" Ya AllahNoorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak ?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat. Noorul."
Novel pertama Suri Ryana cukup santai , Novel ini telah terpilih sebagai Pemenang ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012 . Novel setebal 753 muka surat menjadi pilihan review kali ini.
Novel M.A.I.D ini
mengisahkan seorang gadis bernama Noorul yang menganggur setelah kilang
tempat dia kerja ditutup. Noorul tidak berputus asa dan mencari kerja
dan interview dimerata tempat tapi masih juga tak dapat kerja. Akhirnya ,
Noorul minta kerja sebagai orang gaji melalui agensi pekerjaan.
Bermulalah episod Noorul sebagai orang gaji kepada anak Tan Sri yang
sangat cerewet sehingga Noorul mengelarnya Mr. F ( Mr. Fussy ). Mr. F ni
suka tinggalkan nota yang dilekatkan dimerata - rata rumahnya ( peti
sejuk , perabut , sinki dan sebagainya). Ini cara dia bagi arahan pada
Noorul. Noorul akan menalifon majikannya setiap jam 8 pagi untuk
memastikan dia tidak lambat masuk kerja. Mr. F ni tidak mesra alam ,
suka tengking- tengking dan suka potong gaji Noorul. Mr. F tidak seperti
adiknya Haikal yang lebih mesra .
Noorul memang terkenal dengan tak pandai memasak. Dia cuma tahu masak 3 benda ( masak nasi, masak air dan masak maggi ). Memang huru hara jadinya bila Mr. F menyuruh Noorul masak nasi beriyani untuknya. Dengan bantuan sahabatnya Iman Noorul dapat mengatasi masalah itu untuk sementara. Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Sebenarnya Mr. F ni sengaja berbuat begitu kerana takut jatuh cinta dengan Noorul. Mr F pernah kecewa sebelum ini. Dalam masa yang sama juga Noorul sudah jatuh cinta dengan majikannya yang handsome walaupun perangai cerewet yang sukar di ertikan. Ada orang yang berdendam dengan Noorul, lalu menfitnah Noorul sebagai perempuan simpanan Harris (Mr. F). Untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri, Puan Sri cakap pada orang yang Noorul ni isteri Harris , cuma majlis perkahwinan belum diadakan lagi. Noorul malu untuk berterus terang dengan Harris tentang perasaannya namun Harris mendesak agar Noorul memberitahunya . Di waktu itu Harris terkejut dan berasa lega bila mendapat tahu Harris adalah lelaki yang Noorul cinta.
Puan Sri ( mak mertua ) Noorul tak suka Noorul. Dia sibuk menginginkan Elisa menjadi menantunya. Harris tak suka dengan tidakan mamanya dengan mendesak untuk menceraikan Noorul. Pelbagai fitnah yang dilemparkan namun cinta Harris hanya pada Noorul.

ANUGERAH PILIHAN PEMBACA POPULAR BERITA HARIAN 2012 |
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.
Daripada
berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah
bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F
semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Petikan - petikan menarik dari Novel
Kerana sukar untuk mencari kerja Noorul mencuba nasib
"Susah
betul nak cari kerja. Susah-susah aku mintak kerja sebagai orang gaji
je lah.” Tak tahu dari mana datangnya idea untuk menjadi orang gaji. Ya
ampun Noorul, kau sedar tak yang engkau tu tak layak. Kemas rumah pun
malas. Masak? Lupakan sajalah. Aku mengejek diriku sendiri
"Orang
gaji? Itu pun silap-silap susah nak dapat. Mana taknya, semuanya telah
diisi dengan cewek-cewek dari Indon. Lainlah kalau engkau mencuba nasib
di agensi pekerjaan.” Kadang-kadang idea si Iman memang boleh dipakai.
Aku terus bergerak dan duduk di pinggir katilnya. Berminat betul aku
dengan idea si Iman ini.
"Iya
dong! Kenapa aku ngak pikir sebegitu ya? Kalau dari awal aku ke agensi
pekerjaan, kan senang! Makasih ya, Mbak Iman.” Iman hanya tersenyum
sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar aku berbicara dalam bahasa
Indonesia.
"Esok aku cuti. Bolehlah aku temankan kau ke agensi pekerjaan kat Permata Mall tu.”
Kata Iman sambil memandangku.
Iman
kemudiannya bingkas bangun menuju ke hadapan cermin sambil
menempek-nempek mukanya dengan krim berwarna putih yang tidak aku tahu
namanya itu. Kemudian dioles pula bahagian mata dengan krim yang lain.
Hari pertama berkerja sebagai pembantu rumah
Nota
pertama yang dilekatkan disingki itu, aku baca sebaik sahaja aku
melangkah ke dapur. Aku tak faham apakah maknanya smelly tetapi daripada
ayat itu, aku dapat mengagak yang maknanya mesti berkaitan dengan
kebersihan kut. Singki yang pernah dengan pingan mangkuk itu pasti akan
bersih dengan hasil sentuhanku sebentar lagi.
"Ada lagi?"
Suaraku
bergema di dalam rumah itu apabila aku terpandang nota berwarna bitu
tertampal kemas dipintu peti ais pula kali ini. Hari ini aku banyak
bercakap sendirian. Kalau orang lain lihat, mesti mereka ingat aku ni
gila agaknya.
Jangan tunggu sehingga keperluan dapur
habis, baru nak maklumkan kepada saya.
Beritahu awal-awal.
Inilah
bunyinya nota kedua yang kubaca pagi ini. Aku membuka peti sejuk dan
dapat aku lihat bermacam-macam benda di dalam peti sejuk besar ini. Aku
kemudiannya berjalan ke kebinet yang berwarna putih sambil menanggalkan
nota yang tertampal diatasnya.
Setelah pingggan mangkuk yang dibasuh
kering , haruslah disimpan di dalam kebinet ini.
Tiada
masalah. Kalau kerja membasuh dan mengemas aju sememangnya tiada
masalah, tetapi janganlah masak - mmasak. Aku tak pandai. Itu sahaja
nota yang aku jumpa didapur. Aku melangkah ke bahagian ruang tamu pula
di mana nota pertama di ruamng tamu tertampal kemas pada sebuah pasu
yang penuh dengan bunga- bunga kristal.
"Ada ke lelaki yang sukakan bunga? Macam mak aku pulak mamat ni." Sekali lagi aku bercakap sendirian.
Berhati-hati semasa membersihkan pasu dan
bunga-bunga ini ibarat awak sayangkan nyawa awak.
""Dia
ingat nyawa aku sama nilai dengan bunga kristal ni apa? Tak logik
langsung. Hish!" Kali ini suaraku sudah berbunyi seperti halilintar.
Boleh gila aku kalau terpaksa membaca nota-notanya setiap hari. Aku
lebih rela balik ke sekolah menghafal nota-nota subjek Geografi atau
sejarah yang membosankan itu. Sumpah! Diatas meja kaca berbentuk empat
segi yang terletak betul-betul dihadapan sofa juga ada kelibat sekeping
lagi nota biru. Aku menarik dengan ganas nota itu. Kali ini akan kubaca
dengan kuatnya apa yang Mr. F tulis sebab aku sudah betul-betul
tertekan.
Jangan tumpahkan apa-apa diatas karpet dan
sofa. Handle them with care, seperti awak
sayangkan nyawa awak.
Arghhhhh!
kenapa dia asyik membandingkan barang-barangnya dengan nyawa aku? Dia
ingat nayawa aku boleh dijual beli dengan duit? Melampau betul Mr. F ni.
Kehadiran Haikal mengejutkan Noorul dan Iman.
“You
siapa? Ini bukan rumah you kan?” Tanya Mr. Lee kepada lelaki yang hanya
tersenyum memandangku dari tadi. Ada krim kek ke kat muka aku?
Entahlah, aku pun tak pasti.
“Bukan..ni rumah Harris, abang saya.” Tenang lelaki yang masih berdiri di muka pintu itu menjawab pertanyaan Mr. Lee. Senyuman manis masih terukir di bibir.
“Oh..adik dia ka. Okay, Iman, Noorul, saya turun dulu ya. Thank you tau bagi saya ini kek dan pizza.” Kata Mr. Lee dan terus keluar. Aku dan Iman hanya mengangguk lemah.
“Jemputlah masuk encik.” Kataku kepada lelaki yang berdiri di hadapanku.
“Tak perlu berencik-encik. Panggil je Haikal atau kalau nak lagi mesra, Carl.” Ujar Haikal sambil ketawa kecil. Dia kemudiannya melangkah masuk dan terus duduk di atas sofa. Sekuntum senyuman diberikan kepadaku lagi. Pelik betul, yang si abang, sentiasa masam mukanya, yang si adik pula asyik tersenyum setiap masa.
“Kek hari jadi siapa ni?” Tanya Haikal dengan penuh minat. Iman yang dari tadi hanya diam terus bersuara.
“Sebenarnya, hari ni hari lahir Noorul. Jadi, saya datang bawak kek ni untuk sambut hari lahirnya yang ke-24.” Jawab Iman dengan jujur.
“Oh, 24 tahun..muda dua tahun dari sayalah ni. Awak pun 24 tahun ya?” Iman menganggukkan kepalanya.
“Encik, dia tak bersalah, saya yang salah. Noorul tidak tahu apa-apa pun..tolonglah jangan beritahu Mr. F. Mesti dia akan pecat kawan saya ni.” Tiba-tiba Iman merayu kepada Haikal. Aku yang sedikit cuak hanya memandang ke lantai.
“Mr F?” Haikal mengerutkan sedikit dahinya. Aku menjeling geram ke arah Iman.
“Eh, salah..salah..Mr. H..H untuk Harris” Iman berkata dengan agak gugup.
“Ye saya tahu, H untuk Harris..tetapi F pula untuk apa?” Tanya Haikal dengan penuh minat.
“Tak ade apa-apa encik..Iman tersalah sebut huruf je tadi.” Aku terus bersuara. Harap-haraplah lelaki ini percaya dengan alasanku.
“Okay, saya akan telefon abang Harris dan beritahu tentang party ni sekarang kalau korang tak nak cakap apa yang dimaksudkan dengan huruf F.” Ugut Haikal. Hish! Kejam betul!
“F untuk fussy” Jawabku perlahan. Tidak kuduga dengan tiba-tiba, ruang bawah penthouse ini menjadi riuh dengan gelak ketawa Haikal. Aku dan Iman tersenyum lega.
“Abang Harris memang cerewet sikit tapi dia baik tau.” Ujar Haikal sambil tersenyum. Tidak ada riak kurang senang di wajahnya. Aku terus meletakkan sepotong kek ke dalam piring dan kuberikan kepadanya.

“Awak buat apa kat sini?” Tanya Haikal kepadaku. Mataku melilau mencari kelibat Mr. F. Takut juga kalau terserempak dengannya nanti.
“Saya
makan malam dengan kawan tadi. Dah nak balik pun. Ermm..saya minta diri
dulu lah ye?” Kataku yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk
melangkah.
“Nak
balik dah ke? Jom lah sembang-sembang dulu. Come.” Ajak Haikal. Dia
kemudiannya berjalan ke arah sofa yang memang tersedia di lobi ini.
Dengan
rasa berat hati aku menuruti langkah Haikal. Lagipun, setelah memerhati
keadaan sekeliling, kelibat Mr. F sudah tidak lagi kelihatan di sini.
Jumlah orang ramai yang berpakaian cantik-cantik tadi juga sudah semakin
berkurangan. Mungkin mereka sudah naik ke atas agaknya.
“Awak buat apa kat sini, Haikal?” Tanyaku sebaik sahaja melabuhkan punggung.
“Di
sinilah tempat saya bekerja, tetapi saya datang malam ni untuk
menghadiri majlis pertunjukan fesyen busana muslimah yang dianjurkan
butik mama saya, Puan Sri Kirana.” Jawabnya.
“Oh,
begitu..” Baru aku teringat yang Iman pernah memberitahu tentang butik
Puan Sri Kirana. Khabarnya, ramai juga artis-artis yang menempah baju di
situ, terutamanya menjelang hari raya.
“Carl..what
are you doing here?” Suara seseorang yang selalu sangat kudengari
berkumandang di telinga. Bau minyak wangi yang sama kuhidu ketika di
pondok pengawal tempoh hari menerpa masuk ke dalam rongga hidung.
Alamak, takkan Mr. F kot?!
“Along!”
Haikal mendongak ke arah orang yang memanggil namanya itu. Ah, kan
betul tekaanku. Apa yang harus aku lakukan? Pilihan A, buat tak tahu je.
B, buat-buat pengsan atau C, lari!
“Ingatkan Carl kat Queen Ballroom tadi. Tak naik atas ke?” Tanya Mr. F kepada adiknya.
“Kejap
lagi kot. Along kenapa tak naik atas? Elisa mana?” Balas Haikal. Aku
hanya mendiamkan diri seperti patung dan menundukkan wajah.
“Along
tinggalkan kat atas. Rimas betul! By the way, may I know who is this?”
Pertanyaan dari Mr. F itu membuatkan aku sesak nafas. Oksigen! Oksigen!
Aku benar-benar perlukan lebih oksigen sekarang!
“Tak
kan along tak kenal? Along ni..” Haikal ketawa kecil dan memandang ke
arahku yang semakin gementar. Alamak, nampaknya memang aku tidak
bernasib baik malam ini.
“Tak
kot..” Jawab Mr. F yang melabuhkan punggung di sebelah Haikal. Aku
hanya tunduk kerana tidak mahu Mr. F perasan siapa diriku ini.
“Along
ni, pembantu rumah sendiri pun tak kenal!” Kata-kata yang terbit dari
mulut Haikal benar-benar membuatkan jantungku seperti hendak melompat
keluar dari badan.
“What?!” Mr. F menjerit kecil sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Haikal.
Debaran
di dada semakin bertambah terutama sekali apabila Mr. F sedang
mengamati wajahku yang pastinya kelihatan pucat lesi sekarang. Aku tahu
tiada gunanya untuk terus merahsiakan identitiku lagi. Pandangan
kuhalakan tepat ke wajah Mr. F.
“Wait..rasanya
kita pernah berjumpa sebelum ni, kan? Am I right?” Tanya Mr. F yang
kelihatan cuba untuk mengingat semula di mana kami pernah bertemu
sebelum ini. Aku hanya mendiamkan diri, seakan-akan mulutku telah
dikunci.
“Mestilah
pernah jumpa. Along ni, cepat sangatlah lupa. Ni pembantu rumah along.
Tak kan tak kenal kot?” Haikal bersuara lagi tetapi tidak dihiraukan
oleh Mr. F. Matanya tajam menikam wajahku.
“You?! Minah keropok lekor?!” Jeritnya sedikit terkejut.
Wajahnya
yang kacak itu sudah pun berubah dan sedikit merah, barangkali sedang
menahan marah. Ah, pastinya dia sudah ingat kembali insiden di mana aku
menumpahkan sos keropok lekor ke atas bajunya di pasar malam bayan baru
kira-kira dua bulan yang lepas. Mati aku! Aku hanya menundukkan wajah
memandang ke arah lantai. Terasa sudah tidak sanggup lagi untuk
berhadapan dengan Mr. F. Tanpa membuang masa, aku terus bangun dan
mempercepatkan langkah menuju ke pintu utama. Adakalanya aku berlari
kecil dengan kasut tumit tinggi di kaki. Aku nekad untuk keluar dari
sini.
“Noorul!”
Haikal memanggil namaku. Aku yang tidak menghiraukan jeritan Haikal
terus melangkah keluar dari ruang lobi. Semua ini tidak akan terjadi
sekiranya aku tidak mengikut Asyraf ke sini.
Aku
meluru masuk ke dalam sebuah teksi yang sudah pun tersedia di hadapan
bangunan hotel. Ah, beratnya terasa kepalaku apabila memikirkan tentang
kemungkinan aku akan dipecat. Aku hanya mahu pulang ke rumah sahaja
sekarang untuk berjumpa dengan Doktor Iman, doktor yang akan mengubat
hatiku yang lara.
Bila Identiti kini terbongkar Mr. F seperti mencari kesalahan Noorul. Seorang Pak cik sanggup mendengar luahan hatinya.
“Assalamualaikum.”
Aku yang terkejut cepat-cepat menoleh ke arah kananku. Seorang lelaki
yang segak berbaju batik merah bersama kunci kereta di tangan sedang
tersenyum ke arahku.
“Astaghfirullhalazim..”
Aku mengurut dada. Hish! Pakcik ni benar-benar membuatkanku terkejut.
Ingatkan si harimau tu yang datang tadi.
“Waalaikumussalam.” Kataku setelah rasa terkejut hilang dalam diri.
“Kenapa mata merah-merah ni?” Tanya pakcik yang mengambil tempat di hadapanku.
“Masuk habuk, pakcik.” Bohongku.
“Masuk habuk ke menangis?” Tanya lelaki dalam lingkungan umur 50-an itu.
“Pakcik tinggal kat sini ye?’ Aku cuba mengubah topik. Kurang selesa dengan kehadiran lelaki yang tidak kukenali ini.
“Tak.
Tengah tunggu tuan besar turun. Lambat betul. Kalau kita sampai lambat
mulalah nak bising.” Bebel pakcik yang berkulit putih ini. Mungkin
sedang menunggu majikannya kot.
“Macam
tu lah nasib pekerja bawahan macam kita ni pakcik. Selalu kita je yang
salah. Cakap pula tak fikir langsung tentang perasaan kita. Sedih
betul..” Aku dengan tidak sengaja meluahkan perasaan kepada pakcik di
hadapanku ini.
“Cik bekerja di sini?” Tanya pakcik itu.
“Saya
bekerja sebagai pembantu rumah kepada seorang insan paling cerewet dan
pelik kat atas muka bumi ni. Sebab tu lah banyak betul cabarannya. Muka
je kacak tetapi menyakitkan hati betul.” Kataku dengan geram. Pakcik di
hadapanku tersenyum mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutku.
“Okay
lah, pakcik. Saya naik dulu. Nanti diketahui si cerewet tu saya ke
sini, mengamuk pula dia. Terima kasih kerana sudi mendengar..reda sikit
perasaan geram ni.” Aku meminta diri. Nak layan perasaan pun, pakcik ini
pula ada di sini. Lagipun kalau Mr. F tahu aku keluar, pasti aku akan
dimarahinya nanti.
“Sabar
banyak-banyak dan berdoa kepada Allah supaya lelaki tu berubah, kurang
sedikit cerewetnya. Itulah yang paling afdhal.” Sempat lagi pakcik
tersebut memberikan pandangan dan nasihat. Betul juga kata lelaki yang
beraut wajah tenang ini.
“Terima kasih pakcik. Noorul naik dulu ye. Assalamualaikum” Kataku.
“Waalaikumussalam.” Aku
terus naik ke atas dan tergamam sebaik sahaja pintu dibuka. Mr. F
berada di hadapan mata dan sedang bercekak pinggang. Macam guru besar
yang hendak marahkan pelajarnya pula.
“Saya
tengok cat kat dinding luar tadi. Mana tahu kalau dah luntur, bolehlah
beritahu encik nanti.” Ujarku sambil tersengih ke arahnya.
Bila Haikal rapat dengan Noorul , Hariss mula menunjukkan rasa cemburunya.
“Sejak bila awak berpasangan dengan Haikal?”
“Oh..sejak pukul 8 malam tadi. Haikal yang minta saya temankan dia datang ke sini.” Ujarku.
“Berpasangan untuk malam ni saja?” Tanya majikanku ini lagi. Hai, sejak bila pula dia suka benar mengambil tahu tentangku? Takut agaknya kalau aku ni jadi adik iparnya. Maklumlah, aku kan cuma seorang pembantu rumah.
“Ye, encik.” Jawabku pendek.
“Bukan apa, saya tak suka pembantu rumah yang terjejas kualiti kerjanya disebabkan aktiviti peribadi.” Tegas kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Aku memandang ke arahnya. Hish, saja nak cari fasal denganku lah ni.
“Maksud encik?” Tanyaku.
“Ye lah, yang suka merayau sehingga lewat malam, lepas tu esok lambat datang kerja.” Aduh, dia ingat aku ni kutu rayau agaknya. Melampau betul insan yang diberi nama Mohd Harris di hadapanku ini. Baru saja aku nak layan jiwang tadi, dia naikkan pula api kemarahanku. Geram betul.
“Saya jarang keluar sehingga ke lewat malam. Ni pun, sebab Haikal yang minta tolong sangat saya temankannya ke sini..” Ujarku kepadanya. Aku melihat jam di pergelangan tangan. Baru pukul 9 malam. Apakah agaknya definisi lewat malam bagi si cerewet ni?
“Ala Along ni, sekarang kan baru pukul 9 malam. Lagipun lepas makan Carl akan terus hantarkan Noorul balik, promise.” Suara Haikal membuatkan aku dan Mr. F mendongak ke arahnya. Haikal tersenyum bersama dua pinggan yang penuh dengan makanan di tangan. Tidak selesa pula berada dengan adik dan abang ini membuatkanku terus bangun.
“Haikal, awak dah ambilkan makanan kan. Saya ambilkan minuman untuk kita okay? Encik, saya minta diri dulu.” Ujarku.
“Untuk Haikal je? Ambilkan saya jus oren. Remember, you are working with me, not Haikal!” Selamba sahaja ayat yang meluncur keluar dari mulutnya itu. Sejak bila pula aku dibayar untuk bekerja lebih masa sebagai pembantu rumahnya? Hish, hish, hish…kalau tidak mengenangkan kami berada di majlis orang, ingin sahaja aku berkata “tak nak!”. Tapi, beranikah aku? Aku hanya mengangguk mendengar arahannya itu.
“Thanks Noorul.” Jawab Haikal yang duduk di tempatku. Tengok tu, yang si abang, tidak ucap terima kasih pun. Geram betul.
“But Along, kan waktu kerja dah habis?” Haikal seperti tahu apa yang kurasakan saat ini bersuara.
“I don’t care.” Jawabnya dengan selamba sambil membelek telefon bimbit. Ke mana agaknya si Elisa sehinggakan majikanku ini asyik menempek di sini? Geram melihat lagaknya itu, aku terus berlalu. Langkah kuatur kemas menuju ke kawasan yang menempatkan makanan dan minuman. Memang luas sekali persekitaran rumah ini. Pasti harganya pun mahal, maklumlah letaknya pula di kawasan elit. Setelah mengambil dua gelas jus oren untuk Mr. F dan Haikal, aku kembali ke meja. Nantilah, sekejap lagi aku akan kembali untuk mengambil air untukku. Aku kemudiannya melangkah dan apabila mendekati meja, kelibat si cerewet itu sudah tidak kelihatan di sini. Alhamdulillah, nampaknya majikanku sudah tidak ada lagi di sini. Lesap bersama Elisa agaknya. Tidak perlulah aku mengambil segelas jus oren lagi.. Mataku tertumpu kepada makanan di dalam pinggan Haikal yang masih tidak terusik.
“Haikal, kenapa awak tak makan?” Tanyaku kepadanya yang sedang mencapai sudu.
“Saya tunggu awak.” Jawabnya sambil tersenyum manis.
“Oh, terima kasih ye..jom makan.” Ujarku sedikit terharu.

Haikal meluahkan perasaannya tapi ditolak cara baik oleh Noorul kerana hatinya menyayangi seseorang.
“Er..Haikal,
saya ada perkara nak beritahu awak..” Aku memberanikan diri untuk
berterus-terang. Roti di tangan kuletakkan di dalam piring.
“Awak dah ada jawapannya?” Soal Haikal dengan penuh minat. Tekaan lelaki ini memang tepat.
“Ye..Haikal, saya harap sangat awak boleh terima jawapan yang bakal saya berikan ni.” Ujarku.
“Saya sebenarnya tidak boleh terima awak..” Lega rasanya apabila ayat tersebut berjaya kututurkan di hadapan Haikal.
“But why?” Soal Haikal yang nampaknya sedikit terkejut dengan jawapanku itu.Dia kulihat memandang ke atas seketika. Sebelah tangannya pula meraup wajah dan sebelah lagi diletakkan di dalam poket seluar.
“Saya akui awak adalah seorang lelaki yang sangat baik, Haikal. Saya selesa apabila berada di sisi awak tetapi, perasaan tak boleh dipaksa. Saya sayangkan awak sebagai sahabat tetapi saya tak cintakan awak.”Ujarku dengan perlahan.
“Noorul, perasaan cinta tu boleh dipupuk. Saya janji saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya.” Balas Haikal dengan bersungguh-sungguh. Aku pula sudah menjadi sedikit terharu dengan kata-katanya itu tetapi masih tidak cukup untuk mewujudkan rasa cinta di hatiku terhadapnya.
“No Haikal. Saya tak nak berikan awak harapan palsu dan buang masa awak. Saya doakan awak bertemu dengan perempuan yang lebih baik daripada saya.” Kataku kepadanya. Haikal memandangku sambil menggelengkan kepala.
“Noorul, I love you so much..just so much..” Dapat kurasakan kekecewaan dalam nada suaranya ketika ini.
“Haikal, kita tetap boleh jadi kawan kan?”
“Hm..awak tolak saya sebab lelaki yang ada dalam hati awak tu kan? Ingat tak awak
pernah cakap dengan saya dulu yang awak single but not available sebab ada seseorang di dalam hati awak?” Soalannya membuatkanku menjadi kelu kerana lelaki di dalam hatiku adalah abangnya sendiri, Mr. F.
“Er..saya..”
“It’s okay, Noorul. Saya boleh terima kenyataan yang awak tolak cinta saya tapi awak juga harus terima kenyataan yang saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila.” Ujarnya. Aku pula mulalah terasa hendak menggaru kepala yang tak gatal.
“S..saya rasa awak tak patut buat macam tu.” Ujarku dengan ikhlas.
“Kenapa pula? Selagi awak belum berkahwin, tak salah kan kalau saya terus mencuba?” Sambungnya lagi. Alamak, kalau aku tak kahwin, maksudnya sampai bila-bila lah dia akan mencuba?
“Tapi, saya rasa..”
“Saya akan berikan awak peluang untuk mengenali saya dengan lebih rapat lagi. Mungkin, awak akan nampak nanti yang saya betul-betul ikhlas cintakan awak.” Ujarnya dengan penuh semangat.
Peluang? Ingin sahaja aku katakan padanya yang aku tidak memerlukan peluang itu tetapi aku tidak mahu menjadi terlalu kejam. Hanya senyuman tawar sahaja yang mampu terbit di bibir.
“Dah la, jom saya tolong awak bawa dulang ni ke meja makan. Along mesti dah nak turun tu.” Ujar Haikal apabila melihat tiada perkataaan yang keluar dari bibirku. Dia terus mencapai dulang dan membawa ke meja makan.

Tiba - tiba Papa dan mama Hariss datang membawa berita yang mengejutkan.
“Sekarang
papa nak tanya, hubungan kamu berdua ni hanya seorang majikan dan
pekerja sahajakah?” Soal Tan Sri Hamdan kepada Mr. F dengan perlahan
tetapi tegas.
“Ala abang! Nak tanya apa lagi! Dah terang lagikan bersuluh! Tunjukkan sahaja gambar tu kepada mereka!” Bentak Puan Sri Kirana yang menjeling tajam ke arahku. Sekarang baru aku tahu, dari mana Mr. F mewarisi suaranya yang seperti guruh ketika marahkan aku itu.
“S..s..saya..” Ujarku tergagap-gagap tetapi dipotong oleh wanita yang bergaun labuh warna merah itu.
“Saya apa? Oh, berani ya kau bersuara??!” Tempik Puan Sri. Ah, tak boleh jadi, aku harus juga terangkan keadaan sebenar.
“S..saya hanya pembantu rumah Encik Harris sahaja, Puan Sri.” Ujarku dengan gementar.
“Bila aku tengok muka kau ni betul-betul, baru aku perasan, kau ada semasa majlis di rumah Maizara tempohari?” Aku menelan liur mendengar soalan itu. Mr. F pula terus memandang ke arahku.
“Tengok abang! Betullah dia ni perempuan simpanan Harris. Ke mana Harris pergi, dia juga ada bersama!” Terketar-ketar lututku mendengar ayat yang keluar dari mulut wanita ini. Mata mulalah berair tetapi masih kutahan supaya tidak berlinangan di hadapan mereka tiga beranak. Mulut yang hendak menafikan segala-galanya pula terus kelu.
“Mama! Noorul bukan macam tu!” Tempik Mr. F pula. Wajahnya diraup lagi.
“Oh, tengok tu, belum apa-apa, dah pandai pertahankan perempuan ni..” Sindir Puan Sri Kirana lagi sambil menjegilkan matanya. Mr. F pula memicit-micit dahi.
“Nanti dulu Kirana. Sekarang, kita dengar dulu penjelasan daripada pihak mereka. Tidak adil kalau kita terus percaya bulat-bulat sebelah pihak sahaja.” Ujar Tan Sri Hamdan dengan nada tegas.
“Harris, duduk!” Arahnya lagi. Mr. F mengambil tempat di sebelahku dan hanya memandang ke bawah.
“Sekarang dah kecoh satu Pulau Pinang yang anak Tan Sri Hamdan dan Puan Sri Kirana simpan perempuan kat penthouse ni. Dalam internet pun ada berita tentang kamu berdua. Mana kami nak letak muka. Apa penjelasan kamu?” Soal Puan Sri Kirana kepada Mr. F. Aku yang terkejut terus memandang ke arah wanita itu. Biar betul! Astaghfirullahazim.
“Ala, mama! Mungkin musuh papa dalam bidang perniagaan yang buat cerita. Kita saman sahaja, habis cerita. Memang bukan benda betul pun!” Jawab Mr. F dengan tegas.
“Masalahnya, mereka ada bukti. Tengok ni! Saman tak akan menutup mulut orang.” Mataku dan Mr. F sama-sama melekat pada gambar yang bersaiz 5R di atas meja. Di dalam gambar itu, tanganku terletak kemas di dada Mr. F. Bila pula aku berani pegang-pegang majikanku ini? Astaghfirullahalazim. Baru aku teringat, gambar ini dirakam ketika aku hendak menepis air yang tertumpah pada baju Mr. F. Wajah kuraupkan berulang kali. Siapa agaknya yang mengambil gambar ini?!
“T..tapi Tan Sri, saya memang hanya seorang pembantu rumah sahaja. Tidak lebih daripada itu. Walaupun saya ni miskin, tetapi saya bukan perempuan murah yang menjual diri untuk mendapatkan duit.” Ujarku dengan bersungguh-sungguh sambil merenung ke dalam anak mata Tan Sri Hamdan.
“Mama, Noorul cuba mengesat air yang tertumpah di baju along je. Apa yang ada dalam gambar ni, bukan seperti yang mama fikirkan.” Ujar Mr. F pula kepada bondanya.
“Yang pastinya, kamu pernah berdua-duaan dalam penthouse ini. Walaupun Noorul hanyalah seorang pembantu rumah dan kamu tidak pernah melakukan apa-apa tetapi, kamu menimbulkan syak. Kamu berdua juga ada salahnya dalam hal ini.” Ujar Puan Sri Kirana.
“Kalau macam tu, kami akan pastikan kami tidak berdua-duaan lagi di dalam penthouse ni pada masa akan datang!” Ujar Mr. F dengan bersungguh-sungguh. Aku pula terus menganggukkan kepala. Aku sanggup berdiri di luar ketika majikanku pulang untuk makan tengahari nanti.
“Sudah terlambat!” Bentak wanita itu lagi.
“Perkara ini telah tersebar luas. Rakan perniagaan papa asyik bertanyakan hal ini sahaja semasa meeting semalam.” Celah Tan Sri Hamdan pula.
“Jadi, mama dah beritahu dengan semua orang yang kamu berdua sudah bernikah. Akad nikah dah buat dan majlis perkahwinan akan diadakan nanti.” Lancar sahaja ayat itu keluar daripada mulut Puan Sri Kirana.
“APA?! Mama, do you know what you are saying? No way, I am going to resign from my job and go back to London tomorrow.” Jerit Mr. F. Aku pula yang sudah membuat keputusan pantas bersuara.
“Saya pula rela letak jawatan sekarang, Puan Sri.” Ujarku. Sudah tidak kufikirkan lagi soal wang ketika ini.
“Kamu berdua jangan nak lari pula daripada masalah yang berpunca dari kamu ni! Jangan nak malukan muka kami. Sekarang semua orang tahu kamu adalah suami isteri. So, they are waiting for the invitation card untuk majlis resepsi dan persandingan nanti.” Bentak Puan Sri Kirana. Majlis resepsi? Aku bersanding dengan Mr F demi untuk menjaga reputasi keluarga mereka? Itu mungkin terjadi dalam cerita fantasi tetapi di dalam kehidupan realiti, mana mungkin! Tidak, aku tidak akan berkahwin dengan seseorang yang tidak langsung mencintaiku.
Duniaku kini tiba-tiba terasa gelap gelita. Mana mungkin aku berkahwin dengan Mr. F? Betul, aku cintakannya tetapi aku sangat pasti lelaki itu tidak ada perasaan untukku. Bagaimana dengan Elisa dan Nurina yang akan datang menuntut cinta mereka nanti? Pasti aku yang akan jadi mangsa di dalam kisah mereka.
“Tidak, Puan Sri, Tan Sri. Saya minta maaf tetapi saya tidak mahu memperjudikan nasib saya untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak langsung mencintai saya!” Ujarku dengan tegas dan terus berlari naik ke atas untuk mengambil beg sandang belakangku. Aku nekad untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Noorul, nanti dulu. Kita binc..” Kata-kata yang keluar dari mulut Tan Sri Hamdan yang berdiri di tepi tangga kupotong dengan pantas.
“Maafkan saya, Tan Sri tetapi saya benar-benar tidak boleh! Anak Tan Sri juga tidak boleh terima saya. Kami sama-sama tidak setuju dengan rancangan ini. Assalamualaikum.” Ujarku dan terus berlari keluar.