"Semakin jauh kau pergi, semakin tegar aku mendekatimu." - Zaim Khaalish
"Mulut menidakkan, tapi mengapa hatiku mula berbunga sayang..." - Nazrahani Idora
Dah lama tak
up-date blogs dengan review yang baru ... sibuk tengok cerita adaptasi
novel membuatkan leka membaca kritikan yang membina dan ada juga cemuhan
Selain itu juga tak kurangnya yang memuji melambung tinggi.... Novel
pilihan kali ini Kisah Naz dan Khaalish. Cetakan pertama di bulan
Febuari 2013 terbitan karyaseni menjadi pilihan saya kali ini. Saya
dapat komen rakan yang mengunjungi di blogs saya, dia mengakatakan
novel ini best sesangat. Bila baca memang betul best .... Cerita yang
santai dan tak berat ni memang pilihan saya sejak dari dulu. Saya nak
berkongsi cerita dan review dari saya.
Nazrahani Idora
lebih dikenali sebagai Dora dikalangan ahli keluarga dan Naz rakan
kolej. Pertunangan yang dirancang oleh bapa Naz dan mummy Klaalish
memberi impak yang besar dalam kehidupan Naz. Masing-masing mempunyai
kepentingannya tersendiri. Mummy Klaalish meminang untuk mengaburi mata
Ilsa, kekasih Khaalish. Mummy Puan Sri Fieda mahukan yang terbaik untuk
anaknya. Dato Nazari tak mahu melepaskan peluang dan berangan-angan
ingin berbesankan seorang jutawan. Sejak pertunangan itu mereka tidak
pernah bertemu antara satu sama lain. Tetapi selepas pertemuan di Bali ,
Khaalish jatuh cinta pada perempuan misteri yang dikenali sebagai Naz.
Khaalish tidak menyangka Naz adalah tunang 'teknikal'nya empat tahun
dulu Nazrahani Idora. Sejak itu Khaalish terus mengejarnya walau dimana
Naz berada. Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk
menjejak Naz. Kerana pertunangan itu , Naz membawa diri merantau serata
dunia untuk melupakan rasa kecewa. Klaalish tidak pernah putus asa
walaupun lamarannya ditolak beberapa kali. Dengan bantuan Reham sahabat
baik Naz sikit sebanyak Khaalish berubah dan mencari perhatian Naz.
Hingga Naz sendiri tak mampu menolak kerana kehadiran Khaalish juga
pengubat rasa sunyi dan rindu.
Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish.
Sinopsis dari kulit novel
Naz terpaksa berdepan dengan mummy Klaalish yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya. Sikap tegas Puan Sri Fieda membuatkan Naz hanya mengikut kehendak mummynya. Dengan bantuan Mummynya juga, Naz mampu menangkis kehadiran Ilsa yang masih menaruh harapan pada Klaalish.
Sinopsis dari kulit novel
PERTUNANGAN empat
tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani
Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan
lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula
tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya
hanyalah Ilsa.
Naz cuba melupakan
peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa
Allah temukan dia semula dengan lelaki itu?
Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.
"Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang amende? Empat tahun tak ambil
pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
"Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!”
Semenjak itu,
entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana
saja Naz berada, dia pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata
tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran Khaalish di sisi
selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…
Reham:
“Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar
kebahagiaan? Kalaupun gagal, sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan
boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang mengetuk di pintu
awak, tapi awak yang takut hendak buka.”Nazrahani
Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun
semula, bina keyakinan diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi
lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya cuba
sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu
bangun sekali lagi.”
Petikan - petikan menarik dalam novel
Disatu pertemuan
“Hai!” sapa Khaalish lembut.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.
Perempuan bertudung yang asyik memandang sungai di bawah gaung itu berpaling ke belakang apabila dia ditegur. Buat sesaat, matanya terbuntang sedikit.
“Awak datang balik!” tersembul di mulut perempuan muda itu.
“Oh, dia sedar aku keluar tadi. She's been watching me,” fikir Khaalish, semakin ingin tahu identiti perempuan di hadapannya.
“Excuse me, but have we met before?” tanya Khaalish perlahan.
Segera melebar senyuman perempuan itu, “Kenapa dia asyik tersenyum bagai bertemu kawan lama?” fikir Khaalish.
“Briefly,” pendek dan kriptik.
“Bila? Di mana?” Laju saja soal Khaalish.
Sambil tertawa kecil, perempuan itu menjawab, “Kalau awak tak ingat, maknanya tak penting. Kalau tak penting, tak payahlah ingat.”
Nampaknya dia tidak mahu beritahu. Ajak bersembanglah dulu, mana tahu boleh triggeringatan aku.
“Boleh saya duduk?” tanya Khaalish, berlagak oh-so-gentleman.
“Silalah,” jawab si gadis, senyuman lebar masih dibibir. Khaalish melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang sama.
“Cuti?” Siasatan sudah bermula, tapi jangan nampak obvious sangat, Khaalish mengingatkan dirinya.
“Lebih kurang,” masih tersenyum manis.
“Lebih kurang?” soalan memancing.
“Kami datang ke Ubud Writers Festival.”
“Oh, ya. Itu yang Ubud jadi sesak semacam. Awak penulis?
“Lebih kurang.”
Malas hendak menjadi burung tiung, Khaalish hanya menjungkitkan keningnya.
“Penulis picisan,” jawapan merendah diri. Jawapan Melayu tipikal!
“Tulis apa?”
“Novel cinta,” jawapannya diiringi tawa kecil. Comel!
“Interesting,” komen Khaalish.
“I agree!” sambut si gadis comel tersenyum manis.
“Apa yang interesting?”
“Novel cinta,” sudah terkekek-kekek ketawa, infectious.
“Awak tak nak tanya saya apa yang interesting?” Khaalish memancing lagi.
“Apa yang interesting?” giliran si gadis pula menjadi burung tiung.
Jeda ..........senyum seksi …........nada suara rendah bergetar, “You...”
Terbahak-bahak ketawa gadis itu! Hingga terdongak kepalanya ke belakang.
Hati meronta untuk terus mengenalinya.
Di lapangan terbang Ngurah Rai, selepas mereka mendaftar masuk, Khaalish mendekati Naz. Ini peluang terakhir, fikirnya.
“Saya nak minta nombor telefon awak, boleh?” sengaja dia bertanya dalam Bahasa Melayu supaya tidak difahami Reham dan Hamza.
Buat beberapa ketika, Naz merenung wajahnya kehairanan, “Nak buat apa?”
“Nak buat apa? Takkan tak clear lagi nak buat apa?!” getus Khaalish dalam hati.
“Nanti bila awak sampai ke Melbourne, saya nak telefon awak, nak pastikan awak okey.”
“Aik, sekarang baru nak check aku okey ke tak? Dulu masa aku betul-betul tak okey, ada dia kisah?” cemuh Naz dalam hati.
“Tak apalah, Encik Khaalish, saya ni dah biasa travelling. I will be okay. Mak bapa saya pun tak kisah saya nak ke mana-mana.”
Khaalish perasan suara Naz macam sedih bila dia sebut tentang mak bapanya.
“Saya takkan kacau awak. Saya cuma nak pastikan awak okey saja.”
Memang dia ni tak reti nak give up. Well, aku pun boleh jadi degil juga.
“Reham jaga saya, saya jaga dia. So, don't worry.”
Tak biasa dengan orang yang menolak permintaannya, lengan Naz dipegang kuat.
“Naz....... please!”
Tajam renungan mata Khaalsih, hati Naz pula yang berdenyut-denyut. Wah,
kalau dia merayu macam ini empat tahun dulu, dia suruh terjun gunung,
aku terjun, dia suruh terjun laut, aku terjun.
Masa tu jugalah Reham dan Hamza memberi tahu yang mereka hendak masuk
dahulu. Sempat Reham menjungkit-jungitkan keningnya nakal. Naz menjuling
mata ke atas. Mereka berdua memandang pasangan Arab itu melalui pintu
pelepasan.
“Saya rasa sudah sampai masanya saya bagi balik benda ni kepada awak,” kata Naz perlahan, tangan kanannya dihulurkan.
Khaalish yang terpinga-pinga, menadah tangan kanannya. Bagi apa?
Sebentuk cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian besar berbentuk
empat segi diletakkan di atas tapak tangan Khaalish. Tangannya
dirapatkan ke muka dan cincin mahal itu dibelek. Cincin bereka bentuk
eksklusif, tentu mahal!
“Selamat tinggal, Zaim Khaalish Kamaruzzaman.”
Kepala didongakkan. Terkejut dia mendengar Naz menyebut nama penuhnya.
Macam-macam soalan menerpa di kepala tetapi Naz sudah melangkah ke pintu
pelepasan. Khaalish hanya mampu memandang. Gadis misterinya itu
langsung tidak menoleh ke belakang.
Lenyap gadis itu dari pandangannya, baru dia bertanya kepada dirinya
sendiri, 'Dia tahu nama penuh aku? Ini cincin apa? Kenapa dia bagi kat
aku?'
Sepanjang penerbangannya pulang ke Kuala Lumpur, Zaim Khaalish tidak
putus-putus merenung cincin berlian yang bersinar-sinar menggoda. Makin
ditenung, makin dia teringat koleksi cincin-cincin Mummynya.
'Memang taste Mummy ni. Batu besar, design mewah. Nampak macam cincin kahwin atau cincin tunang,' fikirnya.
“cincin tunang? …...cincin tunang? No!! No!! It can't be!Takkanlah Naz....... can't be, can't be!”
“Ada orang kirimkan benda ini ke pejabat I sebelum I ke Bali,” dengan
tenang Khaalish membuka mulut dan meletakkan cincin berlian Naz di atas
meja.
Bercahaya mata Puan Sri Freida! “My, my, my, what a surprise! What a
wonderful surprise!” Cincin itu diambilnya dan dibelek-belek,
“Hanya yang terbaik untuk tunang anak kesayangan, walaupun tunang olok-olok!”
Berubah air muka Khaalish! Berdegup-degup jantungnya. Jadi, betullah
tekaannya di atas kapal terbang tadi! Naz, gadis misterinya, pernah
menjadi tunangnya empat tahun dulu. Tunang olok-olok!
Nasib baik gelodak jiwa Khaalish tidak disedari oleh ibunya yang ralit
membelek-belek cincin yang cantik itu sambil tertawa-tawa kecil.
Cepat-cepat Khaalish mengawal riak mukanya, yang paling selamat buat
muka selamba, namun kepala Khaalish masih ligat memikirkan tentang si
empunya cincin.
“Senanglah, nanti bila Khaal sudah ada calon, tak perlu pergi cari
cincin lagi,” memang senang sungguh cakap Puan Sri Freida. Khaalish diam
sahaja.
“Siapa yang hantar cincin ni ke pejabat you?” oh-oh hati-hati, Mummy sudah mulakan penyiasatan.
“Tak pasti, Mummy. Tahu-tahu sudah sampai di tangan setiausaha I.
Wrapped well in a box. Kata Dila yang hantar tu perempuan, tapi dia tak
kenal.”
“Dah periksa daftar nama delivery companies ke pejabat you?”
“Yang selalu-selalu tu saja.”
“Hmm, agaknya keluarganya yang pulangkan. Tapi kenapa? Cincin ni mahal harganya.”
“Dia dah kahwin agaknya,” Khaalish memancing.
“Hmm, could be....could be.... Mummy boleh call kawan baik Mummy untuk tanya. Tapi perluke? Hmm.....”
Khaalish hanya membiarkan ibunya berdialog sendiri.
“You know what, Khaal? Mummy nak call Datin Su,” akhirnya Puan Sri Freida membuat keputusan.
“Ida, pergi ambil fon saya. Atas meja makan,” arahnya kepada pembantu rumah.
Bila telefon sudah ada dalam tangan, segera dia mendial nombor telefon Datin Su, salah seorang kawan baiknya.
“Hello, Su. Dear, ingat tak anak Nazari yang pernah bertunang dengan my
Khaal? ...... I am just wondering... budak tu buat apa sekarang? Dah
kahwin ke? ….. tak.... tak.... saja teringin nak tahu......”
“Anak Nazari,” Khaalish mengumpul maklumat, “Naz Nazari?”
“Oh, dia pergi Amerika.....study..... oh..... dah habis belajar? …..tak
balik ke Malaysia? ….mmhmm …....mmhmm .....interesting! Well, thank you
for the info, dear! Taklah.... tak..... Ish, kalau Khaal nak bertunang,
tentulah I bagi tau you! Bye-bye, dear.”
“Budak tu tak ada di Malaysia. Dia pergi sambung belajar di Amerika.
Dalam empat tahun ni, sekali saja dia balik ke KL. Sekarang bekerja di
luar negara, belum berkahwin,” Puan Sri Freida memberitahu anaknya.
“Oh, ya?” balas Khaalish. Tiada maklumat baru! Kecuali maklumat yang Naz
hanya sekali balik ke Malaysia. Merajuk? Ini sudah ada dekat dengan
Malaysia, takkan dia tak singgah?
“Habis, siapa yang hantar cincin ini ke pejabat you? Agaknya, dia
kirimkan dengan kawannya tak? Anyway, Mummy rasa kita tak perlu fikir
tentang budak tu atau bapanya. Dia dah kaya-raya after your Daddy kasi
kontrak besar kat dia dulu.”
Kehadiran
Khaalish membuatkan Naz terus nekad untuk terus lari kerana terasa diri
dipersendakan, Khaalish terus mengejar dengan bantuan Reham
mempermudahkan pencariannya.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.
“Twenty Questions......? Dia ajak aku main Twenty Questions?!! Dia ingat aku ni budak kecilkah? Dua puluh soalan untuk mendapatkan Naz!” tergeleng-geleng kepala Khaalish memikirkan dirinya yang dipermainkan Reham.
“Whatever! I'll do whatever it takes to get her!” Khaalish memasang azam.
Setiap
hari, Khaalish hanya dibenarkan untuk menanyakan satu soalan,
jawapannya hanya ya atau tidak. Jika jawapan yang diterima adalah ya,
dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Dia hanya boleh menanyakan dua
puluh soalan sahaja. Jika dia tidak dapat meneka di mana Naz berada
dengan dua puluh soalan, habislah!
Maka
pagi selepas pertemuannya dengan Reham di terminal KLIA, dengan dada
yang berkobar-kobar, dia menghantar emel kepada Reham: “Thailand?”
Jenuh
dia menahan sabar sepanjang mesyuarat dengan bapa dan kakitangan yang
lain. Tamat sahaja mesyuarat, telefon pintarnya dicapai untuk melihat
samada Reham sudah membalas emelnya.
“Yes! Ada emel dari Reham!”
Peti emel dibuka dan ini balasan dari Reham: :(
Kecewa bukan main bos muda KZ Industries. Lalu nafasnya ditarik dalam-dalam.
“Are you okay, Khaal?” tanya si bapa, yang sedar sepanjang mesyuarat anaknya gelisah bagai kucing mahu beranak.
“Oh, fine, Daddy, I'm fine,” mukanya diriakkan tenang.
Hari kedua: “Phillipines?”
Reham: :(
Hari ketiga, “Vietnam?”
Reham: :(
“Dang! Sudah rugi tiga hari!! Si Reham ni memang seronok mainkan aku!” menyumpah-nyumpah Khaalish dibuatnya.
Jarinya laju menaip emel kepada Reham, “Clues, please?”
Selepas setengah jam, Reham membalas, “Ini soalan keempat, Encik Khaalish. Awak tinggal enam belas soalan sahaja lagi.”
Gedegang! Bunyi meja ditumbuk.
Terpinga-pinga kakitangan KZ Industries yang berada di bilik mesyuarat,
hairan kenapa bos marah. Kemudian semuanya menikus, mata melekap ke
dokumen di atas meja. Minggu ini mood bos bagai puting beliung.
“Naz dan kawannya sama sahaja! Cekap mendera perasaan orang!” gerutu Khaalish dalam hati.
Hari keempat: “Indonesia?”
Reham: :(
Kali ini jawapan dari Reham sebenarnya
melegakan hati Khaalish. Lega kerana dengan Indonesia yang sebegitu
besar, dia tidak pasti samada dia mampu meneka di bandar mana Reham
berada dengan lima belas soalan.
“Harap-haraplah dia berada di negara yang kecil,” doa Khaalish.
“Kecil? Hmmm...”
Hari kelima, “Singapore?”
Reham: :(
“Tak patut aku teka Singapura,” sesal Khaalish, “Naz rasanya akan pergi ke tempat yang eksotik, bukan moden dan maju.”
“Mana tempat yang eksotik di Asia Tenggara ini?” dia bertanya kepada diri sendiri.
Peta Asia Tenggara dibuka di komputer ribanya.
“Eksotik...hmmm..... Myanmar, Kambodia, Laos. Takkan Myanmar? Ada pergolakan politik di sana, takkan Naz hendak ke sana.”
Untuk memastikan hal ini, diselidik juga
keadaan pergolakan politik di Myanmar dan samada warga luar dibenarkan
untuk memasuki Myanmar.
“Rasanya bukan Myanmar, .... okey kita teka …... Kambodia.”
Sejam dua kemudian, jawapan Reham: :(
Kecewa tidak terkata Khaalish jadinya.
Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dirinya dipujuk, dia ada hanya dua belas
soalan lagi, negara pun belum dapat diteka lagi, apatah lagi nama
bandarnya!
“Tak boleh gagal. I. Must. Find. Her.”
Maka pada hari ketujuh, dengan ucapan kalimah “BismillahiRahmanirRahim” Khaalish membuat tekaan ke lapan:
“Laos.”
Jawapan Reham, yang tiba lima belas minit selepas itu: :)
Melihat balasan Reham, Khaalsih menarik nafas tajam,
“Yes! Yes! Finally! I am going to find her!” Jawapan
yang betul, maka dia boleh menanyakan satu lagi soalan. Khusyuk
Khaalish menelaah peta negara Laos, negara termiskin di Asia Tenggara.
Kehadiran Khaalish mengejutkan Naz, Mampukan Naz menepis cinta Khaalish
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”
“Awak tak terfikir untuk beritahu saya ke mana awak akan pergi.”
“Tak ada sebab saya perlu beritahu awak,” cepat sahaja Naz menyanggah.
“Iya? Awak dah lupakah, awak tu tunang saya,” Khaalish membuat kenyataan dengan wajah yang selamba.
Tersembur keluar salad dari mulut Naz, tersedak-sedak dia jadinya. Cepat-cepat dia minum air untuk menghilangkan perit tekaknya.
Reda perit tekaknya, dia terus menyerang, “You are unbelievable! Kita ni bertunangkah?”
“Cik
Nazrahani Idora, keluarga saya meminang awak, keluarga awak terima.
Sehingga kini, tiada pihak yang meminta pertunangan ini diputuskan,”
selamba sahaja jawapan Khaalish.
“Encik
Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek. Tunang kebenda? Empat tahun tak
ambil pusing, jumpa di Bali pun awak tak kenal saya, you dare say that
we are still engaged?” Haaa...kan dah habis bertabur strategi Naz untuk
buat-buat tidak endah dengan tunang olok-oloknya!
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!!” suara Naz sudah naik berganda-ganda oktafnya.
Matanya buntang, keningnya terangkat dan tangannya sudah ringan hendak mencekik jejaka yang masih cool di depannya.
“Banyak punya hensem muka dia! Bertunang 'secara teknikal' konon! Apa
dia ingat seronok sangat ke bertunang 'secara teknikal' ni?!”
Membebel-bebel Naz dalam hati, membara!
“Awak ni terbang beribu-ribu batu, hanya untuk menyakitkan hati saya? Tak buang tenaga, masa dan duitkah?” Naz menyerang!
“Saya datang untuk menjenguk tunang saya, nak pastikan dia selamat. Apa
pula buang tenaga, masa dan duit?” nada suara Khaalish masih tenang dan
terkawal.
“Zaim Khaalish, cut the crap,” dengan kesabaran yang sudah nipis, Naz
menggunakan bahasa kasar, “kita ni bukan tunang. Semasa mak awak
meminang, dia bukan ikhlas nak ambil saya sebagai menantunya. Saya ni
hanya decoy untuk jauhkan entah perempuan mana dari awak. Awak pula
bukannya sedar pun kewujudan saya! It was not a bona fide engagement.”
“Bona fide, tak bona fide. Kita orang Melayu, ikut adat kita, kita ni memang bertunang!”
Cewah main sebut-sebut adatlah pulak mamat ini! Macamlah selama ni dia hidup menjunjung adat sangat, cemuh Naz dalam hati.
“Okey, nanti saya telefon bapa saya untuk putuskan,” balas Naz sombong.
“Awak fikir bapa awak akan setuju?” kilas si jejaka.
Astaghafirullahil azim, mimpi buruk empat tahun lalu berulang semula?
Naz sedar bapanya takkan melepaskan peluang untuk berbesan dengan Tan
Sri Kamaruzzaman, jutawan tu!
“Encik Zaim Khaalish, awak ni kacak, kaya, etcetra, etcetra. Saya pasti
berlambak-lambak perempuan lain yang mahukan awak. Kenapa awak nak jadi
tunang kepada perempuan yang tak mahu jadi tunang awak? Tak logik,
tahu?” balas Naz, tidak mahu mengalah.
“Cik Nazrahani Idora, sejak bila cinta itu logik? Kalau cinta itu logik,
tak adalah Reham terbang ke Melbourne dan saya terbang ke Luang
Prabang,” jawab si Encik Zaim Khaalish dengan tenang.
kehadiran Ozgur mengundang rasa cemburu Khaalish.
“Betulkah ada lelaki dan perempuan yang BFF? Habis Thabo itu pun BFF awak jugakah?” suara Khaalish sedikit keras.
“Thabo?” buntang mata Naz jadinya, “Thabo Mokwena? Eh! Macam mana awak kenal dia?”
Wajah
Khaalish direnung dalam-dalam, menunggukan jawapan tapi mulut Khaalish
terkunci rapat. Si jejaka pula agak menyesal kerana terlanjur kata.
“Ini
mesti mulut si Ozzie ni! Eeeeee…..annoying gila mamat tu!” Naz terjerit
kecil dek kerana geram. Kalau Ozgur ada di hadapannya, mesti sudah kena
cekik!
Kali ini mulut Khaalish tidak dapat dikunci lagi, “Kalau annoying, buat apa kawan dengan dia, travel dengan dia?”
Terlopong mulut Naz mendengar ‘soalan’ Khaalish. “Wah! Sekarang ada dua
lelaki yang annoying yang harus aku hadap!” getus Naz dalam hati.
"Because he’s there! He’s always been there! Waktu susah, waktu senang,
Ozgur ada. Sentiasa bantu saya. Dengan dissertation saya. Dengan kerja
di Qatar tu. Kalau dia tak tolong carikan kerja, apa saya nak makan?”
balas Naz dengan suara yang perlahan, menahan sabar. Hatinya semakin
membara bila Khaalish mempertikaikan kawan-kawannya.
Giliran si jejaka pula hangat hati. Bagai disayat sembilu bila mendengar
jawapan Naz. Dia sedar yang selama empat tahun yang lalu, dia memang
tidak pernah ambil peduli tentang Naz. Apa kata Naz? Susah, senang,
Ozgur tu ada konon!
“Awak nak sekolahkan saya tentang kawan-kawan saya, apa selama ni
hubungan awak dengan perempuan-perempuan di KL tu suci sangatkah?” tak
tertahan geram Naz dengan tuduhan Khaalish.
“Naz, sejak kita berjumpa di Bali, saya tak pernah keluar dengan sesiapa
pun lagi,” dengan suara yang tegang Khaalish mempertahankan diri.
"Habis, awak nak saya putuskan persahabatan saya dengan Ozgur, dengan
Sky, Thabo, Jayden? Walhal persahabatan kami memang platonik!” bentak
Naz. Sah! Bicara hati ke hati memang sudah ke laut.
“Saya tak kata, jangan berkawan. Cuma yang
saya kata tak elok awak ke sana sini dengan mereka. Mereka bukan mahram
awak kan?” Khaalish tetap dengan pendiriannya.
“Okey, saya akan ikut nasihat awak, jangan keluar dengan lelaki yang
bukan mahram. Dan saya akan mulakan dengan awak. Selepas ini saya tidak
akan berjumpa dengan awak lagi sebab awak bukan mahram saya!” panjang
Naz berhujah, sama panjang dengan langkah kaki yang menghala ke arah
rumah sewanya.
“Naz….,”
keluh Khaalish, menyesal dengan diri sendiri sebenarnya. Jenuh
diingatkan diri supaya berbincang baik-baik dengan Naz tapi hilang juga
kesabarannya. Cemburu di hati 'yang membuak-buak, sudah tidak boleh
dikawal.
Perubahan itu disedari oleh mummy Khaalish.
“Khaal,” Puan Sri Freida membuka mulut.
Khaalish memanggung kepala, memandang ibunya.
“Mummy minta maaf pasal Idora,” walau pun susah, diucapkan juga.
“Bukan salah Mummy,” santai balasan Khaalish.
“Mummy terlalu keras dengan dia…”
“Mummy, dia pergi bukan kerana Mummy, tapi kerana Khaal,” anaknya berterus terang, kasihan ibunya yang berasa bersalah.
“Mummy dah takutkan dia…”
“Mummy, seriously, she has problems with me, not you,” balas Khaalish sambil menggenggam jari jemari ibunya.
“Susah Mummy nak percaya, anak Mummy ni perfect package, apa lagi yang
Idora nak?” timbul semula rasa tak puas hati Puan Sri Freida terhadap
Naz.
“Tak memenuhi spesifikasi, Mummy,” cubaan Khaalish untuk berjenaka namun hanya senyum tawar yang muncul di bibirnya.
Kepala Tan Sri Kamaruzzaman terteleng ke sebelah, isterinya pula menjungkitkan kening.
Sedar ibu bapanya mahukan penjelasan, Khaalish menyambung, “Dia nak
suami yang tak tinggal solat, suami yang tak ada girlfriends.”
Laju ibunya membalas, “You have not been out with anybody in ages. Dan sekarang Mummy tengok Khaal tak tinggal sembahyang.”
“I’m trying my best, Mummy,” pendek saja jawapan Khaalish.
“But does she know this?”
“Allah tahu, Mummy. And Allah knows best,” tenang Khaalish menjawab sambil menyuap makanan.
“Tak macam Ilsa dulu,” bisik hati si ibu.
Mummy
Khalish mahukan yang terbaik untuk anaknya. Walaupun Khaalish sudah
mendirikan rumahtangga. Ketegasan Mummy Khaalish membuatkan Naz selalu
kecut perut.
“Mana kunci kamu, Tuti?” tanya Naz, menguap lagi.
“Astaghafirullahilaziiiiiiim! Idora!! Macam nikah rupa awak di rumah?!!”
Tuti ni memang kaki menjeritlah, fikir Naz. Apalah yang dibebelnya pagi-pagi buta ni.
“Sh! Sh! Awak ni bisinglah Tuti! Bikin bingit telinga saja,” marah Naz sambil menenyeh-nenyeh mata.
“Siapa Tuti? Idora, ini mak mertua kamulah!” sergah Puan Sri Freida.
Naz
masih blurr, cuba mencerna apa yang berlaku. Bukan Tutikah yang tekan
loceng pintu depan? Mana pula datang Nyonya Mansoor ni?
“Nyonya buat apa di sini?” ahhh!! soalan paling bodoh dari mulut menantu.
Naz
masih terkebil-kebil. Puan Sri Freida sudah hilang sabar. Menantu yang
masih kebingungan ditolak ke tepi, dia melangkah masuk ke dalam pent
house anaknya
“Idoraaaa!! Nyonya mana pula ni? Ini Mummy, Mummylah!” suara Puan Sri Freida sudah nyaring.a.
“Khaalish! Zaim Khaalish! Where are you?!” jerit Puan Sri Freida.
Terjengul
Khaalish dari dapur, tangan kiri memegang pinggan berisi wafel panas,
tangan kanan memegang pisau mentega. Di badan pula hanya tersarung
sehelai boxer shorts!
“Zaim Khaalish!!! Astaghafirullah!” cepat-cepat Puan Sri Freida menutup matanya, “Put on some decent clothes! Your wife too!!”
Terkocoh-kocoh
Khaalish meletakkan pinggan dan pisau di atas kaunter kabinet.
Digawang-gawangnya tangan ke arah Naz, mengajak masuk ke dalam bilik.
Naz yang mula tersedar, menghayun langkah besar-besar ke arah pintu
bilik. Di dalam bilik, selepas pintu ditutup, Khaalish menolak Naz ke
bilik air.
“Mummy awak buat apa datang ke rumah kita pagi-pagi buta ni?” Naz berbisik.
“Sayang, pagi buta apa? Sudah pukul sembilan lebih,” balas Khaalish.
Sembilan
lebih tu pagi butalah bagi orang yang tidur pukul empat pagi. Khaalish
menarik kemeja T Naz ke atas, si isteri hanya menurut, kedua belah
tangannya diangkatkan ke atas. Pancuran air dibuka, suhu air diperiksa,
tubuh isteri ditolak ke bawah pancuran air. Sabun mandian dituang ke
atas span badan dan dihulurkan kepada isteri.
“Awak tak mandi?” tanya isteri yang kalut menyabun badan.
“Saya dah mandi di gim.”
“Kalau dah mandi di gim, kenapa pakai boxer saja?” hairan!
“Untuk selamatkan awaklah,” jawab Khaalish kriptik.
“Ha?!” semakin hairan Naz.
Pancuran air ditutup, berus gigi yang sudah ditaruh ubat gigi dihulurkan kepada isteri.
“Cepat sayang. Nah! Berus gigi.”
Gigi diberus, mulut bercakap, “Makha khokha chaya? Chaya khuak ghee cho phukha!”
“Apa Sayang?” tanya si suami prihatin.
Mulut dikumur bersih, “Saya tanya….mana tuala saya? Buat free show pula!”
Ketawa besar Khaalish. Tuala diambil, dibalut ke badan isteri yang kemudiannya dirangkul, “Isn’t it a bit too late for that?”
Cup! Ciuman hinggap di hidung isteri yang comel.
Selepas berpakaian, Naz dan Khaalish ke dapur. Puan Sri Freida sudah menunggu di meja makan. Wajahnya masam mencuka.
“Duduklah. Mummy dah buatkan kopi,” bibirnya dimuncungkan ke tengah meja.
Ada sebuah teko berisi kopi panas, tiga biji koleh, sepinggan wafel, mentega, dan jem.
Mak mertua sudah buatkan kopi, si menantu yang baru sedarkan diri cepat-cepat menuangkannya ke dalam koleh.
“Jemput minum, Puan Sri,” dengan keadaan malu besar begitu, tak sanggup Naz hendak memanggil wanita anggun bergaya itu Mummy.
Khaalish
dengan selamba badak menghirup sedikit kopi panas. Kemudian dicapainya
sekeping wafel, disapukan dengan mentega dan jem, disuapkan ke mulut.
Lambat-lambat dia mengunyah wafel.
Ya Rabbi! Boleh dia buat selamba badak laki aku ni, dengus Naz dalam hati. Dia tak rasa malu langsungkah?
“Itu!”
kata Puan Sri Freida, kali ini bibirnya dimuncungkan ke arah baju dan
seluar Khaalish yang bertaburan di atas lantai dapur. Tak sanggup dia
hendak mengutip baju dan seluar anaknya yang bertaburan di lantai.
Kenapa sampai bertaburan di lantai dapur? Let’s not even go there!
Kelam
kabut Naz mengutip baju dan seluar suami, dimasukkan ke dalam bakul
kain basuhan di bilik dobi di sebelah dapur. Astaghafirullahilazim!
Apalah yang mak mertua aku fikirkan sekarang! Muka Naz merah berbahang.
Malu! Malu besar!
“Mummy tak tahu nak kata apa,” akhirnya Puan Sri Freida membuka mulut.
“Tak perlu kata apa-apa, Mummy. We are still in our honeymoon phase,” selamba Khaalish menjawab, mukanya kering sahaja.
Naz
pula malu tak tahu mana hendak diletakkan muka. Kalaulah ada mesin
pemadam ingatan macam dalam filem “Men in Black” tu, mahu dia gunakan ke
atas mak mertuanya.
“Kok ye pun honeymoon phase…..!” setakat itu sahaja yang mampu Puan Sri Frieda komen, kepalanya digeleng-gelengkan.
“Mummy, kami ni dah sah. Dah nikah,” balas Khaalish dengan suara mendatar.
Dengan anak tidak berkesan, Puan Sri Freida mengalihkan tumpuannya kepada si menantu pula.
“Kamu pula, Idora. Tak adakah baju yang elok yang boleh dipakai?”
“Mummy, during the honeymoon phase, less is best,” boleh Khaalish jawab begitu!
Naz rasa macam nak ketuk-ketuk kepala sang suami. Ish, tak boleh jadi ni, lagi banyak cakap, lagi malu dia jadinya. Tukar topik! Tukar topik!