisik...
"Tak nak tanya
saya apa-apa ke?" soal Wan Mukriz perlahan seperti berbisik. Sengaja mahu
mencuri perhaian Nora ketika pekerja lain seakan tidak menghiraukan mereka
berdua.
"Nak tanya apa?"
soal Nora, juga seakan berbisik. Dia memandang wajah Wan Mukriz yang nampak
ceria malam itu. Penampilannya sederhana, tidak nampak gaya sorang bos
langsung.
"Tanyalah, sya dah
kahwin ke belum." Nora tergalak perlahan. 'Lawak betul!' Boleh lagi suruh orang
tanya dia dah kahwin ke belum. Suruhlah tanya soalan lain?'
"Kenapa gelak
pulak?" soal Wan Mukriz. dia tumpang sama tersenyum melihat ketawa nora. 'Hmmm,
boleh pun ketawa. Ingat nak diam sampai balik!'
"Bos dah kahwin ke
belum?" Nora tanya soalan tak berapa cerdik itu.
"Belum, borang
permohonan calon sedang diedarkan. Tak nak cuba-cuba isi?" seloroh Wan Mukriz.
Suka hati dapat berbual begitu dengan Nora.
"Nora tak layak.
Rasanya peringat saringan pun dah kena tendang."
"Tak cuba tak
tahu," Makin galak Wan Mukriz berseloroh.
"Tak apalah, Nora
tak sanggup nak ambil risiko."
"Sebenarnya tak
ada siapa yang sudi isi borang."
"oh ya ?
kesiannya." Nora pandang lagi wajah Wan Mukriz.
"Kan? Kesian
sangat!" Wn Mukriz buat muka sedih pula. Nora sidah tidak tahu untuk berkata
apa, sudahnya dia senyum sahaja.
Kerana
peristiwa itu ..
"saya pengurus
besar syarikat ni!" Nora pandang ke arah Wan Mukriz, Farah dan
Nurul.Ketiga-tiganya menngangguk serentak kemudiannya.
"Saya peduli apa
encik pengurus besar ke pengurus kecil." Jawapan daripada Wan Ariff sebentar
tadi sedikit pun tidak menggusarkan Nora. Peduli apa dia!
"Awak jangan degil
boleh tak ? Awak pekerja saya. Saya bertanggungjawab ke atas segala kebajikan
perkerja saya," Kata Wan Ariff lagi.
"Eh! Sjak bila
pula encik bertanggungjawab ke atas kebajikan pekrja? Saya rasa sejak saya
berkerja dengan syarikat ini, dah sepuluh kali saya jatuh motor. Tak ada pun
yang nak ambil tahu? kalau nak ambil tahu bukannya sekarang , tapi sejak dulu
lagi." Nora masih tidak putus asa memijarkan hati Wan Ariff yang mendengar. Wan
Ariff tepat wajah Nora sambil menahan perasaan.
"Suka hati
awaklah!" Dia ters beredar dengan peresaan membara. Tidak kuasa untuk memujuk
lagi. Nora duduk semula. Wan Mukriz pula melangkah untuk mengambil peti
ubat.
Dendam
tak pernah padam
"Aku nak cakap sikit dengan kau"
kata wan Ariff wajah Wan Mukriz ditatap lama.
"Aku nak kau jauhkan diri daripada
Nora. Aku tak nak kau terlalu rapat dengan dia," kata Wan Ariff lagi. Kali ini
Wan Ariff sudah tidak peduli. Dia perlu memberi amaran agar Wan Mukriz tidak
terus-terusan mendekati Nora. Dia tidak mahu Wan Mukriz rapat dengan Nora. Wan
Mukriz angkat muka.
"Kenapa
pulak aku tak boleh rapat dengan Nora? Apa masalahnya? Wan Mukriz menyoal
bersama rasa kurang senang yang mula memagari hati.
"Aku suka
Nora. AKu mahu Nora jadi isteri aku."
"Apa?"
Bukan sedikit rasa terkejut Wan Mukriz. Dia benar-benar terkejut dengan
pengakuan Wan Ariff.
"Ya. Aku
sudah jatuh hati dengan Nora." Tanpa tergak agak, Wan Ariff meluahkan
perasaannya. dia mahu Wan Mukriz jelas dengan segalanya.
"Habis
janji kau dengan Sharina macam mana? Kau nak tinggalkan dia macam tu
saja?"
"Kau
ambillah dia semula. Aku tahu kau masih sayankan dia, bukan? Jadi apa salahnya
kau ambil dia." Wan Mukriz senyum sinis.
"Aku tak
sangka kau ni menag jenis manusia yang tak mempunyai perasaan, Ariff. Semudah
itu kau campak Sharina?" Geram sungguh Wan Mukriz melihatkan sikap Wan Ariff.
Kali ini lelaki itu memang sudah benar-benar melampau.
Sesungguhnya Jodoh memihak pada mereka tanpa
diduga.
"Bos , jangan
kesiankan Nora. apa yang bos lakukan pada Nora selama ini dah lebih daripada
mencukupi. Janagn sampai bos lakukan perkara yang bakal membuat bos menyesal
nanti."
"Tak Nora, Saya
buat semua ni bukan disebabkan apa-apa. Saya betul-betul sayangkan Nor. Saya dah
mula jatuh cinta sejak kita bertemu kali pertama dulu." Nora menangis. Dia amat
terharu. Sesungguhnya dia tidak pernah impikan begitu. Baginya perhatian yang
diberikan sudah cukup buatnya.
"Berikan saya
peluang untuk menyayangi Nora dan menjaga Nora."
"Tapi Nora tak
layak buat Bos."
"Jangan cakap
macam tu. Tapi kita kenarahsiakan pernikahan kita daripada pengetahuan semua
oang terutama daripada abang saya, sebab dia juga ada hati dengan Nora...." Wan
Mukriz menjeling Nora. Kalaulah Wan Ariff tahu tentang hal ini , mahu hari ini
juga diaajak Nora nikah. Bahkan bukan setakat sepuluhribu, seratus ribu pun dia
sanggup. Jadi Wan Ariff tidak boelh tahu akan perkra ini kalau Wan Mukriz tidak
mah berputih mata.
"Takkanlah
sampai begitu sekali." Nora sapu air matanya.
"Betul, saya tak
tipu. Kalau dia tahu, memang saya tak ada harapan nak jadi suami Nora.
Terpaksalah Nora Kahwin dengan Wan Arif."
"Tak nak
!"
"Hah, tahu pun.
Kalau tak nak , kita ken simpan rahsia ni. Biar kita saya yang tahu sampailah
kita selamat nikah nanti."