The Wedding Breaker



Novel- The Wedding Breaker
Karya- Evelyn Rose
Terbitan- Karya Seni
Pages- 642 muka surat
Novel The Wedding Breaker keluaran November terbitan dari Karyaseni. Lebih selesa dikenali dengan nama pena , Eva. Hasil pertamanya beliau berjaya menulis 642 muka surat ini boleh dibanggakan . Saya suka novel ini kerana ini salah satu novel yang mempunyai hadith dan terjemahan Al-quran dan diselitkan hukum- hukum agama. Ia juga sedikit sebanyak mengingatkan kita yang terleka. Banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini. Ada sikit kelainan dari cerita - cerita yang pernah saya baca. Memang best cerita ni , ada juga part - part yang kita akan tersenyum - senyum malu ..... Saya rasa cerita ni sampai ke hati peminat sebab rata- rata saya tengok rakan - rakan di facebook suka dengan cerita ini ... Ada yang cakap tidur sampai temimpi - mimpi TAK laaa ... teringat ayat - ayat maut dia laaa... jom kita review sikit novel ni... maaf jika ada kekurangan...

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil. Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu  luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku. Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 


Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Setelah Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Setelah kecewa  kerana gagal memujuk Ariana Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati. Tengku Adam bersykur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. 
Sinopsis dari kulit novel
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Petikan - petikan yang menarik dalam novel 
Hadirnya mengejutkan
"Tunggu!!!" Ariana bangun lalu mendekati mereka. Tetamu mula riuh, berbisik sesama mereka sambil memerhatikan Ariana, gadis bertubuh sederhana tinggi berbaju kebaya kuning cair yang baru sahaja melaungkan ayat keramat itu tadi. Adam Kamil memberhentikan lafaz akadnya. Dia juga terkejut dengan tindakan gadis cantik berwajah suram dihadapannya itu.
"Saya pohon ... majlis ini tidak diteruskan.." tutur adis itu sayu.
"Kenapa?" soal Imam Razlan agak kaget. Tidak pernah di berhadapan dengan situasi sebegini.
" Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." Suara-suara tetamu mula membingitkan kadaan sekali lagi. Tengku Sidin bagaikan terkaku disitu manakala keluarga Adam berwajah cemas melihat sketsa tersebut. Hanya Tengku Juwita yang masih tenang.
"Adam... adalah bapa kepada kandungan saya." Suara Ariana ditinggikan sambil tangannyamengusap perut yang sudah memboyot. Titisan air mata mula berguguran. Ahli keluarga Adam dan Juwita sudah berdiri terpacak kerana terkejut.
"Bohong! Saya langsung tak kenal siapa perempuan ni , imam," laung Adam. Dia sudah berdiri. Matanya mencerlung memerhatikan gadis itu.
"Adam.. sya tak minta apa=apa dari awak. Tapi Juwita patut tahu siapa awak sebenarnya. Kalau awak tak nak bertanggungjawab pun tak apa... saya reda.." Gadis itu teresak-esak menangis. Semua hadirin yang berada disitu, diam tak terkutik.
"Kalau imam dan Tengku tidk percaya, ini buktinya!" sekeping sampul bersaiz A4 diangkat tinggi sebelum dihulurkan kepada imam. Mereka sama-sama melihat isi kandungan sampul yang diberikan oleh Ariana. Berpuluh-puluh kepingan gambar aksi panas Adam dan beberapa orang gadis berlainan terkandung didalamnya. Merah padam wajah Adam Kamil apabila diperlakukan sedemikian. dia sendiri tidak mengenali siapa geranga ngadis itu. Otaknya masih bingung memikirkan apa yang baru sahaja berlaku. Dia cuba mencari Ariana, tapi gadis itu sudah menghilangkan diri.
"Perkahwinan ini dibatalkan!" laung Tengku Sidin. Marahnya tidak terkata. 

Sudah terlambat untuk menyesal kerana ini balasan atas perbuatannya. 
"You still a virgin... right?"
Ariana tergelak sinis. TTubuh Adam ditolaknya sekali lagi, menjarakkan kedudukan mereka.
"Virgin? After what you have done to me last nightyou said I'm still a virgin?"
"I mean before we did it!"
"Adakah jawapan ya dan tidak aku akan merubah keadaan, Adam? Will it?" Adam terdiam. Kata-kata  Ariana tajam menusuk hatinya.
"It's your fault. You yang mulakan this games, Ariana. If you didn't lie, thing would not turn out this ay. Apabila kau kata kau pregnant kan anak aku, untuk akal yang waras, tu macam mengatakan yang kau dan aku pernah..." Adam terhenti, cuba mencari perkataan yang lbih sopan. "Well.... pernah buat apa yang kita dah buat semalam." Dia menghabiskan juga ayatnya. Kerana mulut badn binasa.
Bisikan itu datang lagi.Ariana memejamkan matanya. Dia tetunduk dan bersandar pada dinding dengan tangisan yang berkubur dalam hatinya. Tidak lagi esak tangis,yang ada hanya penyasalan yang semakin menyesakan jiwa. Orang yang melakukan dosa adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dosa berbohong mungkin nampak kecil, tapi kezaliman yang dia timpakan ke atas dirinya sendiri begitu besar. ariana akur. Ini semua berpunca dari dosanya sendiri.Dosanya kerana berbohong! Betul kata orang... ada benda yang boleh dibuat gurauan dan ada benda yang dari gurauan boleh menjadi mimpi ngeri. Tiada istilah bohong sunat. Tiada juga perbuatan haram yang boleh dihalalkan dengan niat.
"Now let me go, Adam! Kau dah dapat apa yang kau cari,kan? Malah lebih dari itu." Lemah suara Ariana. Matanya merenung jauh, menembusi dinding kaca di milik Adam. Serba salah Adam dibuatnya, api Adam tetap Adam. Apa sahaja yang berlaku pada Ariana, dia turut berasa simpati, tapi urusannya masih belum selesai. Dia masih memerlukan jawapan dari Ariana.
"Dah dapat apa yang aku cari? Belum lagi, sayang.... Itu hanya bonus... Sekarang cakap betul-betul, kenapa kau malukan aku masa majlis kahwin aku tempoh hari ?" Giliran Adam pula yang membuatkan suasana jadi panas. Adam sengaja menggertak Ariana. Dia mahu jawapan yang tepat.


Selepas kejadian itu Ariana lebih bijak dengan permainan Adam

"sorry , Datuk. Apa Datuk buat dalam kereta saya ni? I think it not appropriate if people see you sneaking into my car." Adam membuat muka pelik. Apa kena dengan Ariana? Hilang ingatan ke?
"Come on, Ariana. Janagn buat-buat tak kenallah."
"memang kita tak pernah kenal." Ariana melemparkan senyuman manisnya, berpura- pura formal.
"Ariana.."
"Datuk , saya hormati Datuk sebagai penaja utama program kementrian saya. Tapi saya pohon Datuk hormati privasi saya. Boleh, kan Datuk?"
"Apa jawatan you kat sini?"
"Kerani." Ariana sengaja nak memulangakn paku buah keras kepada Adam. Dia juga yang mengelarkannya sebagai kerani suatu ketika dulu.
"Kerani, duduk di meja VIP? Hebat," Adam turut membalasnya sinis.
"Ya, saya memang hebat." Selamba sahaja Ariana menjawab. Adam dijeling sekilas. 
"Can you stop this, ariana. Tak payahlah berpura-pura. Does it hurt so much to remember me?" Berpuaka betul mulut Adam. Bukan puaka, tapi celaka! It hurt a lot to remember you! bentak Ariana, tapi dalam hati sahaja. Dia takkan kalah dengan permainan Adam.
"Maaf , Datuk. Saya memang tak kenal Datuk. So please, leave."
Adam ketawa sinis. Patutlah Ariana langsung tak mencarinya, rupa-rupanya ada lelaki lain. Hatinya kembali dicengkam resah. Dia dipagut rasa cemburu.
"Maybe this will cure your memory." Leher Ariana dipaut oleh Adam . Dia mendekatkan wajah perempuan itu dengannya. Bibir mereka hampir bertaut tapi pantas Ariana menolak Adam dengan sekuat tenaganya. Hon kereta dibunyikan dengan kuat. Adam terus melepaskan. dia terkejut dengan tindakan Ariana yang lebih agresif dari dulu.
"I will not let anyone touch you but me." Pintu penumpang dibuka. Adam berjalan laju meninggalkan kawasan parkir kereta.

Hati Adam digamit rasa cemburu bila Harith datang meraih perhatian Ariana

"Ariana." Kedengaran suara seorang lelaki memandang empunya suara. Adam siap bersandar pas dinding desebelah pintu utama bilik air itu.
"Wash-room lelaki ket depan, Datuk," ujer Ariana yang masih beriak tenang walhal dalam hati bergoncang hebat. Langkahnya terhanti apabila Adam mengahlangnya. Ariana berhenti. Tangannya disilangkan ke dada. Wajah Adam Kamil diperhatikan sepenuh hati.
"What?"
"Harith bukan boy-friend you, kan?"
"Datuk tak ada hak nak tahu..." Ariana cuba melewati tubuh Adam yang masih menghalangnya tetapi Adam lebih cepat mengubah kedudukan.
"I want to know anf I need the answer."
"If yes, so what? And if no, then what?" Ariana bertanya, seperti mencabar. Adam mendekati Ariana. Ariana mengundur ke belakang sehingga badannya tersentuh dinding lorong memasuki bilik air wanita. Tangan Adam mengepung tubuh gadis dihadapannya itu.
"Answer me." Adam memaksa. Memaksa dan mengugat. Mukanya serius.
"Not yet."
Adam tersenyum sinis. Maksudnya, mereka akan menjadi pasangan, tapi sekarang tidak lagi. Nampaknya mereka dalam proses mengenali.
"Never Ariana, or you will regret it..." Serius suara Adam. Ariana menelan liur. Bergetar jiwanya. Menyelinap perasaan takut, tapi ...ah, malas dia mahu ambil pusing.
"Datuk Wira Tengku Adam kamil, I don't want to create a show here, okey. You know how drama queen I can be, right? and saya lapar ni! It's almost two pm! saya nak masuk pejabat lagi. Datuk tak pelah. Bos. So can you please appreciate our time?" Adam ketawa lebut. "Kalau kena pecat , awak kerjalah dengan saya. It is not a big deal." Ariana membuat muka. Adam pula masih ketawa.

Ariana redha, Mungkin takdir jodoh sudah tiba. Dia menerima pinangan keluarga lelaki walaupun tidak mengenali siapa bakal suaminya.

"Mummy harap Rose akan bahagiakan Adam.." Tersentap Ariana apabila nama Adam disebut. Mungkinkah ini keluarga Adam?
"I can't marry you, Ariana. You cantik. The most beautiful woman I had ever met. Thanks God you tak jadi model ke artis ke... But... we are from a two big different status. You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta ? Duit ? Rumah? just say it. I tahu gaji you as a keranai tak cukup, kan?" Kata- kata Adam kembali bergema ditelinganya. Tak mungkin. Adam begitu bongkak dengan statusnya, tidal mungkin kedua-dua lelaki dan perempuan yang sungguh merendah diri ini adalah ibu bapa Adam. Tidak mungkin Adam mahu menjadikan dia isterinya yang sah. Pilihan Adam adalah Sophie, anak Tan Sri Roslan yan sama taraf dengannya. Perempuan seperti Ariana hanyalah mainan buat Adam. Adam yang ini adalah Adam yang lain. Adam yang menilainya sebagai seorang perempuan. bukan mainan. Tangan Ariana ditolak oleh uminya agar ke depan. Ariana kembali menumpukan sepenuh perhatiannya. Puan Sri Lisdania menyarungkan cincin ke jari manisnya, menandakan Ariana Rose Hussein sudah selamat ditunangkan, Pipinya dicium sekali lagi oleh bakal mertuanya. Tangan wanita itu disalaminya sekali lagi.
"Insya-Allah.." ucapnya perlahan.

Bila Ariana sudah menjadi tunangan orang , Adam datang merayu dan melamar Ariana.

"Ariana Rose.. please marry me.. be my wife. Grow old with me.." Romantik. Sangat romantik bagi Ariana. Tapi sudah terlambat....
"Too late .. I'm engaged. Hope you find a better girl. Stop all this and stand up. I will not accept your proposal." Ariana bersuara tegas. Bahu Adam dipegangnya, memaksa Adam bangun. Adam menurut. Wajah Ariana yang ayu apabila bertudung itu dipandangnya. Kalu dia masih Tengku Adam Kamil yang hisdupnya tiada panduan, sudah lama Ariana dipeluknya. Hasratnya ditahan kerana dia tahu batas-batas yang sewajarnya diantara dan perempuan. Ariana tidak halal baginya sehinggalah akad nikah dilafazkan. Adam menjarakkan dirinya dari Ariana. Lebih baik dia segera pergi sebelum akalnya sudah tidak dapat berfungsi mengikut suruhan Allah kerana syaitan sudah bersumpah, setiap lelaki dan perempuan yang berdua - duaan yang ketiga adalah mereka dan setiap kali anak adam dalam keadan marah, pertimbangannya adalah pertimbangan syaitan. Dia tidak mahu menjadi manusia terkutuk sekali lagi. Dia berjalan perlahan ke arah pintu bilik yang tertutup. Sebelah tangan memegang tombol pintu, badannya memandang Ariana.
"Awak percaya pada takdir?" perlahan Adam bertanya.
"Of couse," jawab Ariana tanpa ragu.
"Seandainya 50 ribu tahun sebelum terciptanya langit dan bumi, Allah telah mencatat nama awak disisi saya, will you accept that?" Ariana diam. Adakah dia akan menerimanya? Kalau sudah tertulis takdirnya begitu, sama ada dia terima ataupun tidak apa yang telah tertulis untuk berlaku tetap akan berlaku....
"What was written to happen will happen." Adam menjawab penuh keyakinan apabila Ariana diam membisu.

Ariana nekad untuk berterus terang dengan bakal suami siapa dirinya sebenar, Menerima dirinya seadanya sebelum majlis akad nikah.

"Jadi awak memang tak kisah kalau isteri awak pernah disentuh oleh lelaki lain dulu?"
"Like what I said earlier , Ariana Rose. Dan... perkahwinan bukn hanya pada kepuasan seksual. There is no such thing as bekas orang what ever. If sex is your top priority in accepting marriage, then maybe.... Once you are my wife, there is no more you... and no more me... yang ada hanya kita. Dua jiwa yang sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi satu.... Hidup baru, lembaran baru." Ya, air mata Arriana sudah tidak dapat diseka lagi. Dia rasa terharu kerana Allah menciptakan seorang Adam yang hebat pada pandangan mata dan jiwanya untuk menjadi imamnya, insya-Allah di dunia dan diakhirat hendaknya. Dia sudah boleh bernafas lega kini apabila megetahui pendirian tunangnya itu.
"Thanks Adam... For spending your time answering my nonsense." Adam tersenyum lagi
"That is not a nonsense, Rose... You should know my stand before you accept me as your imam,kan?" Ariana turut tertawa perlahan.
"Yes... that's right..."
"Rose..."
"Hmmmm?"
"Awak tahu siapa saya?"
Pelik soalan Adam itu. "Adam Mukhriz, my fiance. Anak mummy dan daddy... Aunty Lis dan Ayah Ku..."
"Awak tak nak tahu apa kerja saya?"
"Hmmmm... umi cakap, awak pangkat besar kat company conglomerate. But... sorry... saya macam tak peduli sangat pasal awak... And awak pun tak pernah contact saya dulu..."
"Awak tak nak kenal saya dulu? Jumpa saya dulu?" soal Adam bersungguh-sungguh.
"Saya tau pendirian awak dah meyakinkan saya tentang diri awak... Yang lain tak penting buat saya..." jujur pengakuan dari Ariana.