Novel Cik Blur dan Encik Ikhlas

Kita ditakdirkan untuk  sama-sama suka 
Novel santai Cik Blur dan Encik Ikhlas menjadi pilihan kali ni. Saya beli di perta buku 1 malaysia baru - baru ini. Hasil kedua Airisz yang memang tidak mengecewakan peminatnya malah menghiburkan. Cerita yang santai membuatkan saya memilih novel ini. Novel pertamanya Cik Bunga dan Encik Sombong juga santai. Diselit lawak jenaka dan tak kering gusi bila membacanya. 

Sedikit review dari saya tentang novel ini. mengisahkan Kasih Khalisha hidupnya menjadi huru hara apabila mendapat bos barunya, En. Ikhlas. Dalam tempoh enam bulan ini ada saja yang tak kena hingga dia membuat keputusan untuk berhenti kerja. Kasih mengambil keputusan untuk berkerja sebagai pembantu rumah dua bulan mengantukan makcik Pijot yang pergi mengerjakan Haji. Kasih nekad untuk mencari kerja lain selepas makcik Pijot pulang nanti. Tanpa disedari Kasih telah tersalah langkah. Dia berhenti kerana kasih tak mahu melihat lelaki bernama Ikhlas tapi kini di berkerja dirumah Ikhlas tanpa disedarinya. Ikhlas memujuk Kasih untuk berkerja dengan semula. Tetapi Kasih enggan kerana dia tak mahu dirinya menjadi sasaran amarah dan cacian En. Ikhlas. Segala maki hamun dari En. Ikhlas sebenarnya hanyalah ingin mencuri perhatian Kasih. Kecewa dengan sikap sahabatnya , Munirah sanggup merampas Naim dari kekasih hati Kasih yang terjalin dua tahun lamanya. Kasih terkejut bila dia dipinang oleh sahabat baik ibunya dikampung. Dia redha menerima pilihan orang tuanya. Sehari ke sehari perasaan sayang mula hadir pada Ikhlas tapi apakan daya dirinya telah dilamar . Tetapi dia tidak menyangka Orang yang melamarnya itu adalah Ikhlas sendiri. Sebenarnya Ikhlas sendiri tidak menduga bila umie melamar gadis pilihan umie adalah gadis idamannya. Ikhlas yang lebih dikenali dengan hati batu pada perempuan. Ramai yang mencuba nasib seperti Mira dan Munirah rakan baik Kasih menembusi tembok yang dibina oleh Ikhlas tapi tidak berjaya. Tanpa melengahkan waktu Kasih dan Ikhlas bersetuju nikah dahulu. Pernikahannya dirahsiakan dulu dari pengetahuan rakan pejabat. Dan di situlah pelbagai fitnah dan tomahan yang terpaksa mereka tempoh. Rahsia mereka terbongkar bila majlis resepsi  diadakan.

Sinopsis dari kulit Novel 

AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.


“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”
Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

Petikn-petikan yang menarik dari novel.
Kerana cacian dan makian itu .
"Semuanya salah! Semua tak betul! Saya bekum pernah jumoa pekerja sebebal awak ni. Awak ni pernah pergi kerja sekolah ke tidak?" marah Encik Ikhlas lagi. Aku menunduk. Malas hendak menentang wajah lelaki bajet bagus itu. Tiba- tiba saja terasa pedih. Besar benarkah kesalahanku sampai aku diperlakukan sebegini sekali? bukan sekali dua, bahkan sudah kerap kali. Setiap kali aku tersalah, tidak tergak-agak langsung En. Ikhlas memarahiku. Sedangkan rakan lain pernah juga membuat silap tapi tidaklah diherdik dan dimaki hamun seperti yang dilakukannya terhadapku. Benci benarkah Encik Ikhlas terhadapku? Tapi Nani lagi tak cantik, kenapa langsung tak marah? Memang dasar tidak adil. Pilih kasih!
"Selagi benda ni tak siap, awak jangan balik. Saya mahu semua laporan ni siap dan mesti ada dimeja saya pagi esok,"" arah Encik Ikhlas tanpa berbelas kasihan langsung terhadapku. Sekarang saja sudah hampir pukul lima petang. Pukul berapa pula aku hendak balik kalau terpaksa menyiapkan semua laporan? Pakai dan tidur di dalam ofislah jawabnya. Perlahan aku mengambil semua fail berwarna biru dan Encik Ikhlas terus beredar ke bilik pejabatnya. Diam-diam aku memeriksa semula semua data untuk mencari kesalahan yang dikatakan olh Encik Ikhlas sebentar tadi. Menari apa lagi yang tidak kena. Ya ampun, memang banyak yang salah. Padanlah lelaki tanpa perasaan itu menurun perangai jurulatih bola sepak yang kalah dalam perlawanan tadi. Tak menang, dia mnengking aku pula. Aduhai... sah-sah salah aku.
"Kau ni tahu buat kerja ke tidak Kasih? Takkan kerja macam ini pun kau tak boleh buat. Memalukan bahagian jualan sahaja." Munirah bercakap dari tempat duduknya. Pedih juga telinga mendengarnya tetapi aku sabarkan hati dan perasaan. Aku tidak mahu bergaduh, Karang elok-elok oleh balik, terus tak boleh balik. Ikutkn, Kalau nak ajak aku bergaduh, aku boleh aje. Jangan dipelawa.

Sejak kejadian itu , Kasih nekad untuk berhenti kerja .
"Hello, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat ? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke ?" Encik Ikhlas bertempik. Rasa nak tercabit gegendang telingaku mendengar suara lelaki itu.
"Syarikat tu pun bukan tok nenek encik punya!"  Aku menjawab. Apa yang aku nak takutkan lagi. Aku bukan lagi perkerja disyarikat itu.
"Apa? Saya tak dengar!"
"Encik pekak ke? Kalau encik pekak, saya cakap lagi sekali. Syarikat tu pun bukan syarikat tok nenek encik punya!" Aku menjerit sekuat hati. Puas hati aku, Beberapa saat, aku tak mendengar suara Encik Ikhlas lagi. Dah pecah agknyagegendang telinganya.
"Saya nak awak masuk pejabat sekarang juga!" jerit Encik Ikhlas pula. Kami berbals jerit rupa-rupanya.
"Okey. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini. Surat peletakan jawatan saya ada di meja HR. Apa-apa hal encik rujuk ke pejabat HR." Aku terus menutup telefon bimbitku. Aku terus mematikannya sebab aku percaya, Encik Ikhlas akan menghubungiku lagi. Selepas ini kalau timbul apa-apa masalah, aku akan menggunakan nombor telefon yang lain. Puas hatiku.

Berhenti kerja kerana ingin lari berjumpa lelaki yang tanpa perasaan. Rupa terjumpa dirumah tuannya.
"Encik?" Terkejut aku sebaik sahaja melihat Encik Ikhlas. Rasa menggeletat seluruh badanku. Mustahil aku bermimpi pada siang hari. JJelas-jelas lelaki yang duduk itu adalah Encik Ikhlas.
"Kasih?" soalnya. Sah, belum ada acara bermimpi. Orang di hadapanku ini memang Encik Ikhlas. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Kenapa aku harus bertemu dengan lelaki ini dalam keadaan begini? Ujian apa lagi yang harus aku hadapi? 
"Encik buat apa kat sini?" Dengan suara yang terketar-ketar aku bertanya.
"Eh! saya ang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa kasih ada dirumah saya ni?" Dia bangun dan menghampiriku. Aku berundur beberapa langkah. Dia juga seperti terperanjat.
"Rumah encik? Ini rumah encik?" Aku sudah berasa semacam. Rasa seperti ada batu besar yang sedang menghempap kepalaku. Takkanlah ini rumah dia! Banyak-banyak rumah di Malaysia ini, kenapa dia memilih rumah ini? karut!
"Yalah . Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!" Aduh! Aduh! AKu rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebalah. Rumah dia?? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Arghhhh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ini kecil sangat?
"Hah, yang Kasih ni muka macam babun tertelan Panadol apa hal pula?" soal Encik Ikhlas sambil melonggarkan iktan tali lehernya. Kemudian dia membuka butang lengan baju kemeja yang dipakainya yang dipakainya dan dilipat sampai ke siku. Aku berundur lagi beberapa tapak. 
"Saya kerja kat sini!" jawabku perlahan. Malu pun ada. Mana tak malunya, aku berkerja sebagai tukang membersihkan rumah dia.
"Kerja kat sini? Kasih yang berihkan rumah saya?"soal Encik Ikhlas lagi. Dia duduk semula. Kali ini dia menyilang pula kakinya ke atas meja sofa. Lagak pelakon samseng dari Venezuela yang kalah bertumbuk.
"Kasih berhenti kerja semata-mata nak kerja sebangai tukang bersih rumah saya?" Encik Ikhlas bertanya tapi aku tak memandang mukanya. Sakit hati. Tadi sikit saja rasa sakit hatinya, tapi sekarang sudah mebuak-buak. Dia seperti memerli aku saja. Aku langsung tak dapat berfikir. Sebabnya , cakaplah lagu mana pun, aku juga yang terkena nanti.
"Ke memang dah bersedia untuk jadi suri rumah tangga. Sebab itu kerja pun ada berkaitan rumah tangga?" Dia menyoal tanpa ada rasa bersalah langsung.

Masalah terus mengundang bila kekasih hati curang dengan sahabat sendiri.
"kau nak telefon dia?" soal pijot. Dia nampaknya terlebih marah . Aku mengeluarkan isyarat agar Pijot diam. 
"Assalammualaikum." Aku memberi salam dengan suara biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. 
"Walaikumsalam." Naim menjawab.
"Awak, kita jumpa nak?"
"Maaflah, orang sibuk ni. Ada kerja sikit tak siap lagi. Lain kali ya?" Dia terus menutup telefon bimbitnya. Aku mengintai sedikit. Nampak kedua-duanya sudah memasuki barisan untik membeli tiket. Cepat-cepat aku menarik tangan Pijot untuk beratur dibelakang mereka. Ada kerja konon. Kerja tahi kucing dia. Geramnya. Rasa nak pijak-pijak saja.
"Kan saya dah cakap, beritahu dia tentang hubungan kita. Kenapa awak degil sangat? Awak masih sayangkan dia?" Aku nampak Munirah lengan Naim. Berdesup perasaanku. Tegang segala urat sarafku. Bermakna perkara ini bukan belaku pada hari ni. Mungkin sudah lama berlaku diluar pengetahuanku? Jadinya , aku sudah ditipu hidup-hidup? Menang tak guna.
"Awak, saya tak sampai hati nak beritahu dia. Dah dua tahun kita orang couple. Tiba-tiba nak putus. mesti dia sedih. Saya tak tergamak nak tengok dia sedih." Si romeo menjawab dengan suara yang paling meluat untuk aku dengar.
"Habis , sampai bila awak nak rahsiakan hubungan kita?? kalau awak tak sampai hati biar saya yang beritahu dia." Si Juliet pula merengek manja. Aku sudah rasa hendak termuntah melihat gelagatnya.
"Tak payah!" sengaja aku menguatkan suaraku. kemudian aku mengayun penumbuk tepat ke hidung Naim sebaik sahaja dia memusingkan badan. Kemudian penumbuk bongsu aku ayun tepat ke hidung Munirah. Adil begitu. Dua-dua dapat. 
"Kit putus sekarang!" Menggelupur kedua-dua disitu. Masing-masing terkejut sambil memandang aku.
"Oh, ini kerja yang awak sibukkan selama ini?" soalku. Muka Naim nampak pucat tapi hidungnya sudah berdarah, begitu juga dengan Munirah. Dia memegang hidung ambil menunjuk wajah yang sama. Sangat pucat.
"Kalau ya pun nak cari perempuan lain, carilah yang patut-patut." Sebelum beredar, aku menghayunkan kepala Naim pada kepala Munirah. Baru puas hati aku. Ambil kau!

Persetujuan dibuat sebulat suara mereka dinikahkan segera.
"Saya ingat saya tak nak bertunang," kata Encik Ikhlas, menjawab soalan ayah. Hanpir terhempas gelas ditangan. Baru tadi aku memasang angan-angan. Baru tadi aku mengampunkan kesalahan dia. Baru aky tadi berfikir macam-macam . Kenapa kini mudah benar dia membuat keputusan?? Sebab aku tak cakap bersetuju, maka dia mengambil keutusan begitu Sampainya hati dia. Aku tak cakap pun yang aku tak setuju. Aku tak cakap pun tak nak berkahwin dengan dia.
"Ikhlas?" Membult mata Mak Cik Bie.
Aku duduk selepas meletakkan gelas dan pinggan berisi hirisan buah tembikai ke atas meja sofa. Perasaan aku memang sudah tidak memang tidak boleh duduk diam. Memang tak tentu arah jadinya. EncikIkhlas memandang aku selepas tu. Wajahnya kembali serius.
"Saya ingat tak payahlah bertunang, baik nikah terus. Majlis kenduri tu bila-bila pun boleh , yang penting kena nikah dulu." Aku sudah terkejut.
"Nikah gantung?" serentak itu, Mak cik Bie dan emak bertanya.
"Haah," jawab encik Ikhlas 
"Betul tu. Memang elok nikah terus. Abah memang setuju," kta Pak cik Alias. Masing -masing terangguk - angguk seprti mengiakan saja cadangan Encik Ikhlas yang diluar dugaanku. Sangkaku Encik Ikhlas hendak menyebut tk jadi. Memang aku berasa tk keruan. tapi sekarang peasaan itu berlebih - lebih lagi. Rasa serba salah pun ada.
"Alhamdulillah. Senang macam tu." Ayah menokok. Tapi kenapa sorang pun tidak bertayakan pendapatku? Sebanarnya Encik Ikhlas hendak bernikah dengan siapa?
"Kasih setuju tak?" Pak cik Alias akhirnya bertanya.Mujur dia bertanya. Kalau tidak aku memang merajuk. Yalah aku tak ditanya apa-apa sedangkan yang mahu dikenenkan dengan Encik Ikhlas tu bukan orang lain. Aku tunduk memandang lantai, Selepas tu perlahan aku mengangkat muka. Mula - mula aku menandang muka mak. Mak seperti menaruh harapan yang tinggi. Selepas tu aku memandang muaka ayah danterakhir muka Encik ikhlas. Dia merenung wajahku, seakan-akan menanti jawapan. Jaapan yang kurang pasti tapi aku rasa dia sedang berkira-kira hendak menempah kumpulan kompang yang mana. Tentang itu aku benar-benar pasti.
"Saya ikut mana yang bik." Sudahnya aku membberi juga pendapatku. Aku tidak mahu bertangguh lama. Buak saja aku yang berasa sesak nafas, malah rasa-rasanya orang lian juga sama.