Novel Lafazkan Kalimah Cintamu


NOVEL LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu , berkali ku beri alasan berkali - kali kau menolaknya, 
kau inginkan menyalakan diri ini bagai lilin dan terbakar oleh perbuatanmu.....


Kita dah sedia maklum karya Siti Rosmizah penuh dengan air mata. Pada saya karya Siti Rosmizah banyak menyentuh tentang kekeluargaan dan kasih sayang. Satu lagi sentuhannya yang mampu mengalirkan air mata pembacanya. Lafazkan Kalimah Cintamu novel setebal 810 muka surat ini mempunyai kelebihan tersendiri. Perasaan marah , geram dan sedih turut bergabung dalam diri sesiapa yang membacanya . Jom kita review novel ini.

Mengisahkan Tengku Aqilah, Lahirnya didunia ini tidak diterima . Ini kerana papanya beranggapan kehadirannya punca penyakit isterinya tak dapat diselamatkan. Sejak itu hidupnya dibuang oleh papa dan kakaknya sendiri. Keperitan hidupnya bertambah bila mamanya disahkan meninggal dunia. Tengku Aqilah terus dibuang jauh dan papanya tidak pernah menganggap dia sebagai anak. 13 tahun di tanah asing Tengku Aqilah pulang ke pangkuan keluarganya. Berkerja sebagai penyambut tetamu merangkap Tea lady di syarikat papanya adalah angkara kakaknya yang dengki dengan adiknya. Tengku Ryan Ameer kekasih hati Tengku Natasya selalu mencari punca pergaduhan dengan Tengku Aqilah. Tengku Hashim kesian akan nasib Tengku Aqilah dia telah mewasiatkan semua saham syarikat sebanyak 60% pada Tengku Aqilah . Jika Tengku Ryan  Ameer menginginkan 40% saham syarikat , Tengku Ryan Ameer perlu berkahwin dengan Tengku Aqilah. Hidup bersama hampir 6 bulan tidak mempunya apa- apa erti hingga Tengku Natasha menunjukkan belangnya. Tengku Natasha membiarkan papanya sakit demi bercuti keluar negara bersama kawan-kawannya. Tengku Ryan Ameer kian kusut melayan kerenah kekasih hatinya. Dalam masa yang sama Tengku Aqilah mengambil peluang untuk menjaga papanya yang sakit. Jauh disudut hati Tengku Ryan Ameer perasaan sayang hadir entah bila pada isterinya. Dengan rasa syukur Tengku aqilah telah diterima sebagai anak oleh papanya Tengku Hisyam. Cemburu dan irihati tengku Natasha pada adiknya tak pernah pudar malah bertambah. Setelah papanya mengiktiraf Tengku Aqilah sebagai anak dan Tengku Ryan Ameer mula jatuh cinta pada adiknya, Tengku Natasha semakin bengang. Menghancurkan rumah tangga adiknya adalah matlamatnya. Hubungan Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer kian renggang angkara salah faham.  Nasibnya sama seperti arwah mamanya , Tengku Aqilah disahkan mengidap kanser payudara ketika mengandung.Ini semua selepas menjalani ujian darah kerana Tengku Aqilah selalu pening dan lemah sejak kebelakangan ini. Dia tak mahu suaminya tahu hai ini. Tengku Aqilah menjauhkan diri dan menyembunyikan diri dari pengetahuan suaminya. Tengku Ryan Ameer hilang separuh nyawanya bila isteri yang disayangi hilang entah kemana. Cukup menderita merindui Tengku Aqilah. Dengan kekuatan dan sokongan kakak dan papanya Tengku Aqilah meneruskan kehidupannya menangguung derita seperti arwah mamanya dulu. Rahsia yang disimpan terbongkar juga bila Tengku Aqilah tenat di majlis pernikahan kakaknya dengan Azrul. Rindu yang ditanggung terlerai dan Tangku Ryan Ameer terkejut , isterinya menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. 


Sinopsis dari kulit novel

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?



Petikan-petikan yang menarik dari novel ini 
Kehadirannya dianggap punca .
"Abang tak setuju dengan tindakan Reena, dalam keadaan darurat sekarang anak itu tak penting! Cuba Reena fikir secara rasinal, apa makna anak itu lahir ke dunia ini sedangkan abang akan kehilangan Reeena? Abang tak nak menggadaikan nyawa sayang hanya untuk mendapatkan zuriat... Lagipun sayang, ini bukan zuriat pertama kita... kita dah ada Tasha. Kehadiran Tasha dah melengkapkan rumah tangga kit. Abang tak perlkan zuriat lagi. Kalau perlu gugurkan saja kandungan itu!" arah Tengku Hisham dengan tegas. Namun kata- kata Tengku Hisham bagaikan petir yang menyambar hati Azreena ingga terbakar hangus. Lama wajah suamunya dipandang tanpa berkelip. Kejamnya lelaki ini Tidakkah dia tahu, setiap helaan nafasku adalah helaan nafas bayiku? Denyutan nadiku adalah denyutan bayiku Aku dan bayi ini telah bersatu, matinya dia maka matilah aku. Melihat isterinya yang bagaikan terkaku itu Tengku Hisham terus menghampirinya, tangan isterinya diraih.
"Reena, abang tak berniat nak melukakan hati sayang tapi abang terlalu sayangkan Reena. Sayang setuju dengan abangkan? Kita gugurkan..." Belum sempat Tengku Hisham menghabiskan ayatnya, Azreena terus memekik, "Tidak! Tidak! Jangan sama sekali abang ulangi kata-kata itu lagi! Walau apa terjadi, Reena tak akan gugurkannya. Tak akan.... mungkin pada abang dia tak penting tapi pada Reena ini adalah nyawa Reena... mati dia maka matilah Reena!" Tegas kedengaran kata - kata yang diucpkan oleh Azreena dengan tangan kanannya melekap di perutnya yang nampak edikit membukit sebelum dia berlalu pergi. 

10 tahun kemudian , Azreena menghembus nafasnya terakhir ,Tengku Aqilah terus dibuang . Dia sekadar mampu menumpang kasih keluarga orang gajinya.
"Selimut ini begitu bermakna pada diri aku. Setiap kali aku memeluknya aku merasakan bagai aku memeluk mama. Masih jelas ingatan, bagaimana aku bagai oran kebingungan Fina, aku resah melihat hujan yang turun lebat selapas mama dikebumikan. Apatah lagi waktu tu hari semakin malam, aku tak dapat mengawal diri aku, aku terus ambil elimut, berlari keluar tanpa ada rasa takut walau aekelumit pun. Hakikatnya sebelum ni macam-macamlah spesies hantu yang Mak Kiah ceritakan pada aku dengan Farhana. Kau tahu kan Farhana tu anak Mak Kiah?" Shafinaz yang menjadi pendengar sedari tadi terus mengangguk.
"Aku tahu, kau kan selalu ceritakan pada aku pasal kawan baik kau tu," jelas Shafinaz.
"Kau pun kawan baik aku jugak," sampuk Tengku Aqilah, sempat pula mereka berblas senyuman. Tengku Aqilah membetul-betulkan anak rambutnya yang mula menutupi matanya.
"Itulah macam yang aku cakapkan tadi Fina, hilang segala perasaan takut tu, yang aku tahu aku perlu pergi ke kubur mama. Aku nak selimutkan kubur mama, aku tak nak mama sejuk. Masa mama ada dulu aku selalu selimutkan mama. Entahlah FIna, aku un tak tahu apa yang aku dah buat masa tu. Jiwa aku terlalu kosong." Jelas kedenganran sendu pada suara Tengku Aqilah. Matanya mula berkaca-kaca. Shafinaz turut terharu mendengarnya.
"Inilah selimutnya Fina. Inilah selimutnya..." selimut ditngan diramas-ramas lebut. Shafinaz hanya mengangguk. Bibirnya diketap bagai menahan sebak yag bertandnag.
"Akibat perbuatan aku itu, aku dibuang jauh oleh pak engku dari hidupnya. Pak engku kata perangaiaku dah melampau dab aku akan menyusahkan dirinya kelak. Jadiaku dihantar ke seklah berasrama, bila cuti penggal, aku dihantar ke rumah ibu Mak Kiah. Jadi setiap kali cuti sekolah, aku habiskan masa dirumah Nenek Jah. keluarga aku berpindah ke kuala lumpur dan Mak Kiah sekeluarga pun ikut sama. Aku tak pernah pergi kesana dan aku tau Pak engku tak pernah akan menerima kehadiran aku disana tapi aku bahagia alaupun aku berjauhan dari keluargadari papa aku sendiri, tapu aku sentiasa dekat dngan mama. Nenek Jah selalu bawak aku menziarah kuburarwah mama hinggalah aku akhirnya dihantar ke bumi Inggeris ini." Panjang lebar Tengku Aqilah menceritakan kisah hidupnya pada sahabat baiknya itu.

Kepulangannya tidak disenangi oleh kakaknya , Tengku Natasya. Penyambut tetamu merangkap Tea Lady yang mampu dijawat disyarikat papanya. Tetapi disitu dia tertemu Tengku Ryan Ameer yang selalu mencari punca pergaduhan.
 "Hei Qila, apa yang kau dah buat ni Hei,,, kuatnya bau Ridsect! Kau dah buat apa ha!" herdik Tengku Natasya dengan wajah yang bengis. Tengku Aqilah terus mengangkat bahunya . "Tak ada apa... Qila tengah mengemas bawah meja , banyak nyamuk. Mana nak tahu waktu lunch macam ni ada orang nak lalu sini." Tangan Tengku Aqilah tidak henti - henti menggaru sana sini seperti gaya orang yang baru digigit nyamuk. Tengku Ryan Ameer sudah tidak berkelip memandang Tengku Aqilah, benci sungguh dia melihat wajah itu. Perempuan itu sememangnya seteru dia nombor satu!
"Dahlah, jom kita pergi makan kalau layan dia ni sampai esok tak selesai.... menyakitkan hati je," ujar Azrul Botak yang menjadi pemerhati edari tadi dengan berlagaknya. Macam bagus aje Si botak ni, ejek Tengku Aqilah di dalam hati.
"Rul , Tasha kita balik rumah I kejap, nak salain seluar. Suah kalau ada orang gila dalam ofis ni," rengus Tengku Ryan Ameer dengan wajah yang mencuka. Tengku Natasha terus mengangguk tanda setuju namun dipertengahna jalan Tengku Ryan Ameer berpatah balik mendapatkan Tengku Aqilah.
"Petang ni aku ada meeting, so aku nak kau sediakan sepuluh jenis air sejukm sepuluh jenis air panas dan sepuluh jenis air buah pelbagai rasa okey? Tepat pukul 2 semua air tu mesti ada di meeting room." Dengan wajah yang serius engku Ryan Ameer meninggalkan meja penyambut tetamu itu.

Kerana Amanah itu Tengku Aqilah dijodohkan dengan Tengku Ryan Ameer kekasih Tengku Natasya.
"Permintaan arwah Pak Su. Hajat arwah Qila, hajat arwah yang hndak melihat Qila dan Ryan disatukan..." Tengku Aqilah seperti hendak menuturkan sesuatu namun ayat yang hendak terkeluar buat pertamakalinya terbabtut disitu bila tangan Tengku Hisyam memberi isyarat supaya Tengku Aqilah mendengar terlebih dahulu.
"Qila harus tahu , syer 40 peratus itu hanya alasan untuk menyampaikan hajat arwah saja, sanggup ke Qila biarkan hajat arwah tak tertunai? Pak Engku yakin arwah hendak sanagt menjadikan Qila sebagai mennatu dia." Begitu beria-ria Tengku Hisham memujuk anak bongsunya. Tengku Aqilah sudah memicit-micit kepalanya yang bakal diserang migrain selama sebulan nampaknya nanti. 
"Tapi Pak Engku, macam mana dengan Kak Tashabuka ke dia..." Belum sempat Tengku Aqilah menyelesaikan ayatnya, Tengku Hisham terus memotong. 
"Sebenarnya sebelum Pak Engku bincang perkara ini dengan Qila, Pak Engky dah bincang dengan Tasha dulu, dia sanggup buat pengorbanan demi menyempurnakan hajat arwah Pak Su. Kata Tasha hanya dengan cara itu dia dapat menunjukkan kasih sayangnya pada arwah Pak Su." Tengku Aqilah sudah menggeleng, bukannya kerana tersentuh mendengar pengorbanan kakaknya tetapi terlampau apa sahaja demi memenuhi kehendak anak kesayangannya. Serasa selepas ini, dia perlu segera menelan pil chi-kit Teck Aun, gara-gara perutnya yang pasti akan memulas teruk bahana perangai kaka sengalnnya yang mempunyai degree kejahatan gred A+ itu. Tengku Aqilah tersenyum hambar memandang papanya, yang telah memperlihatkan satu lakonan yang begitu hebat mengalahkan Datuk Jalaluddin Hasan pula. Tengku Hisham tidak pula membalas senyuman itu. cuma wajahnya masih dimaniskan.
"Pak Engku tahu kan, Ku Ryan tak cintakan Qila? Dia hanya cintakan Kak Tasha. Lagipun jika kita semua setuju , Qila yakin Ku Ryan tak akan setuju."
"Siapa kata saya tak setuju? Demi arwah papa saya tak ada masalah jika dikahwinkan dengan sesiapa saja, termasuk awak Qila," sampuk Tengku Ryan Ameer dari muka pintu.

Perkahwinan hampir menjangkau 6 bulan , Tengku Hisham masih tidak mahu menerima dirinya sebagai anak. Tengku Aqilah menghilangkan diri mencari ketenangan. Rasa simpati melihat papanya sakit terlantar..... Tengku Ryan sakit hati kerana Tengku Natasha sanggup meninggalkan orang tuanya sakit demi bersuka ria bersama kawan-kawan.
"Opps... sorry..." ujarnya pantas. Sebaik mengangkat muka , darahnya berderau tiba-tiba. Tengku Ryan Ameer sudah memandangnya tanpa berkelip. Tengku Aqilah sudah mengangkat kedua-dua belah bahunya.
"Sebenarnya saya ada kat sini pun secara kebetulan." Tengku Ryan Ameer Sudah menjingketkan keningnya sambil kepalanya dianggukkan.
"Oh... kebetulan. Jadi awak pun sebenarnya tak berniat langsunglah menjenguk ataupun nak ambil tahu pasal papa awak? Yalahkan dah namanya adik-beradik, satu darah, jadi perangai pun sama/." Berdesing telinga Tengki Aqilah mendengar sindiran sinis dari suaminya itu. Ya buat masa ini masih lagi menjadi suaminya. Tengku Aqilah sudah memnadang wajah Tengku Ryan Ameer.
"Apa sebenarnya yang awak nak cakapkan ni? Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba aje nak sindir orang, apa hal?" gerutu Tengku Aqilah bengang.
"Saya bukan menyindir tapi kenyataan. Awak tahu taj hari ni hidup saya dah cukup huru hara dibuat dek kakak awak. Saya terpaksa cancel meeting saya, saya terus ke KLIA cari dia tapi dia dah terbang ke Paris dengan penuh suka rianya dan  sekarang awak tiba-tiba muncul dirumah ni, untuk apa? Nak tunjuk baik jaga papa? Hei, awak ingat saya nak percaya ke ? kalau Si Tasha tu yang begitu sayangkan papanya, sanggup buat macam ni, apatah lagi awak. Yalahkan papa tak pernah jaga awak, awak pun tak rapat dengan dia. Tiba-tiba masa saya sampai tadi Kak Bong kata berapa bagusnya awak, sanggup bersihkan papa, cuci najis dia. Dah-dahlah tu berlakon Qila, awak jangan bagi lagi dia harapan pada papa awak. Cukuplah Natasha mengecewakan dia, saya tak nak pulak nanti awak mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam pada dia. Kalau awak rasa awak perlu pergi dari rumah ni pergilah. Saya boleh jaga papa." Panjang lebar Tengku Ryan Ameer meluahkan perasaannya. Tengku Aqilah sudah mengangguk.
"Saya sedar tempat saya bukan di sini, saya tak layak. Memang betul kata awak, saya tak terfikir pun nak jaga Pak Engku pada mulanya. Saya datang tadi pun sebab nak jumpa Kka Bong., kebetulan masa tu Kak Bong minta tolong saya untuk menguruskan Pak Engku jadi saya buatlah. So awak anggaplah yang saya menolong kerana Kak Bong bukan kerana kerelaan hati sendiri. Baguslah kalau awak dah tahu siapa saya . Orang macam saya ni memang tak layak nak dapatkan kasih sayang sesiapa pun, sebab itulah papa sendiri pun tak sudi nak memberikan walau sebesar hama pun kasih dia pada saya. Muka saya pun dia jijik nak tengok. Awak pun tak sanggup nak tengok muka saya kan? Kesian awak macam manalah awak tanggung setiap hari tengok pada kad nikah tu, nama saya , muka saya. Saya simpati betullah dengan awak." Lembut Tengku Aqilah membalas kata-kata suaminya itu, walau hakikatnya setiap patah perkataan yang diucapkan penuh dengan kelukaan.


Kasih yang tidak terungkap Tengku Aqilah bersyukur papanya menerima dengan hati yang terbuka.Impian dan harapan kini menjadi kenyataan .
" Pak Engku, Qila nak pergi. Lepas ni mungkin kita tak akan berjumpa lagi, Qila janji Pak Engku, Qila tak akan ganggu lagi hidup Pak Engku sekeluarga. Qila akan pergi sejauh mungkin, Qila..." Tengku Aqilah begitu sebak. Bibirnya terketar-ketar untuk mengungkapkan kata. Tengku Hisham menarik nafasnya dalam-dalam. Wajah anak bongsunya dipandang lama.
"Terima kasih Qila, terima kasih kerana sudi jaga orang tua ni. Terima kasih banyak- banyak." Sendu suara Tengku Hisham. Tengku Aqilah mula teresak.
"Jangan cakap macam tu Pak Engku, Qila yang patut ucapkan terima kasih sebab Pak Engku izinkan Qila jaga Pak Engku. Qila Syukur sangat Pak Engku, Qila diberi peluang walaupun sekejap untuk berbakti pada orang tua Qila. Dulu masa arwah mama sakot, Qila masih kecik, Qila tak dapat jaga arwah mama... Qila tak nak mama sakit Pak Engku, Qila tak nak mama mati. Dulu masa kecik setiap hari Qila doa pada Tuhan. jangan ambik mama, ambik Qila, ambik nyawa Qila, sebab Qila tahu Pak Engku sayang sangat mama, tapi mama pergi jugak Pak Engku. Qila minta maaf Pak Engku. Qila minta maaf sebab Qila mama sakit, sebab Qila mama mati, Maafkan Qila Pak engku.... maafkan Qila..." Tengku Aqilah sudah teresak-esak menangis, begitu juga dengan Tengku Hisham yang sudah teresak-esak sama. Mata Tengku Ryan Ameer juga sudah merah bagaikan biji saga. Kak Kembung sudah duduk menyandar di dinding luar rumah sambil memeluk kedua belah lututnya. Wajahnya sudah berubah merah, Pasti menahan rasa sedih yang tidak langsung undangnya.
"Dahlah nak, dahlah janagn sebut lagi perkara tu. Ya Allah , apa yang aku dah lakukan pada anak aku? Apa yang aku dah lakukan, YA Allah," luah Tengku Hisham dengan suara yang mengongoi. Tengku Aqolah mengelap wajahnya.
"Pak Engku , Qila dah nak pergi, tapi sebelum Qila pergi Qila harap sangat Pak Engku jangan benci Qila lagi ya? Jangan benci Qila, Pak Engu. Qila dah cukup terseksa hidup dubenci papa sendiri. tolonng ya Pak Engku," pinta Tengku Aqilah sambil teresak dikaki papanya.
"Dahlah Qila, dahlah tu nak... jangan seksa papa lagi nak , cukuplah tu .." Tengku Aqilah terus mengangkat wajahnya sebaik perkataan 'papa' terucap dimulut papanya.
"Pak engku, Pak engku jangan sebut macam tu , Qila tak kisah tak dapat panggil papa, cukup.... cukup, Qila tahu yang pak Engku tak benci Qila lagi. Itu aje yang Qila nak dengar Pak Engku. Pak engku jangan sebut panggilan tu, Qila sedar Pak Engku." Terus Tengku Aqilah mengambil tangan papanya, ditangan papanya itu dia menangis sepuas-puasnya.

Novel Meh, Sandar Pada Aku!

NOVEL MEH SANDAR PADA AKU




Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?


Novel ni buah tangan masa Pesta buku 1 Malaysia awal bulan 2 yang lepas. dah sebulan lebih novel saya beli baru ada kesempatan nak baca. Teringat masa beli novel cadang nak jumpa penulis tapi dah kena himpit dengan Ady Putra tak jadi jumpa Aifa Batrisya mungkin kita jumpa masa Pesta Buku Antarabangsa nanti. Sebelum ini ikut di E-novel tiap-tiap minggu jengah di blog penulis. Meh sandar pada aku hasil kedua. Tahun lepas lahir dengan novel Kahwin Ganti. Lupakan dulu dengan karya Aifa yang pertama tu kerana saya nak bercerita pasal novel kedua beliau Meh sandar pada aku yang setebal 581 muka surat.  Cerita ini ada sedikit kelainan bermula Praktikal dan penyelia bertukar menjadi adik beradik tiri lepas tu menjadi suami isteri.

Novel ini menceritakan Afnan Tasneem yang sentiasa ceria  dan agak bendul yang tak bertempat membuat praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya . Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam . Doktor Syed Nadhan hidupnya tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala. Kerana sebelum ini Doktor Syaed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan. Sepanjang tempuh seliaan Doktor Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar.   Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Doktor Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Doktor Syed pada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Doktor Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Doktor Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Doktor Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya. Keadaan lebih bercelaru bila mama Afnan Tasneem berkahwin dengan papa Doktor Syed. Papa Doktor syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Doktor Syed , Syed Emir. Tanpa pengetahuan Doktor Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya . Aleesya pemburu cinta Doktor Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa dan sebagai abang, Doktor Syed cuba memujuk tetapi seperti tak kena. Berita kematian mama dan papa membuatkan Doktor Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Doktor Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Doktor Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Doktor Syed juga Doktor Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.

Sinopsis dari kulit Novel
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Sedikit petikan-petikan yang menarik dalam novel



Kehadirannya
"Assalamualaikum Doktor Syed! student praktikal Doktor Syed datang lapor diri hari ni" Mastura menyapa setelah mengetuk pintu. Dari belakang, Tasneem mencuri pandang wajah lelaki yang sedang tunduk, sibuk meneliti kertas-kertas dihadapannya. Tak berkerdip dia memandang. Sesekali dia menggosok matanya. Ini Doktor Syed? Mudanya! Takkanlah kut!
"Waalaikumussalam. Emmm.. saya tengah sibuk sekarang. Mas, Suruh dia datang jumpa saya," Balas lelaki itu tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya.
"Baik, doktor. Nanti bila kerja doktor dah selesai inform kepada saya, ya?"
"Hmmmmm.."
Perlahan-lahan pintu gelangsar kaca ditarik semula. Tasneem menjuihkan bibirnya. Sombongnya dia ni.Klau sibuk sekalipun , angkatlah muka bila bercakap dengan kak Mas tadi. Ini tidak, tunduk macam bagus, langsung tak pandang muka orang yang sedang bercakap. Macam tu ke gaya pegawai di sini? Teruknya!
"Kak, Doktor Syed tu memang sombong macma tu ya?"
"Sombong?" soal Mastura. Keningnya diangkat tinggi. 
"Yalah. Orang yang sombong dan perasan diri dia bagus aje tak pandang orang lain waktu bercakap. Apa.... dia ingat dia tu pangkat doktor .... ada PHD, boleh layan kita macam tu? please..."
"Syhhhh" Tasneem terdiam bila jari telunjuk Mastura melekap dibibirnya.

Di pertemukan
"Saya engineer. Bukan chemist!"
"But all of chemical engineer should learn about chemistry. Patutnya semua term tu, ada kat hujung jari aje."
"Okay, fine. Nanti saya Google. Amidasi,kan?" soal Tasneem sambil mencatat sesuatu didalam buku nitanya. Pen ditangannya ditekan kuat. Hatinya terasa sakit, dirinya rasa dicabar. Semua dihujung jari ya.... Tak apa, esok dia akan datang membawa kitab lama berkenaan kemia organik tahun satu pengajiannya dulu.
"Lagi?" tanya Tasneem, cuba mmepamerkan senyuman.
"Apa yang lagi?"
"Nama saya. Doktor Syed tak nak tahu nama saya ke ? Macam mana saya nak berkerja dengan Doktor Syed kalau nama saya pun doktor Syed tak tahu."
"Penting ke ?"
Penting ke? Urghhhh.... serius! jenis apa yang berasa didepannya ini?
"Habis, macam mana Doktor Syed nak beri tugasan dan arahan kepada saya kalau nama saya pun Doktor tak tahu?" Akhirnya lelaki itu mengangkat wajahnya dari terus memandang skrein komputer ribanya. Automatik tangan dan tubuhTasneem terasa mengeletar tatkala mata mereka bertembung. Seperti ada satu kuasa sudah mersap masuk ke dalam badannya. Okay Tasneem, bak kata Kak Mastura... ah, terus kepada kesimpulan lagi mudah. Kacaknya dia!
"Itu bukan masalah kau. Aku yang bagi arahan di sini. Jadi terpulangpada aku sama ada nak panggil kau kiahke ... Minak ke . Tugas kau, buat seperti yang diarahkan kalau nak lulus. Faham?" Ekkk... Tasneem menelan air liur. Hilang terus rasa kagumnya terhadap wajah tampan itu dek mulutnya yang sangatlah....hmmmm.

Perkenalan tanpa diduga
"Saya Adam. Adam Naufal. Pelajar Master bawah seliaan Doktor Syed."
"Ooo.." Erkk.. Tasneem, tiu saja yang boleh kau jawab? Ehhh... boleh..ooo? Mana pergi mulut keletah dan..
"Afnan ni.. student mana?" 
"UTM."
"UTM Skudai?" Tasneem manggangguk lagi.
"Saya belajar di UPM. Dekat aje, takjauh dari sini."
"Ooo.." Aduhai Tasneem... ooo lagi? Mesti mamat ni serik nak tegur kau dah lepas ni ! Jafi diri mamat ni serik nak tergur kau dah lepas ni! Jadi diri sendiri, Tasneem! Create rapport .. urgh.. asyik-asyik nasihat Prof. Jay itu juga yang diingatnya . Bosan!
"Adam? Bila awak sampai?" Tiba-tiba terdengar suara seseornag yang muncul dari pintu makmal.
"Ehh.. Doktor Syed! Saya baru sampai dalam 10 minit. Lewat Doktor Syed hari ni? Maaf, sebab datang tak beritahu Doktor Syed dulu. Saya dari kampung, terus datang kesini.
"No problem. Jom masuk dalam bilik. Kita berbincang di dalam."
"Baik, Doktor Syed. Emm.. Afnan, saya masuk dulu ya. Kita jumpa lagi nanti." tegur Adam Naufal dengan senyum masih meniti dibibirnya.

Berita yang diberitahu oleh mamanya amat mengejutkan.
"Adam.. saya tak nak kongsi mama dengan orang lain," Luah Tasneem dalam nada suara perlahan. Wajahnya ditundukkan. Hampir seminggu lebihdia menahan rasa sendirian. Mama dah nak kahwin! Rupa-rupanya dalam diam mama masih berhubung dengan bekas kekasih lamanya dan sekarang mereka hendak mengikat semula kasih sayang yang terhenti beberapa puluh tahun dahulu. Entah kenapa selama ini dia tak dapat menghidu semua itu biarpun di antara dia dengan kak long, dia lebih rapat dengan mama.
Hurmmmm.... bagaimanalah agaknya gerangan bakal bapa tirinya itu ya? Biasanya, bapa tiri ni garang, perengus!. Itu belum lagi diambil kira dengan sikap bakal adik-beradik tirinya! Argh.. Memikirkan semua itu hatinya rasa nak meletup. Rasa hati itu perlu segera diluahknny. Tapi tidak tahu kepada siapa dia hendak meluahkan rasa hatinya itu. Kepada Mastura? Tak mungkin! Mastura kan sekutu utama mama, malahan bakal pengapit pula tu.Salwa? Dia pun sama! sekutu kedua mama! awal-awal lagi dah tersenaraisebagai flower girl.
"Hidup kita ni Afnan, mana-mana pun perlu berkongsi. Contohnya kalau kita pergi shopping complex, tandas awam kat situ kita kena kongsi dengan orang lain juga,kan?.
"Itu soal tandas awam, Adam . Saya bercakap pasal mama saya! Lepas ni, saya terpaksa kongsi mama dengan bakal suami dia dan juga bakal anak-anak tiri dia" Tasneem menrik muk. Adam pun tak faham apa yang dirasakannya pada saat itu.
"Saya faham , Afnan. Saya faham apa yang awak rasa. Tapi awak pun harus faham perasaan mama awak. Dah perpuluh-puluh tahun dia korbankan segalanya untuk membesarkan awak seorang diri. Tak salahkan kalau kali ni awak pula berkorban untuk dia? Kalau awak rasa awak perlukan dia dalam hidup awak, dia pun perlukan seseorang waktu awak tak ada disisi dia." Tasneem terdiam. Hatinya sedikit terusik dengan kata-kata itu.

Tasneem betul-betul tidak menyangka dia akan bertemu Doktor Syed dirumah bapa tirinya.
"Doktor Syed...Doktor Syed... kita sekarang kat rumah, bukan oips!" tegas Syed Nadhan. Wajahnya tegang, pandangannya tajam
Habis, saya nak panggil apa? Abang syed? Hesy... tolonglah" Abang Seyd? Syed Nadzhan tergamam. Hilang kata.
"Apa tolong, tolong? Aku bukannya lelaki mulut manis macam Emir yang yang nak panggil-panggil abang."
"Sya tahu tu! Mulut Doktor Syd tu memang tak anis, tapi tajam. cakap ikut suka aje. Habis tu , Doktor Syed nak suruh saya panggil apa? Hesy... Panggil pn nak jadi isu" Tasneem terus-terusan membebel. Sudahlah badan kepenatan, keletihan ... kena bebel pula tu.
"Benda ni takkan jadi isu kalau kau tak beria-ia nak buat praktikal dengan aku!"
'Pula dah? Saya apply aje, manalah saya nak tahu yang Doktor Syed ni bakal jadi...."
"Tak tahu ke , atau saja pura-pura tak tahu? Ha? Aku paling pantang orang yang suka berbohong ni. kau tahu tak? palaing pantang orang yang suka berbohong ni, kau tahu tak?" Syed Nadhan pantas memotong cakap Tasneem dengan wajah yang serius.
Tasneem sedikit terkebelakang apabila Syed Nadhan mula mendekatkan diri dengannya. Melihatkan renungan mata lelaki itu, badannya jadi seram sejuk semula. rasa nak melompat keluar jantung apabila ada lelaki kacak terlalu rapat dengannya. Seram weh!!
"Errr... apa ni Doktor Syed? Janganlah datang dekat- dekat.." Syed Nadhan memcebikkan bibirnya. Langkah kakinya terus merapati Tasneem hingga tubuh gadis itu tersandar di dinding bilik. Tasneem memejamkan mata. Akalnya dah tak mampu berfikir lagi. Doanya cuma satu, moga-moga ada seseorang yang sedar kewujudan mereka berdua didalam bilik itu.
"Nadhan! Apa kamu berdua buat dalam bilik ni?" Matanya lantas dibuka lalu dia berpaling. Mama, Papa Syed, Abang Emir! tolong Anim
"Jangan beritahu sesiapa yang kau kenal aku sebelum ni. Faham?" Sempat juga perasan diberikan sebelum dia keluar dari bilik tanpa menjawab soalan papanya.

Niat papanya dibangkang keras.....
"Sorang lagi mangsa kahwin paksa, kan? kesian. Pa, apa yang papa cuba buat ni sebenarnya? Mula-mula papa suruh Nadz kahwin dengan AAleesya, kemudian Anim kahwin dengan Emir? Macam tu?" Papa mengangguk laju. Mama yang sebelum ni setia disebelah papa sudah mula bangn lalu menuju ke setia disebelah papa sudah mula bangun lalu menuju ke dapur dengan alasan hendak membasuh pinggan. Tapi Tasneem tahu itu cuma helah mama. Alasan mam untuk tidak terus masuk campur agenda kahwin paksa yang cuba direncanakan oleh papa.
"Kenapa? salah ke kalau mereka berdu berkahwin? Emir ikhlas sayangkan Anim, papa boleh nampak tu. Uncle Arman dan Auntie Lina pun memang berkanan sangant dengan Anim."
"Itu di mata papa, tapi ada papa tanya pada budak ni, dia setuju atau tidak?" balas Syed Nadzhan tegas.
"Anim anak yang baik dan Emir ialah jodoh yang terbaik untuk dia. kan sayang?" tasneem kehilangan kata apabiladiajukan soalancepumas seperti itu. Dia berkira-kira sama ada hendak mengangguk atau tudak. Mengangguk bererti dia setuju seratus peratus dengan rancangan di luar pengetahuannya itu tapi kalau menggeleng, dia bimbang pula papa akan naik marh dan terasa hati dengannya.
"Aaaa...errrr.."
"I'm done here, Papa nak suruh budak lurus bendul ini kahwin, fine. Pergi kahwin. But me, I'm not doing it. Biar sejuta kali pun papa tanya soalan yang sama. jawapan Nadz masih sama. Nadz tak akan kahwin dengan Aleesya selagi Nadz masih hidup.Titik," tegas Syed Nadzhan sebelum berlalu dan melangkah menaiki tangga ke tinggat atas.

Praktikal Tasneem bukan lagi dengan Doktor Syed . Kini Tasneem mendapat jawapannya kenapa dia ditukarkan.
"Adam, Salwa... apa semua ni? Kak Mas, apa ni Anim tak faham," soal Tasneem separuh menjerit. Hatinya sudah mula kurang sabar tatkala melihat pertelingkaha yang baginya memang berpunca daripada dirinya sendiri.
Mastura dan Salwa saling berbals pandangan. Adam pula hanya tegak sambil memandang tepat ke arah Tasneem yang sedang memusing-musingkan gelas kertas dihadapannya.
"Baiklah. Sya mengaku, saya yang adukan hal ii kepada Doktor Wahid."
"Apa?" Salwa dan Mastura serentak menyoal. hanya Tasneem yang melopong. Matanya membulat merenung Adam dihadapannya seakan-akan tidak percayaakan apa yang  baru saja diluahkan oleh adam sebentar tadi.
"Ya, memang saya yang adukan hal Doktor Syed dan Afnan,"luah Adam lagi.
Ta... tapi kenapa , Adam? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak?" kali ini Tasneem pula menyoal dengan nada yang sayu. Matanya berkac-kaca memandang wajah sugul Adam yang hanya tunduk ke lantai.
"Akak tak sangka perangai kamu macam ni , Adam. Akak ingat kamu ni.."
"Saya bukan sengaja. Saya terpaksa!" Luah Adam perlahan. Belakang telinnya digosok perlahan. Matanya hanya mencrun, mmandang meja.
"Terpaksalh sangat, ka? Eh Adam, awak ni , kan... Luaran saja nampak baik, tapi sebenarnya ... jahat sangat!" luah salwa. Gram. Banyaklah dia punya terpaksa.
"Saya terpaksa, sebab... saya sukakan Afnan. Dengan cara itu saja, say boleh elakkan Doktor Syed daripada terus rapat dengan Afnan!" Mata Tasnem mmebulat. Dia sudah kehilangan suara untuk terus berkata-kata. Wajah Salwa dan Mastura dipandang bersilih ganti sebelum pandangannya terhenti ke wajah Adam Naufal yang nampak beria-ia.


Afnan Tasneem perlu terima kenyataan yang dirinya dipermainkan. Adam Naufal sudah bertunang.
"Afnan! Awak baut apa dekat sini?" soal Adam. Matanya bersilih ganti memandang ke arah gadis itu dan juga ahi keluarganya yang turut ada bersama.
"Kami saja jalan-jalan dekat pesta konvokesyen, teringat pula sesi kami hari ni. Itu yang kami datang sini," balas Mastura aebaik sahaja di belakang Tasneem . Sempat juga dia curi-curi memandang gadis manis yang berjubah hitam pekat bercorak bunga-bunga berwarna kelabu yang berdiri elok disisi Tasneem.
"Oooo...errr..macam tu," balas Adam sedikit teragak-agak seperti ada yang tak kena.
"Eh, Adam. Kamu tak nak kenalkan kami pada mak dengan ayah kamu ke ? " soal Mastura.
"Aaa... oh ya, tak ya juga, kan. Abah , ummi. Ini Kak Mastura , Salwa dan juga Tasneem. Mereka bertiga ni kerja dekat tempat yang sama dengan penyelia luar Adam. Doktor Syed. Kak Mas, ini abah dan ummi saya. Budak lelaki dua orang ni , adik saya dan yang ini...."
""Saya Husna. Tunang Abang Adam," balas gadis itu sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Tasneem yang berdiri paling hampir dengannya. Gadis itu tersenyum manis.
Tunang?
Tasneem terpaku. Wajah putih suci Husna yang bertahi lalat manis di hujung bibir dipandang tanpa berkerdip. Jadi, gadis manis dihadapannya ini rupa-rupanya tunang Adam. Jadi dia....

Berita kematian mama dan papa yang mengejutkan Tasneem, membuatkan dirinya tiada tempat untuk bermanja lagi tapi keputusan Doktor Syed mengejutkan diri Tasneem dan Aleesya.
"Pa? No! papa pun bersetongkol dengan Syed juga? Pa... Papa tahukan Aleesya sayangkan Syed? Papa tak boleh buat macam ni. Papa tahukan Aleesya tak boleh hidup tanpa Syed?!" marah Aleesya. Esakannya semakin menjadi-jadi. dia sudah jadi hilang arah apabila papa turut bersetuju. Mama pun sama!"
"Sudahlah sayang, mengucap banyak-banyak. Kita kena hormat keputusan Nadz. Soal hati ni, tak boleh dipaksa-paksa," Pujuk Auntie Juhara tapi tangannya lantas ditepis oleh anak tunggalnya itu.
"Syed , tolong I Syed, You jangan buat I macam ni. I betul-betul sayangkan yaou. Kahwin dengan I, Syed. I janji, I akan ikut semua cakap you.I janji, Syed... I Janji," ucap Aleesya bersungguh-sungguh sambil melutut dihadapan Syed Nadzhan. Syed Nadzhan mengeluh perlahan sebelum kepalnya digelengkan. Biarpun hatinya sedikit terusik dengan kesungguhan Aleesya, tapi keputusannya masih tak berubah. Tetap sama.
"I minta maaf, Aleesya. I tetap dengan keputusan I untuk berkahwin dengan Tasneem sebab...I sayangkan dia." 


 

Novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! (long synopsis)

NOVEL SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA....




"Titik - titik duka yang pernah kau taburkan dulu, lama-kelamaan bercambah menjadi sejuta rasa yang tak mampu untuk aku ungkapkan."


Kini novel ini telah diheret ke adaptasi drama. Sejak kebelakangan ini beberapa novel keluaran Karyaseni telah direbut oleh penggiat seni untuk diadaptasikan. Ramai yang suka dan pula sebaliknya. Itu biasalah ragam manusia. Penulis  Zura Asyfar menulis sebagai suka- suaka penghujung 2010 dan mula serius pertengahan 2011 kini telah lahir sebuah novel yang setebal 897 muka surat . Cerita cinta dan pengorbanan yang diterapkan dalam novel ini. 

Jom kita review sedikit novel ini sebelum kita tangok adaptasi drama di penghujung bulan ni di slot Zehra di TV3. Menceritakan Syafa Aqira berubah nasibnya kerana satu kejadian yang tidak dijangka dalam hidupnya. Dia terpaksa berkahwin dengan adik kekasihnya Firash. Farish yang terlalu kecewa terlibat dalam satu kemalangan maut. Syaf terpaksa menyembunyikan perkahwinannya dengan Firash atas kemahuan Firash. Namun Syaf akur dan redha dengan kehendaknya. Mereka cuba belajar untuk memahami dan memperbaiki perhubungan tanpa cinta. Saat cinta hadir ada saja dugaan yang mengundang. Kehadiran Haqimy abang sepupu  dan Raimy abang tirinya Firash mengundang rasa cemburu pada Firash. Raina yang tidak putus-putus mengharap cinta Firash mengusutkan keadaan. Dengan bantuan papa Firash hubungan mereka menjadi baik setelah Syaf membawa diri meninggalkan Firash. Hubungan Firash dengan papanya juga semakin baik.  Sebelum ini hubungan Firash renggang akibat Firash tidak bersetuju papanya berkahwin dengan mama Raimy dan Riana dan mengabaikan Mamanya. Puan Aida berkahwin dengan papanya semata-mata kerana harta.

Boleh pergi blog penulis untuk membaca E-novel :-
http://mydarwisyashome.blogspot.com/

Sinopsis dari kulit novel
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?




Sedikit petikan-petikan dari novel 
Kerana kejadian itu
"YA ALLAH, Firash! Syaf!!!"
Firash menelikkan sedikit kelopak matanya apabila telinganya menangkap bunyi suara yang seakan-akan menjerit. Dia merengus perlahan dan cuba menutup mata kembali kerana merasakan kepalanya yang sedikit pening. Namun suara yang memanggil namanya sedikit kuat daripada tadi itu terus sahaja menyegarkan matanya. Perkara pertama yang menyapa pandangan matanya ialah seraut wajah yang amat dia kenali . Syaf? Macam mana Syaf boleh ada dengan aku ni? Mindanya cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia bingkas bangun dan cuba duduk bersila dikatil. Selimut yang menutup tubuhnya yang tidak berbaju itu melorot jatuh.
"Tak guna punya adik, kekasih aku sendiri pun kau rembat!" Teriakan seseorang serta tumbukan kuat terasa dipipinya. Berdengung rasa telinganya akibat tumbukan itu. Serta-merta dia memalingkkan wajah ke arah seseorang yan menumbukknya dengan pandangan tajam.
"Farish? Kau kenapa?" soalan geram. Terasa cecair hangat mengalir dicelah bibirnya. Farish merenungnya dengan tajam. Masing-masing berlawan pandangan.
"Kau boleh tanya aku kenapa? cuba kau tengok apa yang dah kau buat??" Farish menuding jari ke arah Syaf yang masih lena tidak berkutik disebalah Firash. Firash panar. Air liurnya ditelan kesat. Macam mana boleh jadi macam ni?
""Err.. aku.. aku tak tahu." Tergagap-gagap Firash bersuara apabila menyedari apa yang sudah terjadi. Dia mengerling kearah tubuhnya yang tidak berpakaian.
"Aku tak sangka perangai kau seteruk ni.." sambung Farish lagi dengan nada sedikit mengendur. Hancur luluh hatinya bila melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku. Tubuh Syaf yang sudah mula bergerak-gerak sedikit itu dipandangnya dengan sayu. Ya Allah, sakitnya hati aku tengok dia orang berdua ni!
'"da apa ni?" Syaf menggosok-gosok mata dengan suara sedikit serak. Terganggu tidurnya dengan suara berbalas jeritan. Matanya menangkap kelibat Farish yang merenung tajam.
"Jangan buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku." Sindiran Farish pada Syaf. Syaf yang mul menyedari sesuatu itu memandang Firash yang sedang terkocoh-kocoh memakai pakaian. Serentak itu dia memandang ke arah tubuhnya yang dibaluti dengan selimut. Apa yang telah terjadi?
"Sumpah rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!" Syaf ula enangis. Gaun labuh yang tersingkap ke atas tubuhnya itu dibtulkan.. Seketika matanya tertancap padacadar berwarna lembut itu. Hampir terbeliak matanya melihat beberapa tompokkan cecair berwarna disitu. Ya Allah. betulkah semua ini realiti? Farish mendekati Syaf. Matanya juga menghala ke arah pandangan Syaf.
"Tak tahu apa yang dah berlaku? Kalau tak ni apa ? Farishnmenuding jari ke arah cadar itu.

Hati si ibu hancur, semuanya sudah terlambat. Bila si ibu membuat keputusan ada hati yang terluka
"Mama nak Firash kahwin dengan syaf secepat mungkin. Kita takkan tahu apa yang berlaku. Mungkin Syaf akan mengandungjika perkara malam tadi betul-betul berlaku." Datin Farizah mahu anak bungsunya itu bertanggungjawab diats kejadian pada malam tadi. Siapa pun yang bersalah, perkara itu telah pun berlaku. Farish memandang Syaf tidak berkelip. Seperti tidak percaya akan keputusab mamanya itu.
"Farish, mama harap Farish menerima keputusan mama ni. Ini kebaikan mereka berdua jugak," pujuk Datin Farizah memandang ke arah Farish yang hanya berdiam diri. Terpamer raut kecewa diwajah anak sulungnya tu.
"Okey. Aku harap kau kahwin dengan dia. Aku pun tak nak kahwin dengan perempuan yang tak suci lagi!" balas Farish lalu mendaki tangga ke tingkat atas. Air mata mula mengalir dipipi abu Syaf. Rish , sampai hati Rish cakap macam tu..!
"Farish! Apa ni cakap macam tu kat Syaf?" Lelah Datin Farizah mahu menangani perangai kedua-dua anak lelakinya. Masing-masing keras kepala. Sesak rasa dadanya ketika ini.
"Ma, Firash takkan kahwin dengan dia." Firash cuba untuk membantah cadangan mamanya. Ada ke patut aku kahwin dengan perempuan tua empat tahun daripada aku? So ridiculous! Ingat aku ni tak ada perasaan ke sampai suruh kahwin dengan perempuan ni?
"Denar sini , Firash! Nak atau tidak, Firash kena kahwin jugak dengan Syaf. Mama tak nak anak lelaki mama lari daripada tanggungjawab. Mama tak pernah ajar anak mama macam tu." Tegas Datin Farizah menuturkan kata-kata. Firash mengeluh perlahan. Macam mana aku nak elak daripada kahwin dengan perempuan ni?

Segalanya dipermudahkan tetapi hati yang luka terus pergi buat selamanya. Farish meninggal dunia akibat kemalangan.
"Helo," sapanya dengan nada tidak sabar.
"Helo. Aku ni. Datang cepat ke hospital. Farish dah tak ada. " Lututnya terasa menggigil apabila mendengar ayat terakhir daripada Firash itu. Air mata terasa mula memenihi tubir matanya.
"Helo,kau dengar tak ni?" sedikit suara Firash ditalian. Syaf tersentak. Dia menarik nafas perlahan, cuba untuk bertenang.
"Ye , aku dengar. Nanti aku datan." balas Syaf berlahan. Lalu sahaja dia meletak gagang telefon itu sambil tangannya memegang sofa. Innalillahiwainnailahirrojiun, sambungnya didalam hati. Tubuh Datin Farizah yang masih tebaring itu dipandang seketika sebelu ir direnjiskan je wajah ibu mertuanya itu. 
"Ma ,bangunlah ma. Fa.. Farish dah tak ada..." ngongoinya dalam esakan. Tidak sanggup lagi menanggung kesedihan yang tidak putus-putus datang melanda.

Memenuhi permintaan Firash  perkahwinan mereka dirahsiakan. Tapi sampai bila..!!!!
"Tunggu kejap!" Arahan daripada Firash mengganggu ketenanagan yang baru sahaja dikecapinya. Dia berpaling dan mendapati lelaki itu edang menghampirinya.
"Ingat kata-kata aku dulu. Jangan bagi tok wan tahu pasal ni."
"Yelah," balas Syaf malas. Dia sudah bosan mendengar ayat itu. Asyik disebut berulang kali sahaja ditelinganya. Entah apalah yang hendak ditakutkan. Takut jatuh sahamlah tu sebab kena kahwin muda! Syaf mencebik.
"Okay, bye my wife." Firash menyimpul senyum sambil memuat isyarat selamat tinggal. Syaf berkerut dahi memandang kelibat itu yang sudah hampir menghilang ke suatu tempat. Ah! Ikut suka dialah nak pergi mana-mana pun! Dia kembali memaku pandang pada sekeliling rumah. Kelibat Datin Farizah yang sedang berjalan dengan seorang wanita tua yang berusia akhir enam puluhan itu mengapa matanya. Kelihatan wanita tua itu sedang memegang sebilah parang panjang. Hanya berkain batik serta berbaju kurung Kedah sahaja. Syaf mengukir senyum dan berjalan perlahan menuju ke arah mereka berdua.
"Ha SSyaf... inilah tok wan, emak mama." Datin Farizah memperkenalkan wanita tua itu. Syaf menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mata tua tidak pernah menipu.... 
"Kalau tak silap pandanagan mata tua mak ni, mak rasa yang dia tu bukan anak dara lagi,kan? Tersentak Datin Farizah mendengar kata-kata ibunya itu, Baju yang hendak dilipat akhirnya diletakkan kembali di riba. Dia mengeluh perlahan dan merapatkan sedikit kedudukan dengan ibunya.
"Sebenarnya dia dah kahwin." Dan kala itu ibunya pula terkejut. Matanya tajam memerhatikan Datin Farizah.
"Dah Kahwin? Siapa suami dia ? kau bawak isteri orang balik tanpa pengetahuan suaminya ke ? Bardoasa tu Zah." Laju sahaja ibu Datin Farizah membebel. Datin Farizah tersenyum melihat gelagat ibunya itu.
"Tak berdosanya, Mak. Suami dia ada je kat sini," balas Datin Farizah tenang. Mungkin sudah tiba masanya untuk menceritakan hal yang sebenar kepada ibunya. Sekurang-kurangnya ibunya itu tidak terlalu terkejut jika dapat tahu hl ini daripada orang lain.
"Apa maksud kamu ni, Zah? Mak kurang faham," sambung ibu Datin Farizah. Berkerut dahinya cuba memahami kata-kata anaknya itu. Makin berlapis-lapis jadinya memikirkan kata-kata Datin Farizah.
"Firash dan Syaf. Dia orang sebenarnya dah kahwin pun."
"Ha? Fi ... Firash tu dah kahwin dengan budak Qira tu? Masya-Allah! patutlah mak tengok Si QIra tu pernah masuk bilik Firash. Tapi bila masa dia orang kahwin? Ada apa yang mak tak tahu ke  ni?" soalnya lagi.
"Sebenarnya dah dua bulan lebih dia orang berdua berkahwin. Sebelum arwah Farish meninggal lagi," Datin Farizah tenang menjawab.

Riana terus mengejar Firash, malah dia sanggup lakukan apa saja asalkan Firash jadi miliknya.
"So, kau orang dah call orang pejabat agama?" tanya Raina dengan tidak sabar. Bimbang juga jika Firash sedar sebelum orang-orang pejabat agama datang. Musnahlah rancangannya nanti.
"Dah bos. Kejap lagi sampailah tu," ujar si pemuda yag berkulit gelap sedikit. Dia memandang ke arah rakannya sebelum mengangguk.
"So upaj kami orang?" tanyanya dengan sengihan. Riana mengeluh kecil sebelum pergi mendapatkan tas tangan yang berada di sofa. Satusampul berwarna coklat dihulurkan kepada mereka. Laju sahaja tangan si rambut ikal menyambut dengan senyuman lebar.
"Okeylah bos. Next time kalau ada job, boleh cari kamil lagi "
"Eyelah. Janji lepas  ni kau kalau kita terjumpa , masing-masing tak kenal."
"Don't worry, bos. Kami profesional. Okeylah, kami pergi dulu," balas si ranbut ikal sebelum mereka berdua nenapak ke pintu. Raina mengekoro mereka berdua sebelum mengunci pintu. Seketika kemudian Raina memasuki bilik yang menemparkan Firash itu. Raut wajah kacak yang sudah lama diidamkannya itu direnung penuh makna. Dia menapak menuju ke satu kabinet sederhana besar itu untuk menghidupkan alat perakam video.
Selepas itu. Dia kembali kekatil. Akhirnya kau jadi milik aku juga, Firash Arshad! Raina ketawa kecil sebelum memanjat katil. Dia berbaring di sebelah Firash sambil merenung setiap inci wajah Firash yang lena tidak berkutik.

Semuanya kerana cemburu...
"Aku tak suka orang tipu aku sedangkan sudah terang-terang lagi aku nampak kau berpeluk dengan dia!" Sebafas Firash menuturkan dengan nada sedikit keras. Dia melangkah menuju kerah isterinya.
"Aku tak berpeluk dengan dialah! Aku nak jatuh tadi. Tapi dia sempat sambut aku." Syaf memberi alasan. Mamang pun dia hendak jatuh tadi sebab berlanggar dengan Raimy tu. Mungkin masa itulah agaknya Firash nampak dia berpeluk sedangkan hal yang berlaku bukannya begitu.
"Mata aku tak buta lagilah! Aku sendiri nampak kau berpeluk tadi. Kau tu isteri aku... Mana boleh peluk lelaki lain!" bentak Firash mencerlung marah. Sakit hatinya mendengar alasan yang diberikan oleh isterinya itu.
"Ya Allah kau ni! Aku dah kata yang aku tak sengaja,kan? Tadi aku nak jatuh, sebab tu kami terpeluk." Syaf cuba mengaskan kata-katanya walau hatinyagerun melihat wajah Firash yang sudah menyinga.
"Masalahnya kau dah berpeluk dengan dia! Sejahat-jahat aku, aku tak pernah pun peluk perempuan lain!!" sambung Firash lagi.

............................................................................................
Versi Drama


BERSIARAN DIDALAM SLOT ZEHRA TV3 SETIAP JUMAAT JAM 9.00 - 10.00 MALAM BERMULA 29/03/2013.



Episod 1
Jom tonton link ini ::- Sebenarnya saya isteri dia episod-1

Episod 2
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod -2


Episod 3
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 3

Episod 4
Jom tonton link ini :- Sebenarnya saya isteri dia episod - 4